----- Forwarded Message ----
From: mamakbaik juga <mama...@gmail.com>
To: Noorhamiza Hamed <miza_l...@yahoo.com>; sali...@yahoo.com.sg; binaan arisham aripin <binaa...@yahoo.com.my>
Sent: Wednesday, 2 March 2011 14:56:54
Subject: sunah
Penawar Kepenatan
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan
pada
tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah
datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah
seorang khadam untuk membantu mu."Saidatina Fatimah pergi bertemu
bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi
membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a..w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantunya itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku
ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta
daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah
(Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir
(Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada
seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada
anak dan menantunya bagi meringankan
keletihan dan kesusahan hidup
mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah
Rasulullah.s. a.w. itu. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah
meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan
kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan
setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca
'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar'
(33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) ,
Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan
hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari
dengan senyuman."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda
Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar."