Assalamualaikum
warahmatullah...
Mahu mencanangkan
buku terkini yang diusahakan dan akhirnya telah terbit...Alhamdulillah (Fresh from the oven).
Hasilnya
diperolehi setelah berhempas
pulas selama 3 setengah tahun...lama sebab sukar mencari ilustrator....
Mengapa buku ini ditulis...
------------------------------------------------
Buku yang menyahut panggilan dan cabaran
supaya ahli akademik memindahkan segala ilmu dari bentuk tesis kepada buku
ilmiah. (Tesis PhD. pelajar di bawah penyeliaan bersama saya).
Buku
yang dicita2kan dapat mengembalikan minat pelajar-pelajar (terutamanya dalam
kalangan beragama Islam) kepada Sains (didapati telah menurun sehingga 25%
mengikut statistik terkini).
Namun isi buku mesti guna laras dan lenggok
bahasa orang biasa-biasa. Supaya segala ilmu baharu yg dijana di peringkat Menara
Gading dapat juga difahami dan dihadam oleh orang awam..
Adalah menjadi tanggungjawab sosial (social obligations) untuk ahli akademik
bagi sama-sama membangunkan minda masyarakat dengan segala pencapaian ilmu
baharu. Ini adalah supaya tamadun terkini itu dapat sama-sama dirasa. Dalam
perkataan lain, memasyarakatkan segala ilmu baharu.
Juga supaya segala tesis itu tidak hanya
tinggal berhabuk dan tersusun cantik dalam kabinet universiti dan perpustakaan-perpustakaan
yg tinggal lengang buat masa ini, tanpa pembaca. Sekiranya adapun, berapa kerat
sahaja pembacanya. Hanya terhad kepada sekadar kertas kerja jurnal baik pada
peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Seharusnya
segala ilmu yang dijanakan itu dapat digarap oleh semua.
Paling
penting segala ilmu itu perlu dipusatkan semula kepada keagungan Allah sebagai
sumber segala ilmu dan Yang Maha Pencipta. Juga menekankan yang kedatangan
Islam itu sebagai Rahmat untuk seluruh alam.
Wallahualam.
Semoga
Allah menerima segala amalan kita...Ameen.
Prof. Madya Dr. Umi Kalthum Ngah
Pusat
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Universiti Sains Malaysia
Kampus Kejuruteraan
14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang.
Juga Ketua Editor Kelab Noon
Penulis Bersama:
Dr. Zulkifli Zainal Abidin (kini di UIA, Mekatronik).
PS. Buku ditulis menggunakan gaya bahasa
teknik Persuasif iaitu dapat membelai hati pembaca. Ditulis dengan
mengaplikasikan Teknik KJ, teknik menulis pantas. Siap dalam 4 bulan namun
proses penerbitan mengambil masa 3 tahun 2 bulan. Buku ini agak mahal daripada
buku-buku biasa disebabkan ia sepenuhnya berwarna dan faktor ini meningkatkan
kos penerbitan.
Anda menerima mesej ini kerana anda melanggan topik dalam kumpulan Google Kumpulan "sabeeluna".
Untuk menyahlanggan kumpulan ini dan berhenti menerima e-mel daripada kumpulan, hantarkan e-mel ke
.
.
.