Friendly
Comparative Religion (FCR)
Kursus
Perbandingan Agama (Fasa 1)
**
Untuk Orang Islam Sahaja **
Tarikh/Hari:
18-19 Mei
2013 (Sabtu & Ahad)
Venue
/ Tempat:
IIS
Lecture Hall, 1-5-2, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11,
Taman
Setiawangsa, Kuala Lumpur
Yuran:
Percuma
Penceramah
Bro
Shah Kirit bin Kakulal Govindji
Bro
Engku Ahmad Fauzi bin Engku Mohsein
Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran, sila
hubungi:-
Bro Mas-Yuri Mahyiddin
013-6159030
Tentative
FCR Phase 1
Sabtu
08.30am
- 09.00am Pendaftaran
09.00am
- 09.15am Pengenalan
09.15am
- 10.30am Kewajipan Berdakwah
10.30am
- 10.50am Rehat
10.50am
- 11.50am Sejarah Kristian
11.50am
- 01.00pm Asas Kepercayaan Kristian
01.00pm
- 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm
- 03.30pm Kepercayaan Orang Cina
03.30pm
- 04.30pm Hinduism
04.30pm
- 05.30pm Bengkel Bible
Ahad
08.30am
- 09.00am Imbasan Semula
09.00am
- 10.40am Salah Faham Terhadap Islam
10.40am
- 11.00am Rehat
11.00am
- 12.10pm Memahami Mualaf
12.10pm
- 01.10pm Pengalaman Bersama Paderi & Gereja
01.10pm
- 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm
- 03.30pm Quran & Sains Moden
03.30pm
- 05.00pm Soal Jawab / Q&A
05.00pm
- 05.15pm Program Susulan
05.15pm
- 05.30pm Penutup
Synopsis FCR Phase 1
Sesi 1 – Kewajipan Berdakwah
Peserta
akan diterangkan perbezaan di antara Dakwah dan Islah. Ia diikuti dengan
persoalan sama ada berdakwah kepada non Muslim itu adakah wajib ataupun
sebaliknya. Di antara alasan yang paling kerap diberi untuk menafikan
tanggungjawab berdakwah kepada non Muslim adalah seperti berikut:-
·
Masih
belum cukup ilmu untuk lakukan dakwah.
·
Diri
sendiri masih teruk, belum lengkap, belum faham seluruh kandungan Quran.
·
Kita
perlu perbetulkan umat Islam dahulu, kemudian barulah berdakwah kepada non
Muslim.
·
Dakwah
saya tidak akan berkesan.
·
Bukankah
Quran menyebut “Tiada paksaan di dalam agama”
·
Bukankah
Quran menyebut “Untukmu agamamu, untukku agamaku”
·
Ada
non Muslim yang akan mengatakan “jaga urusan kamu sendiri”
·
Hubungan
persahabatan dengan kawan non Muslim akan terputus disebabkan rasa sakit hati
apabila didakwah.
·
Ayat
104 surah Ali Imran mengatakan bahawa hanya sebahagian sahaja yang perlu
berdakwah.
Secara
umumnya, peserta akan diterangkan mengenai Teknik Perbandingan Agama di dalam
melakukan dakwah.
Sesi 2 – Sejarah Kristian
Peserta
akan didedahkan mengenai sejarah kemunculan agama Kristian yang terbahagi
kepada tiga zaman, iaitu:-
1. Era sebelum Jesus as dilahirkan - Di
dalam era ini, peserta akan diterangkan bermula dari zaman Abraham, diikuti
Isaac, Jacob, Moses hinggalah ke zaman kelahiran Jesus. Penyelewengan Bani
Israel akan ditumpukan.
2. Era selepas Jesus as dilahirkan dan
sebelum diangkat ke langit - Peserta akan didedahkan mengenai tentangan Bani
Israel terhadap dakwah yang dibawa oleh Jesus.
3. Era selepas Jesus as diangkat ke
langit - Peserta akan diperkenalkan dengan seseorang yang bernama “Paul” yang
memulakan penyelewengan ajaran Jesus. Ia akan diikuti dengan zaman sesudah
Hawariyun, termasuklah zaman pembukuan Bible pada abad ke 4, dan zaman-zaman selepasnya.
Sesi 3 – Asas Kepercayaan Kristian
Bagi
memantapkan lagi teknik dalam melakukan dakwah kepada orang Kristian,
doktrin-doktrin agama mereka perlu difahami. Kita perlu memahami asas-asas
kepercayaan mereka dari sudut pemahaman mereka sendiri. Dan untuk membezakan
antara hak dan batil pula, maka Quran dan Hadis menjadi rujukan. Terdapat lima
asas kepercayaan orang-orang Kristian iaitu:-
·
Dosa
Warisan
·
Jesus
itu anak tuhan
·
Jesus
itu tuhan
·
Pensaliban
Jesus
·
Triniti
Peserta
juga akan didedahkan tentang ayat-ayat Tauhid yang terdapat di dalam Bible
serta persamaan antara amalan nabi-nabi di dalam Bible dengan amalan Muslim
hari ini.
Sesi 4 – Kepercayaan Orang Cina
Peserta
akan didedahkan mengenai asas kepercayaan dan juga perayaan kaum Cina di
Malaysia. Ini akan membantu kita memahami perbezaan antara budaya, adat dan
kepercayaan di dalam agama mereka dan seterusnya dapat memberi idea kepada kita
berkenaan pendekatan terbaik di dalam melakukan dakwah kepada golongan ini.
Selain daripada itu, peserta juga akan didedahkan mengenai perkara yang
dibolehkan (Do) dan perkara yang dilarang (Don't) semasa berinteraksi dengan
orang-orang Cina.
Sesi 5 – Hinduism
Dalam
sesi ini, peserta akan dapat melihat bagaimana orang Hindu memahami konsep ketuhanan
mereka sendiri. Peserta juga akan didedahkan mengenai perkara yang tidak masuk
akal pada pandangan kita mengenai konsep ketuhanan mereka. Apakah panduan di
dalam Quran untuk menangani perkara yang tidak masuk akal tadi? Adakah kita
boleh mengejek dan merendah-rendahkan kepercayaan mereka ini? Bagaimanakah kita
boleh membawa mereka supaya dapat membandingkan konsep ketuhanan yang ada di
dalam Islam melalui pendedahan kalimah-kalimah Tauhid yang masih terpelihara di
dalam kitab suci Hindu? Dan ini diikuti penerangan mengenai perkara Do and
Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Hindu.
Sesi 6 – Bengkel Bible
Muslim
kerap kali menyangkakan bahawa Bible itu adalah Injil yang sudah diseleweng,
tetapi benarkah begitu? Jika kita andaikan Injil tersebut tidak pernah
diseleweng, maka adakah ini bermakna INJIL = BIBLE? Kebanyakan Muslim juga
terlalu mudah untuk menyatakan bahawa Bible itu sudah diubah (Quran 2:79,
4:46), tetapi terlalu sedikit yang mampu membuktikan kenyataan tersebut. Oleh
itu, di dalam sesi ini, para peserta akan diajar cara-cara membaca Bible dan
seterusnya akan didedahkan tentang penyelewengan, ayat-ayat percanggahan di
dalam Bible, dan cerita yang tidak sesuai untuk berada di dalam sebuah Kitab
Suci.
Begitu
juga seperti yang telah diterangkan di dalam sesi Asas Kepercayaan Kristian,
maka di dalam sesi kali ini, peserta akan melihat dan membaca sendiri ayat-ayat
Tauhid dan persamaan antara amalan yang dicatatkan di dalam Bible dengan amalan
Muslim hari ini. Ini juga boleh membantu Muslim melakukan dakwah kepada
orang-orang Kristian.
Akhir
sekali, kebolehan membaca Bible serta sedikit pengetahuan mengenai kandungannya
adalah penting apabila keadaan memerlukan, sebagai contoh, apabila kita
berdepan dengan misionari atau individu-individu Kristian yang tidak mahu
menggunakan Quran di dalam perbincangan antara kita dan mereka.
Sesi 7 – Imbasan Semula
Para
peserta akan diminta mengulang semula SATU perkara (point) yang telah
dipelajari semasa hari pertama dari sesi 1 hingga sesi 6.
Sesi 8 – Salah Faham Terhadap Islam
Semasa
menyampaikan kebenaran Islam kepada non Muslim (malah sesama Muslim), kita
tidak akan terlepas daripada mendengar 1001 persoalan serta salah tanggapan
terhadap Islam. Di antara soalan-soalannya ialah:-
Isu
umum
·
Masuk
Islam = Masuk Melayu
·
Islam
agama susah (perlu solat 5 kali sehari, puasa, banyak pantang larang, tidak
boleh makan babi, minum arak dll)
·
Islam
agama mundur
·
Tuhan
Islam tidak adil – kenapa cipta kafir, kenapa takdir ke syurga/neraka
·
Semua
agama sama
·
Doa
tidak terjawab
·
Kafir
yang baik ke neraka tapi Muslim yang jahat ke syurga
·
Sains
dan agama tidak selari
Isu
keganasan
·
Islam
agama ganas (9/11, suicide bombing)
·
Islam
disebar melalui mata pedang
·
Negara
Muslim suka berperang
Isu
wanita
·
Wanita
tidak boleh jadi imam
·
Saf
solat wanita di belakang (ini kerap ditanya oleh pelancong asing yang datang ke
masjid semasa Mosque Tour)
·
Lelaki
dapat 2 kali ganda harta warisan daripada wanita (4:11)
·
Kesaksian
seorang lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita (2:282)
·
Wanita
tidak boleh jadi pemimpin
·
Lelaki
mempunyai satu darjat lebih tinggi daripada wanita (2:228)
·
Suami
boleh pukul isteri (4:34)
·
Poligami
·
Kenapa
wanita tidak boleh kahwin 4 (poliandri)?
