KUALA LUMPUR, 26 April — Seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia minggu lalu, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”
Zamihan Mat Zin, yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.
Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar “Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah” bertemakan “Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai.”
Seminar dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara.
“Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.
“Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata . . . ada tangan . . . ada kaki . . . itu semua kita tidak boleh terima,” kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.
Tahun lalu Zamihan telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.
Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.
Sebaliknya Zamihan mengakui ada “membangkitkan” nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini.
Tegas beliau, amalan dan ajaran yang dibawa Sheikh Abdul Rahman bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah dan ia bertentangan dengan amalan umat Islam.
“Sebab itu (ajaran Sheikh Abdul Rahman) bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah, sebaliknya ia merupakan metodologi sebahagian amalan al-Hanabilah al-Mujassimah dan metodologi ini bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah yang kita amalkan di Malaysia.
“Memandangkan metodologi ini dipopularkan ajaran Wahabi dan ulama bangkit menentangnya, maka metodologi ini tidak perlu disebarkan kepada umat Islam dalam apa jua pendekatan kerana ia bukan metodologi yang benar yang diwarisi dari Rasulullah,” katanya.
Kata Zamihan, beliau menentang keras tindakan Sheikh Abdul Rahman yang cuba mewujudkan suasana tidak senang di kalangan umat Islam dengan membawa fahaman yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah.
“Jika ia (amalan Wahabi) mahu dipraktikkan di Arab Saudi terpulanglah, tapi kita di Malaysia mengamalkan metodologi Ahli Sunah Waljamaah yang jelas iaitu berpegang dengan prinsip akidah yang dirintis dari Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari bermazhab Shafie dan berpandukan metodologi tasawuf dari kalangan ulama sufi yang muktabar.
“Imam Besar Masjidil Haram ini juga pernah membuat (mencetuskan) kontroversi apabila mengemukakan pandangan bahawa orang Islam dilarang menziarai makam Nabi, malah saya ada bukti lain yang menunjukkan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi.
“Malah dalam seminar yang dihadiri beliau pada Sabtu dan Ahad lalu juga, hampir keseluruhan jurucakap dan tetamu yang hadir mengamalkan metodologi Wahabi, tapi gunakan nama lain daripada diketahui dan ini mengelirukan umat Islam,” katanya.
Justeru, kata beliau, pihak berkuasa terutamanya polis dan jabatan agama Islam harus menyiasat perkara tersebut agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Selain itu, Zamihan juga mempersoalkan bagaimana penceramah-penceramah dari luar negara dibenarkan untuk bercakap soal agama tanpa permit.
“Kedatangan Imam Besar Masjidil Haram ini kalau untuk kegiatan umat Islam tiada masalah tapi kalau nak bawa metodologi ia tidak wajar . . . tindakan ini akan mengelirukan umat Islam dan wajar pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.
“Kalau nak masuk Singapura pun kena ada permit tapi bila orang luar berucap pasal agama dan nak bawa metologi Wahabi tidak perlukan permitkah? Sheikh Abdul Rahman datang dengan tujuan untuk semai fahaman Wahabi dan ini tidak wajar,” katanya yang turut menjadi perhatian ekoran satu seminar di Singapura awal tahun lalu.
Pada Jumaat lalu Sheikh Abdul Rahman menggesa umat Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunah demi memastikan mereka kekal bersatu padu.
Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian.
“Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah mengenai pentingnya berpegang teguh dengan al-Quran dan As-Sunah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam),” katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan.
Khutbah beliau bertajuk “Perpaduan Islam dan Cabaran Semasa” diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Datuk Mahamud Abdul.
Betul juga tu, tapi wahabi tak wahabi rasanya elok kita letak tepi dulu sebab yang lebih penting kita mesti menggandakan usaha menentang orang-orang yang tidak mahu melaksanakan perentah Allaah swt ….. solat, menutup aurat, hudud dll. Apa sumbangan kita dlm mangamalkan perentah Allaah swt dari segi muamalat, munakahat, jinayah, siasah dll. Perlu kita ingat tidak berhukum dgn apa yang Dia turunkan, jadilah antara KAAFIRUUN, DHAALIMUUN atau FAASIQUUN, semua tu masuk NERAKA, waliyyazubillaah !!!!!!!! waullaahualam
NOTIFICATION
Privileged/confidential information may be contained in this
e-mail and any attachment(s). If you are not the intended
recipient, any use of, reliance on, reference to, disclosure
of, alteration to or copying of the information for any purpose
is prohibited. Any information not related to TNB's official
business is solely the author's and does not necessarily
represent TNB's view and is not necessarily endorsed by TNB.
