--- On Tue, 28/9/10, Sopian bahaudin <msop...@gmail.com> wrote:
From: Sopian bahaudin <msop...@gmail.com> Subject: Fw: Shanghai World Expo 2010 & 1Malaysia Concept To: tin...@yahoo.com Cc: "Abah kmn" <afl...@gmail.com> Date: Tuesday, 28 September, 2010, 11:23 PM
---------- Forwarded message ---------- From: Abdul Majid Ramli <majid...@yahoo.co.uk>Date: 2010/9/28 Subject: [X_PUO_69_TO_75] Fw: Shanghai World Expo 2010 & 1Malaysia Concept To: X_PUO_6...@yahoogroups.comCc: Xti7...@yahoogroups.ca, nuram...@gmail.com, isk...@gmail.com, liana lee < craz...@yahoo.com.my>, Fadzilah Ismail < padi...@gmail.com>, nuramalina majid < blazin...@yahoo.com>
----- Forwarded Message ---- From: malek hamid <malekh...@hotmail.com> To: adri-hemy Abdul Ghani <adri...@yahoo.co.uk>; Jauhar Mohamed <jauhar...@yahoo.com.my>; ac_...@yahoo.com.my; Abu Hanipah Yusoh <ahy...@yahoo.com.my>; Jauhar Mohamad <jauhar...@hotmail.com>; Khairil Azizi <khairil...@yahoo.com>; Mohd Shakir <masha...@yahoo.com>; Safuan Safwan <safu...@hotmail.com>; Razak Saudi <razak...@gmail.com>; Alang <alang....@gmail.com>; zulf...@ranhill.com.my; Rashidi Ibrahim <jun...@rocketmail.com>; Majid Ramli <majid...@yahoo.co.uk>; Zahurin <ahmadz...@gmail.com>; Ahmad Fatan <ahza...@gmail.com>; Zakaria Pokya <zakari...@yahoo.com>; Yakop Yacob <yako...@yahoo.com>; Shahrani Budiman <ygbu...@yahoo.com>; Noor Fahmi <nfahm...@yahoo.com>; Syafiq 600 <ahmadsy...@gmail.com>; Abdullah 600 <doll...@yahoo.com>; Khairis 400 <deht...@yahoo.com>; Mohd Ropy 600 <mohd...@yahoo.com>; MohdNahar MohdNoor <mohdna...@gmail.com>; MNZPutra 600 <mnzp...@yahoo.com>; Saffizan Saffizan <saff...@yahoo.com>; MohdAli Zulfaqar <mohdali....@yahoo.com>; Adzhar Zain <mam...@yahoo.com>; nirman0...@yahoo.com; matse...@yahoo.com.my; jamil...@yahoo.co.uk; syba...@yahoo.com; azhar...@yahoo.com; rosta...@yahoo.co.uk; md.s...@gmail.com; syed_iska...@yahoo.com.my; aka...@yahoo.com; izwa...@yahoo.com; halim...@yahoo.com; kapt...@yahoo.co.uk Sent: Tue, September 28, 2010 12:55:37 PM Subject: FW: Shanghai World Expo 2010 & 1Malaysia Concept
RENONGAN BERSAMA
Date: Tue, 28 Sep 2010 02:02:09 -0700 From: myus...@yahoo.comSubject: Fw: Shanghai World Expo 2010 & 1Malaysia Concept To: aliab...@gmail.com; az...@ijm.com; fis...@carigalihess.com; faiz...@yahoo.com; moz...@yahoo.com; rashid...@yahoo.com; sha...@kaparenergy.com.my; kaff...@yahoo.com; malik...@yahoo.com; mad...@yahoo.com; malekh...@hotmail.com; masn...@coilcraft.com.my
--- On Tue, 9/28/10, Roslan Md Sharif <ros...@perhebat.com.my> wrote:
From: Roslan Md Sharif <ros...@perhebat.com.my> Subject: Shanghai World Expo 2010 & 1Malaysia Concept To: "All Emel" <All...@perhebat.com.my> Cc: "atty...@yahoo.com" <atty...@yahoo.com>, "alexis_...@yahoo.com" <alexis_...@yahoo.com>, "muhd_f...@yahoo.com" <muhd_f...@yahoo.com>, "yusof rahman" <myus...@yahoo.com>, "hafizama...@yahoo.com" <hafizama...@yahoo.com>, "Hose...@shell.com" <Hose...@shell.com>, "hug...@gmail.com" <hug...@gmail.com>, "noor azulida ahmad" <azulid...@gmail.com>, "adzle...@yahoo.com.my" <adzle...@yahoo.com.my>, "Noorun Abdrahman" <nooruna...@yahoo.com.my>, "cbr...@yahoo.com" <cbr...@yahoo.com>, "iza azween" <stu_mis...@yahoo.com>, "ismail_m...@yahoo.com" <ismail_m...@yahoo.com>, "jam...@ltat.org.my" <jam...@ltat.org.my>, "la...@mpob.gov.my" <la...@mpob.gov.my>, "naza...@bursamalaysia.com" <naza...@bursamalaysia.com>, "nua...@yahoo.com" <nua...@yahoo.com>, "rmr.ro...@gmail.com" <rmr.ro...@gmail.com>, "rozex rozex" <rozex...@yahoo.com>, "roslan customs" <lancu...@yahoo.com>, "zarin...@yahoo.com" <zarin...@yahoo.com> Date: Tuesday, September 28, 2010, 1:06 AM
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Bersama ini disertakan pandangan peribadi dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berkunjung ke Shanghai untuk dikongsi bersama. Mengapa harus terjadi sedemikian? Di mana silapnya dan siapa yang diberi AMANAH untuk projek RM 20 juta berkenaan? Adakah kita malu dilahirkan sebagai Melayu Malaysia yang beragama Islam….. Sekadar satu renungan dan iktibar buat masa depan Melayu Islam yang majority dalam sebuah negara yang berbilang kaum . FIKIR-FIKIR kan di mana kita….
SHANGHAI, ISLAM, MELAYU DAN 1 MALAYSIA Dr Mohd Asri Zainul Abidin Ketika saya menulis rencana ini, saya sedang berada di Shanghai dan menuju ke Xian dan Beijing . Beberapa hari lepas, pada 21hb September 2010, saya menyertai satu rombongan VVIP melawat Shanghai World Expo 2010. Satu expo yang teramat besar
bermula dari Mei sehingga Oktober 2010. Hampir 200 negara menyertainya. Kos keseluruhan expo ini mungkin puluhan billion ringgit. Setiap negara membina astaka atau pavilion mereka sendiri untuk memperkenalkan negara mereka kepada dunia. Setiap negara membelanjakan puluhan, bahkan ratusan juta untuk itu. Saya difahamkan, Malaysia sendiri membelanjakan tidak kurang dari RM 20 juta untuk membina Malaysia Pavilion di expo tersebut. Di sebabkan terlalu luas kawasan expo ini, jika anda melawatnya, dalam sehari anda mungkin hanya dapat melawat sekitar belasan astaka sahaja. Terlalu luas dan terlalu ramai pengunjungnya. Target 70 juta pelawat ke expo tersebut mungkin tercapai dengan mudahnya. Bayangkan 70 juta pengunjung, melebihi dua kali penduduk Malaysia .TinjauanTerlebih dahulu, walaupun saya datang menyertai rombongan VVIP, tulisan saya ini hanya mewakili pemerhatian saya secara peribadi. Secara umumnya, saya rasa rakyat Malaysia tahu bahawa pandangan-pandangan sebelum –insya Allah- bebas dari unsur perkauman dan fanatik. Saya berusaha bersikap adil, itulah titah agama yang luhur. Maka saya harap rencana ini dibaca dengan semangat kenegaraan dan hakikat sebuah negara bernama Malaysia .Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang teramat sangat kepada pihak Kementerian
Pelancongan Malaysia yang menyambut kedatangan rombongan kami dengan penuh layanan mesra. Budi baik amat dikenang. Saya juga rasa patut berterima kasih atas usaha kementerian berkenaan memperkenalkan Malaysia di expo berprestij tersebut.Atas usaha pihak kosulat Malaysia di Shanghai dan Kementerian Pelancongan, kami mendapat layanan istimewa di setiap pavilion negara-negara yang kami lawati. Alhamdulillah, dan terima kasih!IslamNamun, atas hak sebagai seorang rakyat Malaysia , saya sedikit ingin memberikan pandangan peribadi di sini. Ada beberapa gambaran yang saya rasa kurang kemas dalam expo tersebut. Saya tidak pasti ia berlaku secara sengaja, atau tidak sengaja. Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia kita wajar mengakui beberapa hakikat negara kita. Antaranya, kita berbilang agama dan bangsa. Islam adalah agama rasmi dan mempunyai penganut yang paling besar. Agama-agama lain juga wujud secara aman. Orang mel ayu adalah majoriti terbesar. Kaum-kaum lain juga hidup secara aman. Kita semua sepatutnya berusaha ke arah kedamaian dan keharmonian. Jika kita ingin menceritakan negara kita ini kepada dunia, inilah hakikatnya. Ia bukan soal perkauman atau fanatik agama, tetapi itulah realiti negara kita. Tiada cacatnya menceritakan realiti itu kepada dunia.Namun saya rasa, jika saya tidak tahu tentang Malaysia , saya datang ke Malaysia Pavilion di Shanghai World Expo 2010, saya mungkin akan mengagak bahawa agama Kristian adalah agama majoriti rakyat Malaysia . Tempat-tempat ibadat yang di papa rkan hanyalah dua buah gereja. Itu pun bangunan binaan tinggalan penjajah Portugis, bukan binaan rakyat Malaysia . Ini seperti gambar yang saya sertakan. Entah berapa banyak masjid dan seni binanya yang cantik, namun tidak ditonjolkan. Lojiknya, tonjollah secara seimbang dengan menggambarkan kepelbagaian agama. Sudah pasti Islam sebagai agama rasmi, tidak boleh dinafikan kedudukannya, kerana itulah realiti kita.

Hanya inilah dua pusat ibadat yang tertonjol di Malaysia Pavilion di Shanghai . Penulis berdiri di hadapan dua gambar tersebut yang ter papa r ketika memasuki ke Malaysia Pavilion. Mungkin ada pihak berfikir, menggambarkan Islam sebagai agama yang terbesar di Malaysia kurang menarik bagi masyarakat antarabangsa. Jika itulah fikiran mereka, bererti kita cuba menafikan realiti nagara kita, dan amat tidak adil untuk penganut Islam di Malaysia. Negara-negara Islam lain tidak menafikan pun hakikat mereka. Bahkan di China sendiri, ada province (wilayah) yang majoriti penganutnya beragama Islam, iaitu Wilayah Ningxia. Dalam
expo Shanghai ini, China Pavilion menonjolkan wilayah tersebut dan kehidupan penduduknya. Agama dan budaya mereka. Saya merakam beberapa gambar yang saya ambil ketika melawat pameran Wilayah Ningxia di China Pavilion. China menggambarkan kepelbagaian mereka atas konsep ‘hidup di bawah satu bumbung’.

Penulis bersama dengan lelaki Ningxia yang berpakaian menunjukkan kesan Islam dalam kehidupan mereka.
|

Pakaian wanita Ningxia juga menggambarkan kesan Islam dalam masyarakat mereka. Gadis ini sedang menuang teh khas kepada tetamu kepada penulis ketika disambut sebagai rombongan VIP. Bahkan lebih daripada itu, pavilion yang paling mewah dan mendapat sambutan besar adalah Arab Saudi Pavilion. Dikatakan mereka membelanjakan lebih US 200 juta untuk expo tersebut. Arab Saudi cuba menonjolkan kehebatan Islam yang menjadi teras kehidupan rakyat mereka, bahkan umat Islam keseluruhannya. Kecanggihan teknologi digunakan. Mereka mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Orang ramai sanggup beratur berjam-jam untuk memasuki pavilion mereka.Begitu juga kebanyakan negara-negara Arab Teluk yang lain, tetap mengakui Islam mempunyai akar umbi dalam kehidupan mereka. Iran yang sering dituduh dengan keganasan itupun, tetap menonjolkan unsur Islam dalam kehidupan rakyat mereka. Maka, di expo yang berprestij ini, saya tidak rasa rendah diri dengan unsur Islam.Maka bagi saya, ketidak tonjolan Islam sebagai sebuah agama besar di Malaysia , amatlah tidak adil kepada penduduk majoriti sebuah negara bernama Malaysia . Jika tidak banyak, sedikit pun tetap perlu dinyatakan.SeniBegitu juga di sudut seni. Kita tidak boleh menafikan bahawa orang mel ayu juga mempunyai pelbagai karya seni. Sepatutnya, wajar sedikit sebanyak ditonjolkan. Ini seperti yang ditunjukkan Morocco pavilion yang menggambarkan kehalusan seni tempatan mereka. Bahkan, jika saya tidak tahu apa-apa tentang Malaysia , gambar seni lukisan yang paling besar di pavilion kita menggambarkan kaum India dan agama Hindu. Ini seperti gambar yang saya sertakan. Tidak adakah sedikit untuk kaum majoriti dan agama majoriti? Gambar-gambar lain amatlah abstrak, di samping kecil, ia boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud.

Gambar seni yang terbesar yang di papa rkan di Astaka Malaysia, Shanghai World Expo 2010. PutrajayaSaya rasa kita patut berbangga dengan keindahan Bandar Putrajaya. Di sudut seni bina dan keindahan, ia adalah salah satu kejayaan. Patut ditonjolkan kepada dunia. Demikian juga binaan-binaan canggih lain dalam negara kita. Cumanya, saya gagal menemui gambaran keindahan Putrajaya di Malaysia Pavilion, Shanghai World Expo. Lebih mengejutkan,
gambar pusat perjudian dan peranginan Genting ter papa r di sana . Sebagai seorang muslim, saya tentu rasa rendah diri jika saya ditanya oleh pelawat asing mengenai hal perjudian itu kepada saya. Memang kita tidak nafikan ia wujud, dan saya sebagai muslim tidak pernah meredhai perkara itu. Tetapi, untuk tatapan dunia, tidakkah kita mempunyai banyak pilihan yang lain. Saya makin bingung dengan konsep 1 Malaysia ini!

Gambar Genting yang ditonjolkan di Pavilion Malaysia .Kaum Negara kita mempunyai pelbagai kaum. Inilah salah satu keunikan kita. Orang mel ayu adalah majoriti, seterusnya diikuti kaum lain. Jika kita ingin menceritakan kepada dunia, maka ceritalah sedemikian rupa. Namun, jika saya tidak tahu apa-apa tentang Malaysia dan mengunjungi Malaysia Pavilion di Shanghai, saya akan kata kaum utama adalah kaum peranakan baba dan nyonya. Itulah gambar
utama yang tertonjol. Kaum-kaum lain tidak ditonjolkan. Jika adapun, pakaian para penari yang mewakili pelbagai kaum. Itupun, hanya orang tahu dan pernah ke Malaysia mungkin akan faham. Orang luar, mereka memahami apa yang ter papa r sahaja.
Salah satu gambar utama semasa pintu masuk ke Malaysia Pavilion di Shanghai.Sebuah Catatan Banyak persoalan berligar di kepala saya selepas mengunjungi Shanghai World Expo ini. Di mana saya sebagai seorang muslim mel ayu Malaysia . Saya tidak perkauman. Sama sekali tidak. Para pembaca dapat membaca pandangan-pandangan saya sebelum yang amat anti sikap fanatik kaum atau agama. Namun, saya rakyat Malaysia yang pasti enggan haknya dinafikan.
Saya tidak ingin bertanya kepada pihak yang menguruskan, tetapi saya ingin bertanya Kerajaan Malaysia yang membelanja wang rakyat melebihi RM 20 juta untuk expo ini. Di Shanghai World Expo 2010, di manakah saya sebagai rakyat muslim di bawah konsep 1 Malaysia ?
<hr size=2 width="100%" align=center>
This message has been scanned by TM antivirus for viruses and spyware and found to be clean.
Confidential information may be contained in this e-mail and any files transmitted with it ('Message'). If you are not the addressee indicated in this Message (or responsible for delivery of this Message to such person), you are hereby notified that any dissemination, distribution, printing of copying of this Message or any part thereof is strictly prohibited. In such a case, you should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of Maxis shall be understood as neither given or endorsed by Maxis.
| No virus found in this incoming message. Checked by AVG - www.avg.com Version: 9.0.856 / Virus Database: 271.1.1/3162 - Release Date: 09/28/10
01:56:00
|