·
Isu
tudung
Isu
bermusim
·
Hudud
·
Negara
Islam
·
Islam
Hadhari
·
Rogol
isteri
·
Tsunami
·
Moral
·
Artikel
11 (1A)
·
Karikatur
Isu
Nabi Muhammad saw
·
Ramai
isteri – 12 orang
·
Nabi
kahwin dengan budak 6 tahun - Pedophile
·
Kahwin
menantu sendiri
·
Nabi
boleh membaca
Soalan
dari missionary Kristian
·
Jesus
lebih hebat dari Muhammad sebab nama Jesus disebut 25 kali dalam Quran tapi
nama Muhammad disebut 5 kali sahaja (3:144, 33:40, 47:2, 48:29, 61:6)
·
Muhammad
sudah meninggal tapi Jesus masih hidup
·
Jesus
tidak berbapakan manusia, maka Father lah bapanya
·
Nabi
akhir ialah Jesus sebab Jesus akan turun sebelum kiamat
·
Quran
tiru Bible
·
Quran
hasil kerja syaitan
·
Allah
guna perkataan “Kami” dan ini bermakna trinity itu adalah benar
Soalan
dari orang-orang Hindu
·
Muslim
sembah Kaabah
·
Tuhan
Linggam di dalam Kaabah
·
Semua
manusia sepatutnya Vegetarian
·
Sembelihan
haiwan cara Islam adalah kejam
·
Berhala
(Idol) bukan disembah tetapi ia hanya untuk tujuan penumpuan (concentration)
kepada tuhan
Quran
ada percanggahan
·
Satu
hari di sisi Allah adakah bersamaan seribu tahun manusia (22:47, 32:5) atau
limapuluh ribu tahun manusia (70:4)?
·
Allah
cipta langit dan bumi dalam enam hari (7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 32:4, 50:38,
57:4) atau lapan hari (41:9-12)?
·
Manusia
dicipta daripada air (25:54), sperma (76:2) atau tanah (6:2)?
Sesi 9 – Memahami Mualaf
Pada
peringkat awal, peserta akan diterangkan maksud mualaf dan mukalaf. Kemudian
peserta akan didedahkan mengenai cabaran-cabaran yang dialami mualaf sebelum,
semasa dan selepas mereka memeluk Islam. Pengetahuan ini amat penting supaya
kita mampu membezakan antara perkara yang perlu didahulukan serta perkara yang
boleh dikemudiankan di dalam membantu mualaf menguatkan aqidah Islam. Di antara
cabaran tadi ialah:-
Sebelum
memeluk Islam
·
Contoh
buruk oleh Muslim
·
Tiada
bantuan/galakan daripada Muslim, malah ditakut-takutkan
·
Tidak
ada yang mahu menyampaikan Islam
·
Tidak
tahu siapa yang hendak dirujuk, dll
Semasa
memeluk Islam
·
Masalah
semasa hendak bershahadah
·
Dituduh
masuk Islam kerana hendak berkahwin
·
Terlalu
terikat dengan prosedur, dll
Selepas
memeluk Islam
·
Mualaf
diMelayukan
·
Perlu
dirahsiakan atau perlu dihebahkan?
·
Tentangan
keluarga – apakah peranan kita?
·
Sahabat
sekeliling tidak tahu keutamaan (priority) perkara yang perlu diajar, dll
Sesi 10 – Pengalaman Bersama Paderi
& Gereja
Salah
seorang penceramah akan berkongsi pengalaman beliau selama hampir 20 tahun
berdepan dengan missionary, paderi dan pihak gereja. Peserta akan didedahkan
bahawa hujah-hujah misionari ini sebenarnya adalah sangat lemah. Dengan ini,
diharap akan dapat memotivasikan peserta supaya memulakan usaha dakwah kepada
non Muslim.
Sesi 11 – Quran & Sains Moden
Apabila
kita berdepan dengan golongan yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan dan
agama (Free Thinker), maka kita perlu menggunakan kitab golongan ini, iaitu
sains dan logik. Oleh itu, di dalam sesi ini, peserta akan didedahkan dengan
banyak ayat Quran yang selari dan menepati sains moden. Banyak fakta sains yang
hanya ditemui pada zaman moden ini sebenarnya telahpun diceritakan di dalam
Quran. Malah terdapat penemuan sains yang dengan jelas membuktikan bahawa Allah
itu wujud.
Sesi 12 – Soal Jawab
Semua
peserta diberikan peluang untuk bertanya apa sahaja soalan berkenaan
perbandingan agama, dakwah kepada bukan Islam, persoalan lazim terhadap Islam
etc.
Sesi 13 – Program Susulan
Sepanjang
dua hari program, peserta telah diberikan pelbagai maklumat serta input
mengenai corak berfikir non Muslim, pendekatan berdakwah kepada mereka,
persediaan untuk menjawab soalan-soalan mereka, penggunaan Bible dalam berdakwah
(hanya sekiranya keadaan memerlukan), memahami serta mengetahui cara menangani
mualaf dan akhirnya diberi peluang untuk bersoaljawab dengan para penceramah.
Maka pada sesi akhir ini, peserta akan diterangkan mengenai program susulan
ataupun follow up yang berbentuk praktikal.