Sharing Maring... Heee. (jom share ilmu bagi semangat sikit untuk bekerja! :D)

10 views
Skip to first unread message

syamsul.amri

unread,
Apr 22, 2013, 10:03:38 PM4/22/13
to nuqaba...@googlegroups.com
Onak dan duri dalam dakwah ini masih terus membuatkan kita perlu ‘merangkak-rangkak’ untuk melaluinya. Bahkan kapasiti kita sebagai seorang pendakwah masih sangat minimum.

Tapi, apalagi yang dapat kita berikan selain ini?
Apa lagi yang mampu kita perjuangkan untuk membela agama Allah ini?

Jangankan berjihad berperang melawan musuh agamaNya, melawan hawa nafsu sahajapun, kita masih tersekat-sekat.

Tidak ada jalan lain lagi, KITA MESTI BERTAHAN DI JALAN INI. Setidak-tidaknya kita sepatutnya mampu memenuhi ikrar kita.

Untuk para pendakwah yang sedang lemah imannya dan yang merasa tidak layak untuk berjuang di jalan ini, mungkin bukan diri kita yang merasa tidak layak bahkan niat kita yang kadang-kadang masih melencong, maka marilah kita periksa kembali niat kita dan kita luruskan kembali niat itu lalu kita jaga sebaik-baiknya dengan iman yang kita miliki.

Tentangan dan bebanan dakwah semakin hari semakin besar dan rumit. Ramai di antara pendakwah yang mulai “melebur” serta bertukar haluan dan pergi entah ke mana.

Ya. Saya tahu penatnya belajar. Susahnya menguruskan masa. Banyaknya kerja yang perlu diselesaikan. Tapi jika anda percaya pada ketentuan Allah, maka teruskanlah berkobar di jalan ini. ukhuwwah fillah!

sazabi014

unread,
Apr 27, 2013, 11:53:05 PM4/27/13
to nuqaba...@googlegroups.com
Assalamualaikum wbt

InsyaAllah, sama2 kita saling mengingatkan. Ana sndri juga kekadang perperang dgn perasaan. tapi utk meninggalkan apa yg Allah SWT berikan kepada kita ini iaitu nikmat Islam dan Iman + kefahaman agama tidak sesekali.

Moga Allah redha dan semoga semangat di hati x kunjung padam!
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages