Koperasi Sumber Terbuka Untuk 2020 Dan Seterusnya

15 views
Skip to first unread message

Harisfazillah Jamel

unread,
Dec 15, 2019, 4:25:04 AM12/15/19
to osdcm...@googlegroups.com
Koperasi Sumber Terbuka Untuk 2020 Dan Seterusnya

Kami mahu menjemput pengiat perisian sumber terbuka / open source
software, yang berminat dengan Koperasi, iaitu perniagaan dengan
kerjasama perniagaan sesama ahli dan komuniti, untuk menyertai
perbincangan Telegram Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad di

https://t.me/joinchat/ADl1NUe5r9Vx70MTJzp8zA

Kami telah memulakan langkah dengan mendaftarkan Koperasi Sumber
Terbuka Selangor Berhad (B-4-1028) (pada tahun 2012. Bermula dengan
Negeri Selangor atas sebab untuk mula dahulu pendaftaran. Dan
perancangan seterus untuk jadikan Koperasi ini koperasi kebangsaan
apabila ada minat jelas daripada komuniti. Namun ia terhenti atas
sebab yang jelas. Koperasi yang berjaya adalah dengan ahli-ahli dan
komuniti turut sama bergerak dan menyumbang.

Untuk menjayakan Koperasi Sumber Terbuka Selangor ini, kami perlu
anda. Perlu anda dalam perbincangan virtual dan juga fizikal. Jangan
hadkan diri kerana ianya untuk Negeri Selangor. Rancangan seterusnya
adalah untuk menjadikan Koperasi ini kebangsaan. Namun kita perlu
berlatih dan bertatih dahulu. Kami perlukan anda untuk berbincang dan
turut sama secara fizikal kerana itu keperluan sebagai sebuah
koperasi. Ahli-ahlinya dan komunitinya saling berbincang untuk
menjalankan perniagaan.

Ahli Lembaga Koperasi telah sedia ada, perancangan perlukan anda.
Perancangan perlukan anda luluskan dalam Mensyuarat Agung. Itu yang
kita perlu lakukan sekarang.

Perkara seterusnya dalam menggerakkan koperasi, adalah satu lagi
meetup yang lagi besar untuk semua. Sama ada anda dalam Negeri
Selangor atau tidak, kami masih perlukan anda. Sertai kami dalam Group
Telegram.

Facebook KOSTEM di

https://www.facebook.com/KOSTEM.Selangor/

Sekian, terima kasih.

Harisfazillah Jamel

15 Dis 2019

019-6085482

Independence Open Source Software Consultant

https://drift.me/linuxmalaysia
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages