Jimatkan Penggunaan Minyak
Di Internet
http://blog.perempuanmelayu.info/
http://www.noorjannah.com/2008/06/jimatkan-penggunaan-minyak.html
Harga minyak sentiasa naik. Malah dalam keadaan sekarang harga minyak
tidak mudah untuk diturunkan harga.
Kereta, motor dan kenderaan lain kini merupakan satu keperluan.
Perbelanjaan minyak merupakan sebahagian besar dalam belanja harian.
Bila harga minyak naik ia akan membebankan pengguna kerana barang-
barang keperluan turut naik. Kos pengangkutan barang-barang turut
bergantung kepada harga minyak.
Berikut merupakan petua atau nasihat mengenai penjimatan minyak. Sama
ada berkesan atau tidak adalah bergantung pada individu. Cara yang
terbaik adalah memasang tangki gas NGV dalam kereta anda.
Isi minyak sebelah malam selepas jam sepuluh malam, apabila cuaca
sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam
petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang
yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab
haba menyebabkan petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya.
Benar atau tidak berdasarkan pengalaman masing-masing. Pengalaman
penulis sendiri mendapati ianya sememang benar. Nampak perbezaannya.
Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.
Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis
jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada.
Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak
minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh
enjin.
Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong.
Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak
ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.
Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap. Tidak terlalu laju dan tidak
terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda
mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju
kereta, semakin banyak minyak digunakan.
Pandu secara terlalu perlahan pula menyebabkan beban pada kereta tidak
diselaraskan dengan kekuatan enjin kereta. Ini menyebabkan enjin
tertekan dan banyak minyak akan digunakan.
Ketahui dimana arah tujuan anda. Carilah jalan yang sesuai dan dekat.
Digalakan membeli peta kawasan tempat anda tinggal dan kerja bagi
mengenal pasti jalan-jalan yang lebih dekat. Perjalanan yang dekat
akan menjimatkan minat.
Kemudahan peta dan gambar setelit di Internet kini semakin mudah.
Sebagai contoh anda boleh merujuk kepada blog pengembaraan Songketmail
http://travel.songketmail.org/ yang menggunakan dua laman peta dan
gambar satelit di Internet.
http://map.google.com/ dan
http://www.wikimapia.org/
Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang
diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada
jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan
untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis
petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.
Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada
model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa
tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar
yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.
Kereta sesuai digunakan untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang
dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya.
Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan
dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa
kereta.
Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau
malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan
biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas
sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.
Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta
perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan
minyak digunakan.
Diharap tips dan nasihat ini boleh membantu dalam menjimat penggunaan
petrol kenderaan anda.
Diolah daripada artikel asal di
http://wanita.perempuanmelayu.info/jimat-minyak-petrol.php
Kempen Makan Nasi Separuh
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/kempen-makan-nasi-separuh.html
Awas Penipuan Kad Kredit
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/04/awas-penipuan-kad-kredit-melalui.html
Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/2008/04/glubble-family-edition-mozilla-firefox.html
Berahikan Atau Gairahkan Pasangan Anda
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/06/berahikan-atau-gairahkan-pasangan-anda.html
Sidang Pengarang Wanita Perempuan Melayu Info
http://blog.perempuanmelayu.info/
http://wanita.perempuanmelayu.info/tipswanita.php