Saudara
saudariku……
Jika hari ini aku terlalu
gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah.
Jika ku bersedih tanpa
kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah sedarkanlah
agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena
tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa…..
Berjanjilah
saudara saudariku,
ukhwah kita
utk selamanya..............
Subhanallah!!!!!!!!

Otak 20 tahun dalam
kubur masih elok
SEBERANG PRAI - Tuhan Maha
Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang
hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang
Tok Labu, Penaga di sini
menyaksikan bukti kebesaran Ilahi.
Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila
dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah
menunjukkan penemuan otak manusia.
Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh
berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang
dan memuji kebesaran Allah.
Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik
sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama
bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur.
Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia
yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya.
“Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari
sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun.
“Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi
otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.
Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan
di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain.
“Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan
lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.
“Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya
berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat
darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru,”
katanya.
Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama
jenazah neneknya.
Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60,
berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30
tahun menjadi penggali kubur.
“Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh
menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah.
“Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papan
keranda,” katanya.
Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana
ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi
ditemui dalam keadaan sempurna.
“Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut
mengambil pengajaran dari penemuan ini.
“Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar
kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak
pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hambanya yang
melakukan kebaikan,” katanya.
Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah
itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran.
-MC
Ulasan MC
Benar, ia kebesaran Ilahi. Apatah lagi
apabila " otak " itu semasa di atas dunia ini digunakan untuk merenung
tanda-tanda kebesaran Ilahi serta yang memahamkan sifat-sifat Allah,
Rabbul Jalil. Tentulah
Allah menyayangi " otak " sedemikian, bukan otak yang hanyir yang hanya
memikirkan bab-bab duniawi dan "ghairulllah" (yang lain daripada Allah)
...HIDUP ini amat bermakna
jika segalanya kerana
ALLAH...
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada kawan2 yang lain.
Sepertimana
sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya
apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya:
3 perkara yang akan dibawanya bersama:
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. |