TNB shall not be liable for any loss or damage caused by any
illegal activities under the law and/or improper use of e-mail
including but not limited to liability related to the content
of the e-mail(including viruses and other malicious codes,
harassment and defamation ) or related to its dissemination.
TNB is not responsible for any unauthorised changes made to
the information or for the effect of such changes.
ASSALAAMULAIKUM SAUDARA2,
Wahabi ke, Sunni ke, Shiah ke, Melayu ke, Arab ke, American ke,Bosnia ke, Cina ke, Chindian ke,China/Melayu ke, Iban, Melanau ke .. yang penting bila kita MUSLIM: PERSAMAAN KITA adalah seperti berikut:
1. Kita saudara ISLAM berkiblatkan KAABAH, di MAKKAH AL MUKARRAMAH. Kita solat BERSAMA DI SANA. Kenapa pula kita bertelagah bila melangkah keluar saja dari Tanah suci itu??
2. Kitab kita yang satu: AL- QURAN, dan Sunnah kita sama , iaitu: SUNNAH RASULULLAH S.A.W. ITU LAH PANDUAN KITA BERSAMA.
3. Lafaz dan kepercayaan Kita: DUA KALIMAH SYAHADAH: "ASH HADU AN-LAA ILAHAILLALAH, WA ASH HADU ANNA MUHAMMADARRASULULLAH".
4. CARA KITA DI KUBURKAN SAMA KAN?
SAMA KAN?
sama kan?
OLEH ITU, UTAMAKAN LAH "FAKTOR "PERSAMAAN" KITA YANG MENJALINKAN PERSAUDARAAN KITA SESAMA ISLAM, DAN KECINTAAN KITA BERSAMA KEPADA ALLAH DAN UGAMA YANG DITURUNKANNYA, DAN BUKANNYA "PERBEZAAN".
Janganlah kita ingat kita saja yang sempurna, orang/ kaum lain tidak.
Salam,
. NORSHINAH.
|
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Walaikum salam semua akhwat/ikhwal. yang diRahmati Allah SWT ......masalahnya dinegara kita ini terlalu ramai sangat tokoh2 agamawan yang ghairah untuk memberikan pandangan,pendapat serta hukuman yang spontan.....dan lebih malang lagi apabila timbul pula pandangan yang berbeza yang juga akan menimbulkan kontroversi dan kekeliruan kepada masyarakat muslim di dalam negara......apapun konsep atau methodologi fahaman saudara Muslim lain tambah lagi seorang Imam besar di negara Bumi kelahiran Nabi Besar junjungan kita Rasulullah Muhammad SAW...beliau adalah tetamu yang amat dihormati oleh sekalian masyarakat Islam dan tokoh2 agamawan universal sedunia.....ummat Malaysia perlu lah berhemah dan mengambil langkah dan fikiran terbuka apabila berdepan dengan tokoh2 agamawan masyarakat Islam negara dunia selain Malaysia .....perlu lah kita juga
bermuasabah dan mengingati bersama sebagai satu ummah negara Islam yang kerdil, muda, rapuh dan masih belum lagi dalam proses untuk sempurna tamaddun dan peradaban nya. .
Sekadar renongan bagi kita semua.....apabila masyarakat Islam menunaikan ibadah haji atau umrah di Kota Mekah Mukkaramah di mana solat jemaah dilaksanakan di Masjiddil Haram......satu kemusykilan mungkin akan timbul pula dengan kontroversi lain...............adakah jemaah Islam Malaysia akan terpaksa membuat pilihan samada berimamkan ulama Imam yang dikatakan seorang berfahaman Wahabi? Atau mungkin perlu pula memilih seorang Imam daripada ummat Malaysia sendiri yang bermethodologikan Islam ahlil sunnah wal jamaah.........cubalah renong2 kan permasalahan yang sering ditimbulkan oleh sesama para tokoh ulama didalam masyarakat Islam Malaysia yang sering berbeza pendapat dan merasakan terlalu sempurna dan bijaksana sehingga boleh menjejaskan perpaduan antara ummah Islam sendiri....jadi camna.......Allhu'alam...
