Assalamualaikum...
Secara tiba-tiba hari ini aku terfikir mengenai kebebasan. Mungkin terkesan dengan video Mike Malony bertajuk The Biggest Scam In The History of Mankind. Sebuah video yang menerangkan bagaimana sistem keewangan dunia diuruskan. Yang kaya mengambil kesempatan terhadap ramai orang terutamanya bank. Sistem kewangan yang secara tak langsung menyebabkan perhambaan cara baru.
Di zaman ini tiada hamba. Tetapi tanpa kita sedari kita telah diperhambakan dengan sistem kewangan yang berunsurkan riba. Riba yang diharamkan dalam Islam. Malahan aku sendiri sekarang ini tertanya adakah sistem perbankan islam benar-benar bersih ? Cuma yang aku pasti sistem kewangan Islam adalah lebih baik dari sistem keewangan konvensional ciptaan barat.
Namun jika kita tidak belajar dan ambil tahu mengenai pengurusan kewangan walaupun dengan sistem kewangan Islam kita akan menjerat diri kita sendiri. Jerat yang pada aku telah terpasang lama dahulu semasa sistem kewangan dunia sekarang di cipta di Amerika Syarikat.
Apakah jerat tersebut?..... "Hutang"
Aku sendiri telah terjerat dengan hutang ini dan agak sukar untuk melepaskan diri darinya. Hutang rumah, hutang kenderaan , hutang persendirian ... semua yang bernama hutang ini menyebabkan kita hilang kebebasan malahan dalam keadaan yang kronik kita akan diperhambakan.
Doa Menghindar dari kesusahan.
"Ya Allah aku berlindung denganmu daripada kesusahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pegecut dan bakhil , daripada bebanan hutang dan kekuasaan manusia."
Kita mohon perlindungan dengan Allah daripada segala sifat sifat negetif yang terdapat dalam doa ini kerana segala sifat negetif itulah punya kita kehilangan kebebasan yang kita ada.
Dalam Video Mike Maloney yang dinyatakan awal tadi.. beliau ada nyatakan.. Kekayaan anda yang sebenar adalah "Kesihatan anda dan masa anda ". Bila aku fikirkan dengan mendalam aku bersetuju dengan kenyataan itu.
Kesihatan... tak mungkin kita dapat perolehi dimana-mana. Ia adalah kurniaan Allah kepada kita dan juga dari hasil kita menjaga diri kita sendiri. Kesihatan membawa bahagia bersamanya. Jarang orang yang sakit berasa bahagia. Tapi jika mempunyai takwa dan iman seperti para sahabat nabi kita akan mampu merasa bahagia dengan kesakitan kerana ia adalah dugaan Allah.
Tapi aku hanya manusia biasa, ujian kesakitan akan mengurangkan rasa bahagia. Jika sakit biasanya kita akan terlantar tidak dapat untuk melakukan apa-apa. Masa kita terbuang begitu dan kita terhalang dari malakukan pekaran yang biasa kita lakukan.
Masa adalah kekayaan jika kita dapat lakukan apa yang kita suka dengan masa yang kita ada. Ironinya kebanyakkan kita tidak dapat menggunakan masa terhad yang kita ada untuk diri kita sendiri. Kita korbankan masa kita untuk bekerja bagi mendapatkan wang bagi menampung keperluan kehidupan. Jika kerja yang kita lakukan itu adalah pekara yang kita suka, maka ia tidak menjadi masalah. Tapi secara jujurnya kebanyakkan kita agak sukar untuk menyukai kerja kita terutamanya bagi orang yang makan gaji seperti aku sendiri.
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.
Surah Al Asr (103)
Demi Masa.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
Aku ingin kekayaan sebenar... pertamanya bersyukur dengan kesihatan yang Allah kurniakan dan sebaiknya aku harus mulai saat ini menjaga kesihatan diri. Kedua kebebasan masa dengan membebaskan diri dari bebanan hutang. Namun langkah pertamanya adalah dengan menambahkan keimanan dan amal soleh. Serta berpesan-pesan iaitu berkongsi ilmu yang benar agar ramai mendapat manfaat serta bersabar dalam menempuh cabaran kehidupan kerana menyedari segalanya ujian agar dapat diketahui tahap keimanan bagi mendapat syurga dan memiliki kebebasan yang hakiki.
Abdul Hamid
21/10/2013
--
Posted By Abdul Hamid to
Pengalaman.. Akal.. Ilmu.. masa depan.. at 10/21/2013 04:22:00 PM