[Pengalaman.. Akal.. Ilmu.. masa depan..] Langkah Seterusnya... dgn stormreaders

1 view
Skip to first unread message

Abdul Hamid

unread,
Apr 29, 2010, 11:42:24 AM4/29/10
to pa...@googlegroups.com
Assalamualaikum….

Sampai ke rumah hari ini saya dapati ada bungkusan untuk saya. Rupanya buku yang saya order semasa pendaftaran stormreaders awal minggu ini telah sampai. Bersama dengan kit permulaan perniagaan ada 10 buku yang saya order.

Hari ini saya mula membaca “Nota Hati Seorang Lelaki” dari Pahrol Mohd Juoi. Baru beberapa bab yang saya baca namun hati telah tersentuh. Tersentuh kerana membaca nota seorang lelaki yang juga seorang anak, membuat saya teringat kepada kedua orang tua saya yang kini hanya tinggal berdua di kampung. Telah berjaya membesarkan 6 orang anak mereka yang kini masing-masing duduk berjauhan.

Rindu…. Mungkin ini perkataan yang digunakan oleh orang yang sedang di lamun cinta…. Tapi ayah & ibu yang sudah tua sebenarnya merindui anak-anak mereka…merindui kenangan lama ketika anak-anak masih tinggal bersama. Kita mungkin sibuk dengan kehidupan harian kita hingga kita terlupa kepada mereka. Malah pernah saya dengar cerita orang yang merasakan ayah ibu yang sudah tua beban, Tetapi sebenarnya dengan membahagiakan mereka akan membahagiakan hidup kita……


Bagi yang berminat untuk mendapat buku ini boleh dapatkan di e-store saya http://www.stormreaders.net/rabtlebooks
Hubungi saya jika berminat untuk bersama-sama menjalankan perniagaan ilmu ini…

“Jika kamu inginkan kejayaan di dunia, hendaklah dengan Ilmu,
 Jika kamu inginkan kejayaan di akhirat, hendaklah dengan Ilmu,
 Jika kamu inginkan kejayaan kedua-duanya, juga hendaklah dengan Ilmu

Fikir-fikirkanlah

Abdul Hamid
29 April 2010



--
Posted By Abdul Hamid to Pengalaman.. Akal.. Ilmu.. masa depan.. at 4/29/2010 11:42:00 PM

--
You received this message because you are subscribed to the Google
Groups "PAIMD" group.
To unsubscribe from this group, send email to
paimd+un...@googlegroups.com
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/paimd?hl=en?hl=en
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages