"Friendly Comparative Religion (FCR)" Phase 2 English Version 20-21 Sept 2014 (For MUSLIMS only!)

5 views
Skip to first unread message

Ir. Hj. Shahul Ikram b. Hj. Adnan

unread,
Sep 15, 2014, 1:04:05 AM9/15/14
to Al-Daiee
Salam.



Berikut ialah detail tentang FCR Fasa 2 versi English:-

Date: 20-21 September - English

Fees: RM100 for students & RM120 for non students
Yuran: RM100 untuk pelajar & RM120 untuk bukan pelajar

Untuk mendaftar, sila hubungi 
Bro. Masyuri 013-615 9030 email : znf...@yahoo.co.uk
Tentative FCR Phase 2
Sabtu / Saturday
08.30am - 09.00am Pendaftaran / Registration
09.00am - 09.10am Pengenalan / Opening
09.10am - 10.40am Kosmologi & Paradoks / Christian Cosmology & Paradox
10.40am - 11.00am Rehat / Break
11.00am - 12.30pm Hujah Balas Kristian / Christian Refutation 
12.30pm - 02.00pm Rehat & Solat / Break & Solat
02.00pm - 03.00pm Hak-hak Wanita Dalam Islam / Women's Right In Islam
03.00pm - 04.00pm Muhammad Dalam Kitab-kitab / Muhammad In Various Scriptures
04.00pm - 05.00pm Memahami Istilah Kristian / Understanding Christian’s Terminology
05.00pm - 05.30pm Hafazan – Tugasan & Tip / Memorisation - Homework & Tips
 
Ahad / Sunday
08.30am - 09.00am Hafazan / Memorisation - Presentation
09.00am - 10.00am Kristologi / Christology
10.00am - 10.20am Rehat / Break
10.20am - 11.20am Keaslian Quran / Authenticity of Quran
11.20am - 01.00pm Etika Berbeza Pendapat / Ethics of Disagreement
01.00pm - 02.30pm Rehat & Solat / Break & Solat
02.30pm - 04.00pm Menyampaikan Islam / Presenting Islam
04.00pm - 05.15pm Forum: Metodologi Dakwah / Forum: Dakwah Methodology
05.15pm - 05.30pm Penutup / Closing
 
Penceramah / Speakers:
Bro Shah Kirit bin Kakulal Govindji
Bro Engku Ahmad Fauzi bin Engku Mohsein
 
Synopsis FCR Phase 2
 
Session 1 – Christian Cosmology & Paradox
Participants will be exposed to Christian understanding and beliefs about events that happened from the time before Adam’s existence until the period after Jesus (Cosmology). In addition to studying and understanding these Christian beliefs and thoughts, the session will go on to focus upon the main points that form the argument of their beliefs (Paradox).
 
Sesi 1 – Kosmologi & Paradoks
Peserta akan didedahkan kepada pemahaman dan kepercayaan orang Kristian tentang kejadian-kejadian yang berlaku sejak zaman sebelum Adam sehinggalah ke zaman selepas Jesus (Kosmologi). Selain mempelajari dan memahami kepercayaan serta cara-cara berfikir orang Kristian, perkara utama yang akan menjadi fokus ialah hujah balas terhadap apa yang dipercayai oleh mereka tadi (Paradoks).
 
Session 2 – Christian Refutation
Participants will be exposed to Christian arguments and responses towards their beliefs that Jesus is god and is the son of god. Verses from the Bible pertaining to “evidence of Jesus divinity” will be discussed in great depth, in order that participants will be armed with the correct knowledge to dispel the arguments of this “divinity”.
 
Sesi 2 – Hujah Balas Kristian
Peserta akan didedahkan kepada hujah-hujah orang Kristian, serta hujah balas terhadap mereka, yang mengatakan bahawa Jesus itu adalah tuhan dan anak tuhan. Ayat-ayat dari Bible mengenai "bukti ketuhanan Jesus" akan dibincangkan secara mendalam supaya peserta akan mampu untuk mematahkan hujah-hujah "bukti ketuhanan" tersebut.
 
Session 3 – Women's Right In Islam
Many women’s right guaranteed in Islam since 1400 years ago were recognized by the west only recently. This session will clearly define these rights to the participants in a clear and concise manner. Another main focus will be a comparison of women’s rights before and after the advent of Islam.
 
Sesi 3 – Hak-hak Wanita Dalam Islam
Terdapat banyak hak wanita yang diberikan jaminannya oleh Islam sejak 1400 tahun yang lalu sebenarnya baru sahaja diiktiraf oleh dunia baratSesi ini akan menjelaskan hak-hak tersebut dengan terang dan ringkas. Satu lagi fokus utama ialah tentang perbezaan hak-hak wanita sebelum dan selepas kedatangan Islam.
 
Session 4 – Muhammad In Various Scriptures
The main issue to be discussed in this session concerns the predictions about the coming of Prophet Muhammad saw as the Last Prophet and several detailed stories about him that are to be found in the Christians (Bible), Hindus and Buddhist scriptures. Among them are references in Deuteronomy 18:18 and the Gospel of John.
                                          
Sesi 4 – Muhammad Dalam Kitab-kitab
Perkara utama yang akan dibincangkan dalam sesi ini ialah tentang ramalan-ramalan kedatangan nabi Muhammad saw sebagai nabi terakhirdan beberapa perincian kisah Baginda yang terdapat di dalam kitab-kitab orang Kristian (Bible), Hindu dan Buddha. Antaranya ialah Deuteronomy 18:18 dan Gospel John.
 
