Okeyy, yang sis bagi dekat atas ini perkara yang perlu ada dalam rancangan perniagaan anda. Dah mula pening kan? Takpe sis terangkan satu2 point yang ada dalam format itu. Jadi jika anda nak mulakan membuat rancangan perniagaan food truck atau rancangan perniagaan bakeri, boleh lah rujuk kepada artikel ini.
So, sudahkah anda bersedia wahai usahawan? Kalau anda seorang pemula dalam dunia perniagaan, baca artikel ini pula, insyaAllah info2nya berguna buat anda yang baru nak berjinak2 atau ingin mengembangkan lagi perniagaan anda!
Jika seseorang individu sedang mencari pekerjaan, persediaan yang penting dan perlu ada ialah resume untuk rujukan tentang kebolehan diri anda pada pihak majikan. Begitu juga untuk sesebuah organisasi dan syarikat. Bagaikan resume pada sesebuah syarikat, peniaga memerlukan Rancangan Perniagaan untuk rujukan syarikat dan juga berkongsi keupayaan operasi bisnes anda pada pihak luar.
Rancangan Perniagaan adalah satu dokumen berupa maklumat lengkap sesebuah perniagaan / syarikat itu beroperasi. Selain dari untuk merekodkan informasi penting untuk rujukan pemilik sendiri, dokumen Rancangan Perniagaan juga adalah satu rujukan pemberi dana, pelabur atau organisasi perbankan untuk pinjaman. Rancangan Perniagaan yang lengkap mampu menarik rakan kongsi dan pelabur apabila mereka yakin dan nampak dengan jelas pulangan yang mereka akan dapat dari bisnes anda.
Jadi, apa perbezaan antara Rancangan Perniagaan, kertas kerja dan proposal syarikat?
Sebenarnya, ianya adalah dokumen yang sama. Apa yang penting adalah maklumat di dalamnya lengkap dan tersusun agar Rancangan Perniagaan anda mampu menarik dan meyakinkan pihak lain. Bukan itu saja, Rancangan Perniagaan yang tersusun dapat membantu anda merujuk sendiri operasi syarikat anda seterusnya membuat keputusan yang terbaik di masa akan datang.
1. Menjadi blueprint / panduan sebelum mahupun selepas sesuatu projek atau operasi perniagaan yang dijalankan.
Segala informasi projek yang bakal diadakan atau selesai perlu dinyatakan dalam Rancangan Perniagaan ini. Sekaligus ianya menjadi seperti blue print untuk pihak anda. Dari situ, anda juga boleh merujuk pada kejayaan yang bakal atau telah syarikat anda lakukan.
2. Mampu menjadi kajian pasaran sama ada sesuatu perniagaan mampu berdaya saing atau sebaliknya.
Rancangan Perniagaan yang menarik mampu menggambarkan kekuatan pasaran atau persaingan yang ada. Dari situ, ianya mampu menjadi satu kajian pemasaran yang baik untuk mengukur tahap kemampuan syarikat bersaing.
3. Meyakinkan institusi kewangan dan pelabur yang mampu memberi pinjaman berdasarkan dokumentasi di dalam Rancangan Perniagaan yang lengkap.
Pemberi pinjaman atau mencari pelabur akan merujuk pada Rancangan Perniagaan syarikat yang memohon. Jika Rancangan Perniagaan anda meyakinkan dan tersusun, sudah pasti peluang anda akan lebih cerah.
4. Pemilik sendiri boleh membuat rujukan dan penilaian dari projek atau aktiviti perniagaan dari sudut teknikal dan kewangan.
Selalunya, Rancangan Perniagaan yang lengkap akan mempunyai rekod unjuran kewangan. Ianya bukan sahaja menjadi rujukan pelabur malah rujukan pihak peniaga itu sendiri dari segi pengurusan kewangan mereka.
1)Jadual kandungan / muka surat
Seperti sebuah buku yang teratur, Rancangan Perniagaan perlu mempunyai jadual kandungan untuk rujukan muka surat yang memudahkan pembaca dan pemerhati sasaran melangkau dan mencari maklumat yang diperlukan.
3)Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan
Perlu dinyatakan secara jelas apakah tujuan Rancangan Perniagaan ini samaada untuk mendapatkan pelaburan atau pinjaman. Mungkin juga ia bertujuan untuk mendapatkan projek baru bagi mengembangkan perniagaan atau sekadar dokumen rujukan mana-mana usahawan lain.
4)Latar Belakang Syarikat
Apakah nama perniagaan, alamat, nombor telefon dan apakah bentuk perniagaan tersebut. Bayangkan seperti resume, namun ianya menerangkan secara jelas sesebuah syarikat atau perniagaan ditubuhkan. Ini bermakna, ia perlu mempunyai tarikh penubuhan, nombor pendaftaran dan modal sebenar sewaktu ia bermula.
5)Latar Belakang Pemilik / Pemegang Saham
Butir-butir pemilik dan pemegang saham seperti nama, kelulusan akademik, nombor telefon perlu dinyatakan di sini. Rancangan Perniagaan yang menarik juga perlu menyenaraikan pengalaman mereka bagi meyakinkan pembaca dan mereka yang merujuknya.
6)Maklumat Pengurusan Dan Organisasi
Apa visi dan misi syarikat? Nyatakan dan tampilkan dengan menarik supaya matlamat syarikat anda jelas. Bagi organisasi, anda boleh meletakkan carta yang tersusun dan kemas supaya gambaran pengurusan syarikat kelihatan teratur. Nyatakan jawatan mereka dalam organisasi beserta tugas dan peranan.
7)Maklumat Operasi Mengikut Lokasi Dan Sektor
Bahagian ini sangat penting dalam Rancangan Perniagaan anda. Analisis harus dibuat dan disampaikan dengan jelas di sini. Rancangan Perniagaan yang memaparkan maklumat perniagaan yang baik akan menggambarkan masa depan produk atau projek yang dicadangkan atau sedang dibuat. Nyatakan bagaimana penyimpanan bahan mentah, teknologi, berapa ramai tenaga kerja terlibat, halangan, persaingan serta penyelesaian yang telah dilakukan.
8)Rancangan Kewangan
Ini adalah satu lagi topik penting yang perlu ada dalam Rancangan Kewangan anda. Ia mampu menggambarkan analisis berkaitan untung rugi secara realistik. Rancangan kewangan perlu mengandungi kos, modal, sumber pembiayaan, carta aliran tunai, penyata pendapatan dan analisis pulangan modal.
9) Outcome Dan Impak Kepada Penduduk Tempatan/Luar Bandar
Nyatakan impak projek/perniagaan sama ada kepada penduduk setempat serta kawasan luar bandar. Berikan contoh bagaimana perubahan yang syarikat anda lakukan kepada masyarakat setempat, pembangunan luar bandar, ekonomi atau industri negara.
Semua Rancangan Perniagaan perlu mempunyai maklumat operasi namun ianya berbeza mengikut sektor. Ianya boleh terdiri daripada empat (4) bidang utama seperti perkhidmatan, makanan, pembuatan dan pertanian atau kombinasi mana-mana sektor. Kenal pasti sektor anda agar Rancangan Perniagaan anda lebih informatif. Berikut adalah maklumat yang perlu ada mengikut sektor anda.
Jadi, anda sudah mula memahami apa maklumat yang perlu ada dalam Rancangan Perniagaan anda. Namun sudah pasti tanpa dokumen sokongan, Rancangan Perniagaan anda kelihatan kurang meyakinkan. Jadi sediakan dokumen ini untuk melengkapkan lagi Rancangan Perniagaan anda:
Rancangan Perniagaan adalah satu rujukan penting yang menggambarkan bagaimana syarikat anda beroperasi dan berkembang. Kesilapan dalam penyediaan Rancangan Perniagaan ini akan membuatkan mereka kehilangan peluang pelaburan atau tersalah rancang untuk masa akan datang. Antara kesilapan yang sering peniaga lakukan ialah:
Tidak Berkongsi Manfaat Dari Operasi Perniagaan Anda
Ramai peniaga menyangka Rancangan Perniagaan yang lengkap adalah dengan menyenaraikan semua operasi, lokasi dan kos semata-mata. Sebenarnya anda tidak memerlukan Rancangan Perniagaan yang panjang berjela untuk meyakinkan orang ramai tentang syarikat anda.
