Alat Mencuri Komputer Riba Dan Alat Elektronik - Inductive Amplifier

9 views
Skip to first unread message

linuxmalaysia

unread,
Apr 8, 2011, 9:51:25 PM4/8/11
to osa-...@googlegroups.com
Alat Mencuri Komputer Riba Dan Alat Elektronik - Inductive Amplifier

Inductive amplifier adalah sejenis alat menguji pendawaian elektrik yang digunakan oleh juru elektrik bagi mengesan masalah kepada pendawaian dan kabel elektrik. Ia adalah alat tanpa memerlukan bateri untuk mengesan wayar elektrik yang terputus walaupun ditanam di dalam dinding simen. Cara ia mengesan adalah dengan menguatkan medan elektronik disekitar wayar atau alatan elektrik dan alat ini akan menukarkan ia dengan terus memberikan bacaan kepada penggunanya.

Dalam kes yang melibatkan kecurian komputer riba. Alat ini digunakan untuk mengesan medan elektronik yang dihasilkan oleh komputer riba. Komputer riba masih boleh dikesan miskipun disembunyi dalam bonet kereta atau dibawah tempat duduk kereta kerana kesan medan elektronik ini.

Perkara paling baik adalah dengan membawa komputer riba bersama ke mana jua. Jika anda terpaksa tinggalkan ia di dalam kereta, pastikan anda mencabut bateri komputer riba anda dan letakkan ianya berjauhan dan bukan dalam satu ruang. Namun begitu mencabut bateri komputer riba masih belum terbukti ianya cara yang baik dan berkesan. Ianya adalah satu usaha untuk mengurangkan kesan medan elektronik.


Gambar alat ini boleh dilihat disini



Sumber :-



Malaysian Lets Join SAYS.my To Get Reward


Sharuzzaman Ahmat Raslan

unread,
Apr 10, 2011, 11:43:32 PM4/10/11
to osa-...@googlegroups.com
fakta ini kurang tepat.

inductive amplifier memerlukan voltan tinggi didalam dawai untuk menghasilkan medan maget. voltan didalam dawai elektrik adalah 240V manakala dalam dawai telefon adalah 48V

voltan dalam bateri laptop kebiasaannya adalah 18V. voltan ini juga telah dikurangkan kepada 3V dan 5V sebelum melalui litar elektronik dalam laptop.

jadi, teori mengatakan laptop boleh dikesan dengan menggunakan inductive amplifier adalah kurang tepat, kerana laptop tidak menghasilkan medan magnet yang besar ketika ON, malah mungkin tiada medan magnet ketika OFF.

inductive amplifier juga memerlukan jarak yang dekat dengan medan magnet untuk berfungsi, iaitu 10 hingga 20 cm.

jika laptop diletakkan dalam bonet kereta, jaraknya dari dinding badan kereta mesti telah melebihi 10 hingga 20 cm.

mesti ada cara lain untuk pencuri mengenalpasti kereta tersebut ada laptop.

salah satu cara yang paling biasa ialah dengan memerhati.

kita sering melakukan dengan tidak sedar, apabila tiba disatu lokasi, kita membuka bonet kereta, dan meletakkan beg yang besar dan berat dalam bonet, selepas tu pergi ke kedai, masjid, restoran dan sebagainya.

kita tidak sedar, ketika kita meletakkan beg tersebut, ada mata yang sedang memerhati dari jauh.

jadi, jika hendak menyimpan beg dalam kereta, lakukan sebelum sampai ke destinasi, bukan setelah sampai ke destinasi.




2011/4/9 linuxmalaysia <linuxm...@gmail.com>

--
FOSS.my 2009 :: http://foss.my
OSA-Cyber: http://osacyber.org
Facebook: http://bit.ly/osacfb



--
Sharuzzaman Ahmat Raslan

Mohd Izhar Firdaus Ismail

unread,
Apr 11, 2011, 12:34:40 AM4/11/11
to osa-...@googlegroups.com
a work laptop with data can worth multiple times more than its
original price .. if the person willing to leave such valuable thing
in the car .. then nothing can be done XD

(everytime i was thinking of leaving my laptop somewhere untrusted, i
always remind myself this "dude, ure leaving tens of thousand ringgit
worth of stuff in there, sure arr wanna leave it there?" .. )

--
Mohd Izhar Firdaus Bin Ismail / KageSenshi
Inigo Consulting (FOSS/Plone Development, Training & Services)
http://www.inigo-tech.com
Fedora Malaysia Contributor & Ambassador
http://blog.kagesenshi.org
92C2 B295 B40B B3DC 6866  5011 5BD2 584A 8A5D 7331

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages