Hi Guys,
Anyone who want to volunteer to manning Ubuntu-my booth on 12-13th October next week ?
Salam 1 Malaysia,
Booth yang disediakan untuk Komuniti UBUNTU bernombor 10.

Sekali lagi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kepada Hari Perisian Sumber Terbuka KPM.
Sukacitanya kami ingin memaklumkan perkara-perkara berikut:
1. PERUBAHAN ATURCARA MAJLIS
Untuk makluman pihak tuan Hari Perisian Sumber Terbuka ini telah digabungkan dengan Majlis Pelancaran Dasar ICT Dalam Pendidikan yang akan dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. YAB TPM akan merasmikan pameran OSS Day dan melawat tapak pameran. Aturcara majlis terkini adalah seperti di Lampiran Aturcara Majlis.
2. SESI PEMBENTANGAN
Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf kepada tuan/puan kerana kesan daripada perubahan jadual telah tidak mengizinkan banyak sesi pembentangan. Sesi pembentangan yang terpilih adalah seperti Lampiran Aturcara Majlis. Walau bagaimanapun sekiranya tuan/puan masih berminat untuk pembentangan kami akan menyediakan sesi Technology Update yang di hadiri oleh kakitangan IT KPM pada hari Jumaat sakali setiap bulan.
3. PERSEDIAAN BOOTH
Pemasangan booth akan bermula pada 11 Oktober 2010 jam 9.30 pagi dan dijangka mengambil masa selama 3 jam. Tuan/puan boleh mula memasuki booth pada jam 2 petang hari yang sama. Memandangkan YAB TPM akan melawat booth, tuan puan diminta untuk bersedia sekiranya booth tuan/puan dilawati oleh YAB TPM.
4. DOOR GIFT DAN BROCHURE
Tuan/puan yang ingin menyumbang door gift/hadiah dan brochure untuk dimasukkan ke dalam Registration Kit boleh menghantarnya selewat-lewatnya pada Jumaat 8 Oktober 2010 bagi persdiapan di pihak kami.
5. KESELAMATAN
Auditorium akan dikunci setiap hari. Walau bagaimanapun peralatan yang berharga seperti notebook dll. adalah tidak digalakkan untuk disimpan dalam auditorium. Kami tidak dapat menjamin peralatan yang berharga dari sebarang kehilangan.
6. PARKIR KENDERAAN
Kenderaan boleh diletakkan di kawasan letak kenderaan di belakang Auditorium (Percuma). Pintu masuk dari sebelah luar Kompleks E atau dibelakang Blok E5 Walau bagaimanapun tuan/puan digalakkan menggunakan perkhidmatan PARK & RIDE.
Sekian, terima kasih.
Dzulhusni bin Anjang Ab. Rahman
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pengurusan Maklumat
Aras 3 & 4 Blok E11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
03-88843588
03-88895244
1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Kementerian Pelajaran Malaysia is fully Exchange 2010
This E-mail is confidential.
It may also be legally privileged. If you are not the addressee you may not copy, forward, disclose or use any part of it. If you received this message in error, please delete it and all copies from your system and notify the sender by return E-mail.
Internet Communication cannot be guaranteed to be timely secure, error or virus-free. The sender does not accept liability for any errors or omissions
|
| Learn How to Install Ubuntu Linux in 5 Minutes
5 min - 28 Apr 2009 - Uploaded by NixiePixel
A Tutorial: Ubuntu Linux is a completely free open-source operating system that has many useful features and abilities, and this ... |
--
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/
Facebook Fan page
http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577
http://www.facebook.com/OSDC.my
You received this message because you are subscribed to the Google
Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to osdcm...@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to
osdcmy-list...@googlegroups.com
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en