Sebaliknya ia perlu ada kepentingan syarikat anda beroperasi. Walaupun dalam bentuk ringkas namun ianya mampu menarik perhatian pelabur. Contohnya, nyatakan dalam Rancangan Perniagaan jika syarikat anda memberi keutamaan terhadap penggunaan sumber/bahan mentah serta mesin/peralatan/mekanisasi tempatan.
Begitu juga jika pembuatan produk anda adalah berasaskan aktiviti/sumber ekonomi setempat dan mesra alam. Dengan maklumat ini, ianya akan menunjukkan potensi dari segi daya maju, daya saing dan daya tahan syarikat anda pada pelabur.
Tidak Berpijak Dunia Nyata
Jangan kerana anda memerlukan dana, semua operasi yang sedang atau bakal dijalankan adalah maklumat palsu yang diadakan semata-mata untuk meyakinkan pelabur. Berlaku jujur dan yakinlah bahawa jika anda berniaga atas niat yang baik, pasti ianya akan dipermudahkan.
Tamak
Ada juga peniaga yang meletakkan kos tinggi untuk projek akan datang agar mereka memperolehi dana lebih besar. Sebenarnya tindakan ini akan merugikan anda di mana pelabur juga sangat teliti teliti tentang kos yang mereka akan laburkan. Bayangkan jika mereka bersetuju, anda pasti akan mempunyai masalah di kemudian hari di mana syarikat anda tidak mampu melaksanakan projek mengikut keupayaan syarikat anda sendiri.
Sambil Lewa
Jangan meletakkan maklumat sambil lewa terutama soal kewangan syarikat. Sediakanlah maklumat kewangan yang lengkap dan tepat untuk rujukan anda dan juga pihak luar. Kesilapan dalam menyediakan carta aliran tunai akan membawa masalah pada perancangan kewangan anda.
Dokumen Sokongan Tidak Lengkap
Tanpa dokumen sokongan, Rancangan Perniagaan anda akan kelihatan hanya sebagai rujukan kosong. Dokumen sokongan adalah bukti yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Jadi, jangan sesekali tidak melampirkan dokumen atau gambar sokongan dalam Rancangan Perniagaan ini!
17 Jun 2022, Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan. Unit Keusahawan di bawah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Pertandingan Rancangan Perniagaan 2022 Piala Dekan. Pertandingan ini adalah siri kedua selepas kejayaan siri pertama program ini pada tahun 2021. Program ini telah menerima 31 penyertaan terdiri daripada individu dan juga berkumpulan serta dihadiri lebih 50 orang pelajar dan pensyarah. Program ini telah berlangsung pada 17 Jun 2022 dari pukul 9.30 sehingga 12.30 tengah hari secara atas talian. Pertandingan rancangan perniagaan ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat terpendam pelajar di samping menjadi platform untuk membolehkan pelajar membentangkan idea-idea perniagaan terkini.Pemenang dan rancangan perniagaan yang terpilih akan diberi peluang untuk mendapatkan pembiayaan untuk melaksanakan perniagaan mereka dari pihak UMKEI dan juga Bank Islam Malaysia Berhad. Pembiayaan ini adalah tanpa faedah. Sebanyak 4 rancangan perniagaan telah dibentangkan. Tempat pertama program ni dimenangi oleh Plan Food yang disertai oleh Atiqah Mashudi, Benathan Lee Chin Liong, Lee Wei Ling, Siew Hui En, Siti Aisyah Binti Bakri dan Yong Ling Yu pelajar Sarjana Muda Keusahawanan Peruncitan. Manakala, tempat kedua pula dimenangi oleh penyertaan duo berkumpulan iaitu Jajan Time yang disertai oleh Nur Hanim Husna Nazli dan Iffah Munirah Rihdwan, pelajar Sarjana Muda Perakaunan. Tempat ketiga dimenangi oleh Crispy Choco Jar Cadbury disertai oleh Ng Phaik Shan, Nur Amielia Natasha Jamaludin, Nursollehhah Mohammad Salleh, Ng Zi Keong, Arivalagan A/L Pakiya Nathan, Thiviya A/P Manickam dan Vinisharajny A/P Yasunathan, pelajar Sarjana Muda Keusahawanan Peruncitan. Para pemenang menerima hadiah wang tunai dan juga sijil penghargaan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
c80f0f1006