---------- Forwarded message ----------
Date: 2012/4/26
Subject: MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN NAIK TARAF GRD JAWATAN PENOLONG KANAN DG48 DAN PENGETUA DG52
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Dimaklumkan bahawa BPSM KPM telah mengeluarkan surat makluman (tidak disebarkan untuk umum) kepada Unit Perkhidmatan JPN/KPM untuk pengesahan maklumat pegawai yang sedang menjawat jawatan sebagai PK/Pengetua di sekolah. Pelaksanaan akan dibuat dalam dua fasa.
Syarat-syarat Penolong Kanan yang layak diperakukan untuk Fasa 1 (Tahun 2012) :-
- Sedang menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan di sekolah pada atau sebelum 31 Disember 2011.
- Telah diperakukan ke gred DG44 pada atau sebelum 31 Disember 2010.
Mana-mana Penolong Kanan yang sedang menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan tetapi tidak menepati kelayakan di atas akan diuruskan dalam fasa 2 tahun 2013 (mereka akan etrus memegang jawatan berkenaan).
Harap maklum dan terima kasih.
--
”Education is not preparation for life; education is life itself”. – John Dewey