- Maghribi
- Sudan
- Jordan
- Indonesia
- atau IPT tempatan
PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG UNTUK KEMASUKAN 3 JUN 2013!!
Atau hubungi: 03-42664408 /
013-3116328 / 011-23322145
Apakah syarat kelayakan?
Syarakat minima untuk kemasukan ke Kolej Islam As-Sofa hanyalah 3 kredit
dalam SPM (mana-mana subjek) DAN lulus salah satu subjek pengajian
Islam.
Kalau saya tidak pernah belajar Bahasa Arab, layak kah?
Boleh, tidak pernah belajar Bahasa Arab juga boleh masuk. Malah, Kolej
Islam As-Sofa akan menganjurkan satu program intensif untuk pembelajaran Bahasa
Arab:
KURSUS MIFTAH AL ILMI (INTENSIF BAHASA ARAB)
yang akan bermula pada 2
Mei ini selama sebulan.
Kursus ini akan dijalan di Seremban dengan yuran hanya RM50 + RM100 (asrama).
Apakah had umur untuk kemasukan?
Tiada had umur, yang penting memenuhi syarat kelayakan di atas.
Adakah kolej ini telah mendapat pengiktirafan?
Ya, Kolej Islam As-Sofa berdaftar secara sah dengan Kementerian Pengajian
Tinggi dan telah mendapat sijil pengiktirafan daripada MQA bagi program-program
yang ditawarkan.
Berapakah yuran pengajian di Kolej ini?
Yuran pengajian di Kolej Islam As-Sofa adalah RM2,500 setiap semester. Ada
6 semester semuanya bermakna jumlah yuran pengajian adalah RM15,000. Yuran
asrama pula adalah RM150 sebulan.
Adakah pinjaman disediakan?
Ya, setelah mendaftar, pihak Kolej akan menguruskan permohonan para pelajar
untuk mendapatkan pinjaman PTPTN atau MARA. Malah, Kolej Islam As-Sofa juga
menawarkan sejumlah biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dan pelajar yang
tidak berkemampuan.
Apakah peluang pekerjaan bagi graduan Kolej ini?
Peluang pekerjaan bagi graduan bidang pengajian agama daripada Kolej Islam
As-Sofa teramat luas. Para graduan boleh menceburi bidang pendidikan, ekonomi,
perundangan, pentadbiran, industri halal, kajian dan penyelidikan, penulisan,
pengurusan, kewangan dan perbankan, perniagaan, dan sebagainya.
Apakah lagi keistimewaan di Kolej ini?
Keistimewaan lain di Kolej Islam As-Sofa:
- fasiliti yang sangat selesa
- integrasi pengajian turath dan sistem moden
- pengajian ilmu agama secara bersanad
- peluang bertemu ulama sedunia
- peluang mengkhatamkan sunan sittah
- dapat bertalaqqi kitab-kitab turath
- perpustakaan yang kaya dengan rujukan berkualiti
- kemudahan penginapan, kedai makan, kedai dobi
- akses Internet berkelajuan tinggi
- dan banyak lagi!
Bagaimana untuk mendaftar?
** Kami juga menawarkan peluang untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk
menjadi ejen bagi mencari pelajar untuk kemasukan ke Kolej Islam As-Sofa. Insentif akan dibayar kepada ejen bagi setiap
pelajar yang didaftarkan oleh ejen kepada Kolej Islam As-Sofa. Sesiapa yang
berminat, sila berhubung dengan pihak kami di alamat emel na...@assofacollege.edu.my atau talian 013-3116328 untuk maklumat lanjut.
**