Kitab ini merupakan karangan Haji Abdul Ghani Bin Haji Yahya yang membahaskan persoalan dalam ilmu fiqah. Bab munakahat terletak di dalam jilid yang kedua dan kitab ini telah diterbitkan oleh Syarikat Bajrai, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Jumlah
Hadith-hadith munakahat dalam karya-karya Jawi yang dihasilkan bagi kategori ini adalah lebih sedikit bilangannya berbanding penulisan hadith-hadith munakahat yang ditulis dan diwakili dalam bentuk bab-bab kecil dalam kitab. Penghasilan kitab-kitab sebegini memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam meluaskan perbincangan terhadap skop yang lebih khusus. Kebarangkalian faktor tersebutlah menjadi sebab utama mengapa penghasilan karya-karya Jawi sebegini begitu terhad. Penulis menyenaraikan 5 buah kitab di sini. Contoh-contoh kitab bagi kategori ini adalah:
Penulis telah menjadikan kitab Idah al-Bab li Murid al-Nikah bi al-Sawab karangan Syeikh Dawud Bin Abdullah al-Fatani sebagai sampel dalam subtopik ini. Contoh penulisan bab di dalam kitab ini adalah:
Pengertian bagi kalimah takhrij telah pun penulis jelaskan pada bab pendahuluan iaitu menjelaskan periwayatan seseorang muhaddith bagi hadith-hadith yang terdapat dalam kitabnya dengan sanadnya sendiri, ataupun menyandarkan hadith kepada sesiapa yang meriwayat hadith tersebut terutamanya dari kalangan para Imam yang meriwayatkannya dalam kitab mereka serta menyebut darjat bagi hadith itu.34
Justeru itu, elemen takhrij yang ingin dibawa penulis di sini adalah begitu penting bagi mengenalpasti sumber periwayatan sesuatu hadith yang dibawa pengarang kitab adalah benar-benar wujud. Elemen-elemen takhrij yang wujud pada sesebuah hadith yang dibawa seperti pernyataan periwayat, sanad dan apa-apa jua yang berkaitan, hakikatnya memberi kemudahan kepada para pengkaji hadith dalam meneliti kembali periwayatan asal sehinggalah tahap mengetahui hukum hadith sama ada dari sudut sahih atau lemahnya sesuatu hadith. Berikut akan penulis bawakan bentuk-bentuk takhrij yang wujud dalam beberapa karya Jawi yang disenaraikan penulis sebelum ini. Bentuk-bentuk takhrij yang penulis maksudkan ialah:
ketiga-tiga perkara tersebut. Namun begitu, tidak semua hadith mempunyai aspek-aspek takhrij sebegitu. Kebanyakan hadith-hadith yang dibawa dalam karya-karya Jawi adalah dalam bentuk kenyataan matan hadith semata.
Sumbangan ulama-ulama Nusantara dalam bidang ilmu ternyata tampak jelas dengan penghasilan karya-karya penulisan dalam bidang agama. Namun begitu, dapatan penulis sedikit sebanyak telah memberi gambaran bahawa kebanyakan penulisan yang wujud terutamanya yang hanya menfokuskan perbincangan hadith-hadith munakahat, tidak banyak dihasilkan. Perbincangan munakahat hanya lebih tertumpu kepada permasalahan fiqah sahaja dan ianya mudah didapati dalam karya-karya Jawi bidang fiqh.
Bentuk atau metodologi penulisan hadith-hadith munakahat dalam karya-karya Jawi tidak banyak bezanya antara satu sama lain. Kebanyakan hadith yang dibawa adalah sebagai penguat atau hujah bagi sesuatu keterangan. Namun begitu, perbezaan yang jelas adalah apabila melihat kepada karya-karya Jawi yang berlainan bidang, terutamanya antara karya Jawi dalam bidang fiqah dan bidang hadith. Pembawaan hadith dalam karya fiqah adalah lebih tertumpu kepada penjelasan terhadap permasalahan fiqah semata. Kekadang, tiada satu dalil pun dimasukkan dalam karya sebegini. Manakala, hadith lebih banyak diketengahkan dalam karya-karya Jawi bagi penulisan dalam bidang hadith.
Kebanyakan hadith-hadith yang dibawa dalam sebahagian besar karya-karya Jawi perlu ditakhrij kembali. Ini kerana elemen-elemen takhrij yang dijumpai penulis terhadap hadith-hadith dalam karya-karya Jawi adalah tidak lengkap. Perkara ini perlu dititik beratkan terutamanya bagi penuntut-penuntut ilmu yang menjadikan karya-karya Jawi sebagai silibus pengajian supaya hadith-hadith yang dipelajari jelas statusnya dan terhindar daripada beramal dengan hadith-hadith yang bermasalah.
7fc3f7cf58