Assalamualaikum….
Ramai rakan-rakan sudah mengetahui saya menjalankan perniagaan menjual buku melalui stormreaders. Hobi saya adalah membaca dan saya suka melakukan sesuatu yang selari dengan minat dan hobi saya.
Stormreaders adalah satu perniagaan network marketing atau ringkasan popularnya MLM. Mungkin ada yang berpandangan sedikit negetif mengenai perniagaan MLM kerana banyak syarikat MLM yang beroperasi akhirnya tutup kerana syarikat itu sebenarnya menjalankan skim piramit.
Sebenarnya tidak susah untuk mengenal skim piramit atau money game ini. Jika pendapatan yang dijanjikan adalah dengan hasil menaja orang semata-mata dan promosi yang dilakukan adalah dengan menunjukkan kereta besar, rumah besar, gambar orang pegang duit banyak… maka saya akan meraguinya.
Stormreaders pula bagi saya adalah satu perniagaan MLM yang sebenar bukan skim piramit atau money game. 100% patuh syariah dan dipantau oleh 2 orang penasihat syariah yang memang sudah dikenali ramai iaitu Utz Zaharruddin Abd Rahman dan Utz Zahazan Mohamed.
Mengapa saya menyertai stormreaders?
1. Produk yang dijual adalah ilmu iaitu buku-buku dan media terbitan Telaga Biru. Kandungan buku-buku dan media tersebut adalah berkualiti dengan hasil tulisan penulis terkenal tanah air. Bukan kandungan yang tidak berfaedah atau melalaikan kita dari reality kehidupan.
2. 100% patuh syariah. Agak panjang jika ingin saya huraikan dengan mendalam tetapi setelah saya kaji system pemasarannya saya dapati segala pendapatan yang akan diperolehi dari perniagaan stormreaders ini adalan hasil dari keuntungan penjualan buku-buku dan keuntungan tersebut dikongsikan bersama syarikat dan ahli-ahli stormreaders. (akan saya terangkan sebentar lagi)
3. 9/10 rezeki dari perniagaan. Lebih dari sepuluh tahun punca utama rezeki saya adalah dari pekerjaan. Kini ada sedikit punca rezeki dari pelaburan hasil mempelajari ilmu pengurusan kewangan. Dalam kehidupan yang semakin mencabar, perlu menambahkan punca rezeki lagi dan saya dapati stormreaders membuka peluang untuk saya mula berniaga.
4. Ibadah untuk akhirat. Bukan semata-mata untuk kesenangan hidupp di dunia tetapi saya melihat sebagai pelaburan untuk akhirat juga kerana produk yang dijual adalah buku-buku agama. Mengigatkan kita tentang yang maha kuasa. Pencipta setiap makhluk yang ada dalam alam ini. Mengigatkan manusia padanya adalah satu ibadah dan ganjaran yang saya harapkan adalah di akhirat kelak.
5. Boleh dilakukan dari rumah. Berbeza dengan 10 tahun yang lalu kini internet sudah ada dimana-mana. Dengan kemajuan teknologi sekarang internet boleh diakses dengan telefon bimbit. Pegguna internet di Malaysia semakin bertambah dan akan bertambah. Stormreaders membolehkan saya menjalankan perniagaan secara online. Teringat saya tulisan Chef li dalam buku Jutawan Senyap. “Dimana ada orang, di situ ada wang”. Kini ramai orang yang berkumpul di dalam dunia cyber. Lihat sajalah facebook dan perhatikan….. anda akan mengerti maksud saya.
Banyak lagi sebab-sebab yang boleh saya kongsikan lagi… tapi cukup dulu rasanya.
Sistem Hybrid Stormreaders:
Apa maksud system hybrid? Anda mungkin sudah sedia maklum hybrid bermakna gabungan 2 benda. Dalam stormreaders ada 2 sistem yang dijalankan dipanggil e-store dan e-net. Dengan kata mudah “kedai” dan “network”.
Stormreaders adalah pengedar kepada Syarikat penerbitan Telaga Biru. Dalam pengamatan saya Stormreaders mendapat margin keuntungan sebanyak 30% untuk setiap buku yang dijual. Margin keuntungan 30% inilah yang dikongsikan bersama diantara syarikat dah ahli-ahli stormreaders yang aktif menjalankan perniagaan dan menghasilkan jualan.
Untuk e-store atau kedai. Keuntungan 20% diberikan kepada ahli yang menghasilan jualan melalui kedai mereka tak kira berapa asalkan ada jualan di kedai 20% adalah milik tuan punya kedai. 10% lagi akan diberikan kepada penaja yang mencapai target jualan setiap bulan sebagai incentive hasil usaha mereka melakukan jualan.
e-net atau network adalah system kedua yang memberikan pulangan yang besar. Keuntungan diperolehi dengan pembinaan network iaitu mengajak orang lain sama-sama melakukan perniagaan ini. Setiap ahli yang ingin melakukan business network ini dikehendaki membeli beberapa buah buku bernilai lebih kurang RM300 ringgit. Buku-buku tersebut boleh digunakan sendiri atau kemudiannya dijual pada orang lain. Keuntungan hasil jualan ini dikongsikan oleh ahli-ahli yang ada dalam network tersebut. Ahli yang layak dalam rangkaian tersebut akan mendapat 5% keuntungan setiap seorang hasil jualan ini atau dalam kata lain margin keuntungan 30% tadi dikongsikan dengan 6 orang. Lebih besar network lebih banyak pulangan yang boleh diperolehi. Tentunya sesiapa yang berusaha dan membina network mereka akan mendapat pulanggan yang setimpal dengan hasil usaha mereka.
Saya harap anda jelas bagaimana pendapatan diperolehi dari stormreaders. Segalanya adalah hasil penjualan aset sebenar iaitu hasil dari keuntungan penjualan buku. Bukan hasil dari tajaan semata-mata tanpa ada barang yang dijual seperti yang berlaku dalam system piramit. Harga buku yang dijual juga adalah mengikut harga pasaran bukan dinaikkan untuk memberi keuntungan kepada orang atas dalam rangkaian.
Teringat saya lagi ilmu dari buku chef Li…
“Ada 4 cabanng perniagaan yang akan terus ada permintaan sampai bila-bila
1. Perniagaan berkaitan dengan makanan
2. Perniagaan berkaitan dengan pakaian
3. Perniagaan berkaitan dengan pendidikan
4. Perniagaan berkaitan dengan perubatan
Stormreaders adalah perniagaan dari cabang pendidikan kerana produknya adalah ilmu iaitu buku. Perhatikan anak muda masa kini. Sistem didunia sekarang dan pengaruh media banyak menyebabkan mereka leka seketika. Akan tiba masanya mereka akan berfikir tentang erti dan tujuan kehidupan dan mencari ilmu tentang itu. Dengan stormreaders mungkin kita boleh membantu mereka dengan mengenalkan produk ilmu yang memberikan ketenangan jiwa dan minda bagi meneruskan cabaran kehidupan mereka di dunia seterusnya mendapat kebahagiaan hidup diakhirat kelak.
Terima Kasih kerana membaca
Abdul Hamid
24-May-10
Groups "PAIMD" group.