Bukankah Allah SWT telah mengingatkan hamba2Nya yang sememangnya tidak pernah sempurna melainkan Rasul2Nya.......
"Sesungguhnya orang-orang yang membagi-bagi agamanya, dan menjadi beberapa golongan yang berpisah-pisah...tiadalah engkau (Muhammad SAW) turut serta dengan mereka sedikit pun. Urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah SWT. Nanti Tuhan akan memberitakan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan"....An-Namn 6:159
“Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. Ulamanya akan menjadi wujud paling buruk di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga “(Balhaqi) Sekadar berkongsi dan mengambil iktibar dan sering mengharapkan untuk mendapat bimbingan dan petunjuk Allah SWT serta RasulNya...Pohon ampun dan maaf seandainya banyak kesilapan dan kekurangan didalam pandang saya yang ikhlas dan dhoif ini...Amin
Jazakallah khairan khatiran..
'Sharing is caring is learning and loving all Mankind, Creatures and Creations of Allah'
Suraya
The Silaturrahim
![]() Suriati Othman --- On Thu, 4/28/11, Ahmad Hisham <ehm...@gmail.com> wrote: |
Mesti dpt bezakan fahaman dari segi :-
a) Pendekatan (approach) (Shafi’e/Wahabi) yang bersesuaian dgn sesuatu budaya/tempat/keadaan . Shafi’e disebarkan dahulu di Malaysia dgn ‘soft approach’ yang bersesuaian dgn masyarakat setempat? dan Wahabi berasal dari Saudi Arabia sesuai dgn masyarakatnya agak ‘keras ‘ & lebih tegas?
b) Kepercayaan mazhab(spt mengkafirkan sahabat yang telah dijamin syurga, fahaman Shiah?)
c) Perlaksanaan mazhab yang difahami(ada ahli yang tidak tahu, tidak belajar dan tidak ikut mazhab sendiri)
Ketiga2 pendekatan di atas mesti dirujuk semula pada Quran, Hadith, Qias, ijmak ulamak.
Sekiranya periwayat hadith ditolak oleh sesuatu fahaman spt b) dan rujukan berteraskan Quran & Hadith sahaja maka inilah berlaku pertentangan antara mazhab.
Beberapa pendapat ,yang Wahabi tidak sesuai dibincangkan/diamalkan di Malaysia secara terbuka, tidak boleh disangkal begitu sahaja. Ini akan mengelakkan pertembungan antara golongan ‘muda’ dan golongan ‘tua’ berlaku semula. Kelak musuh Islam akan ketawa…akibat perbalahan ini.
Mesti ada cara berhemah dalam menangani sesuatu masalah. Dgn orang kafir pun kita dibenarkan berbincang….carilah persamaan sesama kita, bukannya perbezaan.
Ini pendapat ana sahaja….kalau salah boleh perbetulkan.
TQ
……………..
syed murzaki syed ali
Betul juge tu, sebab Shiah tu sudah di fatwakan terkeluar dari Islam sejak zaman imam yang 4 lagi, kalau tak silap le !!! Tak tahu le kalau sekarang ada yang lebih terer dai mereka nih, waullaahualam
Wa’alaikumussalam,
Betul tu, jadi bila dah Islam tu dan sama, ikutlah perentahNya, jangan kata nak Islam, realitynya ….. hmmmmm sendiri cek le, kita hanya diganjari tetang apa yang diusahakan (“….jazaa-ambimakanu yang maluun” – Assajadah: 17), waullaahualam.