Session 5 – Understanding Christian’s Terminology
In this session, participants will be exposed to common Christian terminologies often used by the highly knowledgable Christians such as priests and missionaries. This will help equip the participant with knowledge and understanding of the Christian's belief system and thought patterns during da'wah. In addition, this session will also discuss common terminologies that Christianity and Islam have, but that differ in meaning.
 
Sesi 5 – Memahami Istilah Kristian
Dalam sesi ini peserta didedahkan kepada beberapa istilah yang sering digunakan oleh orang-orang Kristian yang berpengetahuan tinggi seperti paderi dan misionari. Ini akan membantu melengkapkan lagi peserta dalam memahami kepercayaan serta corak pemikiran mereka ketika berdakwah. Selain daripada itu, perbincangan tentang istilah-istilah dalam Kristian yang sama dengan istilah dalam Islam tetapi berbeza dari segi pengertian, juga akan dibincangkan dalam sesi ini.
 
Session 6 – Memorisation - Homework and Tips
Participants will be given task to memorise verses commonly used for invitation to Islam, dialogue and communication with the Christians, Hindus, Buddhists and Atheists. Verses to be memorized include those from the Qur’an, Bible and Hindu scripture. Nevertheless, prior to this, participants will be given tips and ideas to assist memorization.
 
Sesi 6 – Hafazan – Tugasan & Tip
Peserta akan diberi tugasan untuk menghafal ayat-ayat yang biasa digunakan semasa berdakwah, berdialog dan berkomunikasi dengan orang-orang Kristian, Hindu, Buddha dan Atheist. Ayat-ayat yang perlu dihafal ini termasuklah dari Quran, Bible dan kitab Hindu. Tetapi sebelum itu peserta akan diberikan tips dan idea untuk membantu hafalan.
 
Session 7 – Memorisation – Presentation
This is a practical session for participants following tasks and tips given to memorise chosen verses for the purpose of invitation to Islam.
 
Sesi 7 – Hafazan – Pembentangan
Ini adalah sesi praktikal kepada para peserta selepas diberi tugasan dan tips untuk menghafal ayat-ayat terpilih bagi tujuan dakwah.
                                                                                                                            
Session 8 – Christology
The objective of this session is to strengthen participants’ understanding on church’s ideology. Participants will be quized and tested by the speaker on what they have learnt about Christian beliefs in order to elucidate the root faith of Christology.
 
Sesi 8 – Kristologi
Objektif sesi ini adalah untuk memperkasakan kefahaman peserta tentang ideologi gereja. Para peserta akan disoal serta diuji oleh penceramah tentang perkara-perkara yang pernah dipelajari mengenai kepercayaan orang-orang Kristian bagi mengupas akar umbi iktikad Kristologi.
 
Session 9 – Authenticity of Quran
Once participants have understanding of passages and proofs contained in the Bible questioning its authenticity which was covered in Phase 1 FCR, participants will then be taught the necessary knowledge to prove that the Quran is protected by God and has never be altered since the time it was first revealed to the Prophet Muhammad saw. Participants will also be taught how to prove that the Quran is truly from God.
 
Sesi 9 – Keaslian Quran
Selepas peserta memahami ciri-ciri serta bukti-bukti penyelewengan yang terdapat di dalam Bible semasa FCR Fasa 1, maka peserta kemudian akan diajar ilmu/maklumat yang diperlukan untuk membuktikan bahawa Quran itu adalah terpelihara dan ia tak pernah berubah sejak diturunkan kepada nabi Muhammad saw. Selain daripada itu, peserta juga akan diberikan kemahiran dalam membuktikan bahawa Quran itu benar-benar daripada Tuhan.
 
Session 10 – Ethics of Disagreement
One of the most exigent questions from non Muslims when inviting them to Islam is on the differences of sects and perspectives in Islam. Consequently in this session, participants will be guided on handling such question. In addition to ease invitation to Islam, this would assist us in explaining the differences in perspectives to reverts and among Muslims.
 
Sesi 10 – Etika Berbeza Pendapat
Salah satu soalan yang paling mencabar daripada yang bukan Islam semasa kita berdakwah ialah tentang perbezaan mazhab dan pendapat di dalam Islam. Maka dalam sesi ini, peserta akan diterangkan cara menangani soalan sebegini. Selain membantu dalam berdakwah, ini juga akan membantu kita menerangkan perbezaan pendapat kepada Mualaf dan juga sesama Muslim.
 
Session 11 – Presenting Islam
Subsequent to the exposition on other beliefs, participants will be shared the way of presenting Islam to non Muslims. The comprehension of the thoughts and the basis of non Muslims’ beliefs will also be taken into account in forming arguments in this session.
 
Sesi 11 – Menyampaikan Islam
Setelah diberi pelbagai pendedahan berkenaan agama-agama lain, maka kali ini peserta akan dikongsikan cara menerangkan Islam kepada yang bukan Islam. Pengetahuan tentang corak pemikiran dan asas kepercayaan non Muslim turut diambilkira di dalam pembentukan hujah di dalam sesi ini.
 
Session 12 – Q&A Forum: Dakwah Methodology
In this final session, participants will be briefed on Practical Methods of Dakwah before the opening of a question and answer forum. This final objective is aimed at improving our skills in facing all sorts of challenges from the likes of Christian missionaries, apostates, those hostile to religion, reverts and from Muslims themselves.
 
Sesi 12 – Forum: Metodologi Dakwah
Dalam sesi terakhir ini, peserta akan diterangkan tentang Kaedah Praktikal Dakwah sebelum forum soal jawab dibuka. Objektif akhir ini adalah supaya kita dapat meningkatkan lagi kemahiran kita berhadapan dengan pelbagai cabaran daripada golongan seperti mubaligh-mubaligh Kristian, orang murtad, orang hendak murtad, mualaf dan orang-orang Islam sendiri.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages