Hantu Kak Limah Balik Rumah ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2010 arahan Mamat Khalid dan yang pertama dalam trilogi Hantu Kak Limah.[2][3] Filem yang dibintangi oleh Awie, Man Kadir, Zami Ismail, Johan Raja Lawak dan Soffi Jikan ini berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang selepas kejadian Zombi. Tetapi filem ini bukanlah kesinambungan kepada filem Zombi Kampung Pisang, tetapi lebih terarah kepada kejadian yang berlaku di Kampung Pisang. Filem ini ditayangkan pada 9 Disember 2010.[4][5]
Husin (Awie) yang telah dua tahun bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila sampai ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah (Delimawati) yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit (Man Kadir), lalu menceritakan kepada orang-orang kampung bahawa barangkali Kak Limah sudah menjadi hantu.
Abi Hurairah (Johan Raja Lawak) setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang geram akan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin (Ummi Nazeera), menuduh Husin pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu (Zami Ismail) mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam. Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satu pun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Misteri hanya terurai apabila anak Kak Limah kembali ke Kampung Pisang.
Hantu Kak Limah Balik Rumah diarahkan oleh Mamat Khalid dan diterbitkan oleh Gayatri Su-Lin Pillai untuk Tayangan Unggul.[6] Ia merupakan filem keempat Mamat bersama Tayangan Unggul selepas tiga filem terdahulu dan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang. Filem ini masih mengekalkan genre komedi seram, dan menampilkan kejutan demi kejutan. Penggambaran dijalankan sepenuhnya di Kuala Kangsar, Perak.[7]
Pada 28 Disember 2010, dilaporkan bahawa jumlah kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah mencecah paras RM 6 juta semenjak dibuka pada 9 Disember, menjadikan filem ini terbitan Tayangan Unggul paling besar dalam sejarah.[8] Setelah habis tayangan di 39 buah pawagam, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mengutip sebanyak RM 7.90 juta,[1] sekaligus menjadikannya filem Malaysia ketiga terbanyak kutipan kasar di pawagam Malaysia, mengekori filem Ngangkung yang mengutip RM 8.18 juta dan Khurafat: Perjanjian Syaitan yang mengutip RM 8.03 juta.
Siti Athirah Dzulkifly dari Utusan Malaysia mengulas bahawa HKLBR ialah sebuah filem satira sosial yang mengambil pendekatan komedi gelap. "Walaupun Hantu Kak Limah Balik Rumah kelihatan melucukan tetapi pemahaman tentang filem ini memerlukan keseriusan. Isu sosial dalam filem ini suatu yang serius, cuma disampaikan dengan pendekatan komedi satira."[6] Syazwan Zakariah juga dari Utusan Malaysia tidak menganggap Hantu Kak Limah Balik Rumah sebagai sebuah filem sambungan. Namun sekadar menggunakan watak dengan latar yang sama, tetapi masih mampu berdiri sendiri.[9] Portal hiburan
Gua.com.my pula menyifatkan HKLBR ialah sebuah karya bersifat sindiran sinis.[10][11]
Pada 2012, kesinambungan filem ini telah diumumkan dengan Mamat Khalid kembali menduduki kerusi pengarah dan menulis skrip. Untuk filem ini, watak Kak Limah lakonan Delimawati, Usop Wilcha (Shy8), Pak Jabit (Man Kadir) dan Pak Abu (Zami Ismail) masih dikekalkan. Penggambaran sebahagiannya dijalankan di Hutan Ulu Kenas, Taiping.[12] Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ditayangkan pada 7 Februari 2013.[13]
Ramai yang suka tonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid. Dari budak-budak sampai ke golongan dewasa. Tapi berapa ramai yang perasan sindiran yang cuba disampaikan oleh pengarah filem ini?
Realitinya hari ini, minyak dah tak ada subsidi dan diikat pada purata harga minyak mingguan, namun orang kita masih hidup dalam illusi subsidi. Dan tanpa kita sedar, kita jadi bangsa yang diikat oleh subsidi dari A hingga Z.
Seolah-olah semua penyakit di dunia ini ialah angkara ilmu hitam dan bomoh. Seolah-olah semua perkara yangt berlaku di dunia adalah angkara jin, hantu dan iblis sahaja. Bagi aku, nak percaya bomoh ni semua selepas kau ikhtiar habis perubatan moden.
Perubatan moden tu bukan fizikal je, tapi mental. Berapa banyak antara kita yang tak tahu kita ada penyakit mental. Bipolar, Multiple Personality Disorder, dan gejala-gala seperti kemurungan, depresi yang melampau.
Banyak yang salah faham penyakit yang disebut di atas dengan buatan orang. Akhir sekali penyakit yang boleh diubati dek perubatan moden, kekal jadi barah apabila kita lagi suka baca jampi dan percaya orang hantar jin.
Orang kita hari ini juga suka benda ajaib dari benda sains yang ikut peraturan alam. Sebab tu produk pseudo-sains jelmaan amalan perbomohan alaf baru banyak dianuti oleh ramai orang kita. Dan ingat ya, bomoh-bomoh ni dosa berat. Khurafat.
Jumpa ustaz pulak pastikan kita jangan lupa perubatan moden. Yang berjumpa dengan ustaz, secara peribadi kata saya periksa sakit secara fizikal dan mental di hospital sebelum berjumpa dengan ustaz. Biar ikhitiar secara halus ini kita jadikan jalan selepas mencuba.
Maknanya orang kita ialah hamba politik tanpa kita sedar. Hari ini lihatlah di portal-portal berita online, kisahnya pasal perogol rogol anak, entah dikaitnya dengan Najib. Kisah pasal anak-anak tahfiz jadi mangsa khianat, di doanya politikus yang dibenci jadi abu dibakar hidup-hidup.
Tragedi rumah tahfiz dibakar kerana kononnya khianat adalah kerana perbuatan melulu suspek. Rakyat Malaysia terus menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan juga tindakan melulu. Mereka yang menaikkan ke Facebook gambar-gambar OKT bawah umur ini juga tindakan melulu.
Mereka yang bukan Islam yang memandai-mandai menyamakan konsep martyr dan syahid akhirat dalam Islam lalu menembak orang Islam pun sebuah tindakan melulu. Kita adalah bangsa yang terlalu melulu-lulu dalam segala tindak-tanduk kita.
Dalam aspek ini, ia menggambarkan kepimpinan pemerintah yang mana bila ada musibah baru nak tubuhkan suruhanjaya khas, siasatan khas, mesyuarat tergempor, pasukan khas kajian. Padahal kalau pemerintah dah ambil langkah berjaga-jaga, SOP yang betul, dan pengurusan yang cemerlang, kebanyakan masalah tidak perlu suruhanjaya khas, siasatan khas, dan sebagainya.
Ini menunjukkan perlambangan masyarakat yang seharian mengomel sana sini akan kekurangan yang semerba walhal banyak pembangunan dan penambahbaikan wujud di depan mata tapi buat-buat tak nampak. Mungkin sebab silau dek politik. Anggap lampu kren tu politik kepartian yang menyelubungi masa dengan persepsi tak baik berkenaan negara.
Yang ni bukan masyarakat kita tapi orang negeri seberang yang apa benda pun dia nak menang, dia je yang hebat, dia je yang serba serbi bagus. Depa je la yang betul. Depa sajalah yang paling mendunia. Kopassus no 3 paling kuat di Asia kata deme.
Includes unlimited streaming via the free Bandcamp app, plus high-quality downloads of This House Is Possessed, Femme Fatale, Suster Returns, Killer, Godzilla In Shinjuku (新宿のゴジラ), Dukun Lintah Psycho Blues, Psycho Mayhem, Feeling Psycho (Redux), and 3 more. , and , . Buy Digital Discography $26.60 SGD or more (30% OFF) Send as Gift lyrics Mengapa dia duduk depan pintu?
Mengapa dia tercegat di situ?
Mengapa dia menyanyikan lagu?
Mengapa dia sungguh pelik begitu?
Oh Kak Limah
Hantu Kak Limah balik rumah
Mengapa dia sungguh tak terurus?
Mengapa rambutnya kusut masai?
Mengapa dia tak berjalan lurus?
Mengapa dia ketawa mengilai?
Oh Kak Limah
Hantu Kak Limah balik rumah $(".lyricsText").last().bcTruncate(TruncateProfile.get("tralbum_long"), "more", "less"); credits from This House Is Possessed, released November 28, 2021 license all rights reserved tags Tags punk rock & roll rockabilly garage pop punk punk rock Singapore Shopping cart subtotal USD taxes calculated at checkout Check out about Psycho Zombies Singapore
3a8082e126