Hai kawan. Ada 1 artikel menarik bertajuk 'Kata-kata semangat disaat ujian datang melanda'.
redha dan bersabarlah atas setiap ujian dan dugaan.Sesungguhnya pasti ada hikmah yang tersurat dan tersirat.
Kata-kata semangat disaat ujian datang melanda Klik Sini Untuk Baca: http://pakarhowto.com/tips/kata-kata-semangat-disaat-ujian-datang-melanda.html
Kongsi artikel ni di FBAnda dilanda ujian hidup yang menekan jiwa? Anda tertekan emosi dek keperitan yang menimpa? Anda resah dan gelisah kerana cabaran yang melanda?
Bacalah kata-kata semangat ini wahai sahabat. Semoga dirimu tenang dan tabah sentiasa. Aamiiinn insyaAllah.
Sahabat,
- Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
- Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
- Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
- Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
- Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.
Sahabat,
- Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
- Kerana apa…?
- Kerana harapan adalah masa hadapan…Kerana harapan adalah sumber kekuatan.
- Kerana apa…?
- Kerana doa adalah pintu kebaikan…Dan kerana doa adalah senjata orang beriman.
Sahabat,
- Tenang-tenangkanlah dirimu.
- Belajar-belajarlah pasrah dan redho atas segala ketentuanNya.
- Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
- Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali.
- Sabarlah dengan ujian hidupmu.
- Kerana akhirat itu yang lebih utama.
Artikel adalah dari blog koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & 'How To'~Blog PakarHowTo - http://pakarhowto.com
http://pakarhowto.com/tips/kata-kata-semangat-disaat-ujian-datang-melanda.html