Biro Tatanegara (dsingkatkan kepada BTN) merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia di Jabatan Perdana Menteri negara tersebut. Ia ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai Unit Penyelidikan Belia di bawah Kementerian Belia, tetapi telah dinamakan semula dan dipindahkan pada tahun 1981. Objektif biro ini dikatakan bertujuan memupuk semangat patriotisme dan komitmen untuk keunggulan di kalangan rakyat Malaysia, dan melatih para pemimpin dan masa depan pemimpin untuk menyokong usaha pembangunan negara.[1]
Program anjuran ini sarat dengan kontroversi di mana ia dilihat sesetengah pihak bermotif menggalakan pemikiran ketuanan Melayu secara jelas serta indoktrinasi yang memaksa ketaatan tidak berbelah bahagi kepada gabungan pemerintah Barisan Nasional.[2][3][4] Pada 25 November 2009, kerajaan negeri Selangor mengeluarkan larangan melarang penjawat awam negeri, pekerja anak syarikat negeri, dan pelajar di institusi milik negara menghadiri kursus BTN.[5][6] Pada 2 Disember 2009, kerajaan negeri Pulau Pinang mengikutinya dan mengharamkan semua penjawat awam dari menghadiri kursus kontroversi.[7]
Biro Tatanegara (BTN) merupakan sebuah organisasi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada peringkat awal penubuhannya, pejabat jabatan ini terletak di Wisma Keramat, Kuala Lumpur.
Pada Oktober 1981, Unit Penyelidikan Belia ini telah diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaras dengan penstrukturan semula jabatan ini. Ibu Pejabat Unit Penyelidikan Belia, Jabatan Perdana Menteri ini kemudiannya dipindahkan ke Jalan Kelantan, Kuala Lumpur.
Pada Jun 1982, unit ini telah ditukar nama kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. Tiga cawangan BTN telah diwujudkan merangkumi cawangan zon utara, selatan dan timur. Seterusnya pada tahun 1983, BTN telah dipindahkan ke bangunan JKR 742, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1987, BTN cawangan negeri telah diwujudkan. Sehingga kini BTN mempunyai empat belas (14) buah cawangan negeri dan tujuh belas (17) buah Kem Bina Negara serta sebuah akademi iaitu Akademi Kenegaraan.
Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan Sikap yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara Perdana 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.
Pada tahun 1980-an fungsi Biro Tatanegara (BTN) ketika itu ialah melaksanakan program-program cinta yang menanamkan unsur-unsur kecintaan dan patriotisme dikalangan belia dan pelajar serta masyarakat Malaysia bagi memastikan ianya selaras dengan kehendak dan aspirasi negara.
Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.
BTN bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan dasar-dasar kerajaan disampaikan dengan tepat dan jelas menerusi pelabagai program yang dianjurkan. Selain itu, ianya merupakan sebahagian daripada agenda nasional dalam memastikan sosio ekonomi yang seimbang antara semua kaum. Ianya juga selari dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu membenteras kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Kerajaan amat sedar bahawa perbezaan taraf ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia adalah penyebab utama berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mampu memahami dan mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.
Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.
Biro Tatanegara dimansuhkan serta-merta berkuatkuasa 13 Ogos 2018 berikutan pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui persetujuan mesyuarat kabinet Malaysia selain Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Sebab pemansuhan adalah kerana kerajaan Pakatan Harapan mendapati agensi kerajaan ini telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.
Penyertaan dalam Kursus BTN adalah wajib untuk semua pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyemai semangat kenegaraan di kalangan pelajar tersebut agar terus bersikap patriotik ketika di luar negeri. Ianya adalah memastikan bahawa setiap pelajar mempunyai jati diri yang kukuh serta menanamkan keazaman untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara apabila pulang ke negara.
BTN tidak pernah menyebarkan ideologi perkauman dengan membezajkan antara sesuatu kaum dengan kaum yang lain. BTN hanya ditugaskan menyampaikan maklumat berasaskan fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit.Tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana perkara yang disampaikan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.[10]
Pada 11 Mac 2015 hingga 15 June 2015, BTN menerbitkan seberapa slaid persembahan yang dapat dimuat turun pada laman sesawangnya. Satu slaid ia mendakwa seberapa penerbit buku bahasa Melayu bebas atau mandiri (indie) "bersifat anti-establishment" yang dipercayai "akan beri kesan negatif kepada kerajaan" "tanpa pemantuan khas pihak berwajib" serta "melahirkan ikon-ikon generasi muda yang bawa idea bebas dan ekstrem";[15] malah slaid tersebut mengesyorkan pihak kerajaan mengharamkan sebarang buku yang dilihat berkandungan "Lucah, bebas" terbitan mereka.[15][16] Dakwaan ini mengungkitkan kemarahan para pemilik penerbitan yang disasar sebutkan ini yang mendesak permohonan maaf secara rasmi dari badan tersebut;[17] slain-slaid tersebut diturunkan BTN[18] sambil badan tersebut mempertahankan kandungan ia yang bertujuan untuk "perbincangan akademik" (academic discussion) semata-mata.[19]
Terdapat juga beberapa slaid yang terbit berunsur politik lain seperti pengamatan prestasi Barisan Nasional, undian rakyat terhadap koalisi tersebut serta peraihan kerusi Pakatan Rakyat dari 1959 hingga 2014 yang cuba dikaitkan dengan pecahan kaum pengundi Malaysia serta peratusan keanggotaan yang beranutan Islam serta bukan Islam dalam Parlimen.[20] Sebuah slaid menuduh tidak sahaja akhbar-akhbar bahasa Cina yang dianggap "jarum halus menikam kerajaan" malah juga Parti Tindakan Demokratik yang dilihat mempergunakan "ikon Melayu" mereka serta kononnya menggalakkan perkara kontroversi seperti isu kalimah "Allah" dalam cetakan Kristian bahasa Melayu serta pemisahan Sabah dan Sarawak daripada gabungan Malaysia;[21] ia turut mengandaikan sebarang perubahan atau perebutan kuasa ketara daripafa BN sebagai satu "ketidakstabilan politik" yang dibaratkan kepada pemerintahan Khmer Rouge Pol Pot.[22] Satu slaid turut menghujah bahawa "rasis / assabiyah sebenarnya boleh menyatukan sesuatu bangsa / ras", di mana minoriti-minoriti kaum Malaysia "sudah memiliki apa yang tercatat dalam hak asasi manusia".[23][24]
c80f0f1006