Wassalaam
From: perk...@googlegroups.com [mailto:perk...@googlegroups.com] On Behalf Of SHINAH KAMA
Sent: Thursday, April 28, 2011
8:50 AM
To: perk...@googlegroups.com;
TKC77; m...@mstime.com.my; Sam; Mahmud Nordin; Rogayah MS; azman yunus; Fida
Cc: Shima Derus
Itu le, elok bebenor kita tengok “fiqh aulawiyat”, jadi tak le kita membuat kerja yang kurang penting …. rugi je, sebab dek mesyuarat kita solat berjemaah, sebab bersama bos, lewat solat ……. banyak lagi le
...."Tegas beliau, amalan dan ajaran yang dibawa Sheikh Abdul Rahman bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah dan ia bertentangan dengan amalan umat Islam.
“Sebab itu (ajaran Sheikh Abdul Rahman) bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah, sebaliknya ia merupakan metodologi sebahagian amalan al-Hanabilah al-Mujassimah dan metodologi ini bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah yang kita amalkan di Malaysia"..... .
Kalau betullah ia sebagaimana yang telah diucapkan, itu seakan-akan pandangan yang bersifat ta'sub, dan berpendapat orang lain bukan dari golongan sunnah. Saya bukan seorang yang cukup berilmu untuk mengkiritik agamawan tersebut, tetapi ingin membuat perbandingan secara lateral di antara latar belakang tokoh yang dikritik dengan agamawan itu sendiri. Sudah sedia maklum bahawa tokoh tersebut ialah adalah Imam Masjid yang menjadi kiblat orang Islam, seorang hafaz al-Quran, berkelulusan Doktor Falsafah, memahami bahasa arab yang sangat baik, dan sudah tentu lebih memahami kandungan ayat al-Quran dan Hadits Rasulul Allah s.a.w. Beranikah kita yang hanya mempunyai sedikit ilmu ini dengan melulu mengatakan bahawa tokoh tersebut bukan berpegang kepada Ahli Sunnah wal Jamaah disebabkan pegangan yang berbeza dengan amalan kita. Lebih buruk lagi sehingga ada yang sanggup meletakkan garisan perbezaan itu, sebagai satu garis yang memisahkan di antara golongan benar dan yang batil.
Masalah berlaku apabila agamawan berbeza pandangan, membuat perdebatan secara terbuka, lalu diikuti oleh pengikut penyokong agamawan tersebut, lalu diikuti oleh pengikut-kepada pengikut, pengikut kepada pengikut kepada pengikut dan seterusnya...akhirnya pengikut hanya bertaklid, tanpa mengetahui ilmu kepada asas perbezaan pandangan tersebut.
Maka berlakulah agamawan mahu menyaman agamawan, pengikut agamawan mengkiritk agamawan lain tanpa berdasarkan ilmu, agamawan mengkritik agamawan lain berdasarkan prejudis, lebih buruk lagi jika kritikan dibuat secara terbuka, lalu akhbar-akhbar jahil memetik pendapat kedua-dua pihak, dan menggambarkan bahawa islam itu seolah-olah agama perpecahan.
Adakah kita pernah mendengar, seorang awam yang hanya mendengar ceramah seorang pakar jantung, menghentam pakar jantung lain kerana pakar jantung itu mempunyai kaedah rawatan yang berbeza. Jika tidak pernah, maka kita patut berasa malu.
Ini adalah pandangan akhir saya, bukan bertujuan untuk berdebat kerana Rasulullah Shollallohu 'Alaihi wa Sallam bersabda,
"Aku menjamin sebuah rumah di surga paling bawah bagi siapa yang meninggalkan debat meskipun ia benar, sebuah rumah di surga yang tengah bagi siapa yang
meninggalkan dusta meskipun bergurau, dan sebuah rumah di surga paling tinggi bagi siapa saja yang berakhlak baik"
[HR. Abu Dawud]
Ops, tersilap le pulok, “sebab dek mesyuarat kita TAK solat berjemaah…..”
Itu le, masalah ada agamawan sekarang fikir dia seorang je yang betul …… tidak bersikap terbuka, macam yang pernah saya dengar bahawa Imam Shafie bila di Baghdad dia tidak baca doa qunut sebab menghormati pendapat Imam Hanafi, tapi tu lah ada pula yang pertikai nanti sahih ke kesah tu…. Jadi elok kita focus kepada perkara2 yang aula le. Waullahualam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.