131. Dan hendaklah kamu takut kepada neraka yang disediakan untuk kafirin.
132. Dan taatlah kepada Allah dan Rasul itu, supaya kamu diberi rahmat.
133. Dan berlumba-lumba lah kepada keampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit-langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti.
134. Yang menderma diwaktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah itu kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan.
135. Dan yang, apabila telah berbuat kejelekan atau mengenai diri-diri sendiri, maka mereka ingat kepada Allah dan mereka minta diampunkan dosa-dosa mereka – dan bukankah tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah ? – dan mereka tidak berkekalan atas (kejelekan) yang mereka kerjakan, dan mereka tahu.
136. Mereka itu balasan nya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, yang mereka akan kekal padanya, dan alangkah baik balasan bagi orang-orang yang bekerja ! .
137. Sesungguhnya telah lalu dahulu dari kamu beberapa contoh-contoh, lantaran itu hendaklah kamu berjalan-jalan dibumi dan lihat bagaimana akibat mereka yang mendustakan.
138. (Quran) ini satu penerangan bagi manusia dan satu pimpinan, dan satu nasihat untuk mereka berbakti.
139. Dan janganlah kamu lemah dan jangan lah kamu berdukacita, kerana kamulah orang-orang yang paling tinggi, jika kamu (memang) orang-orang yang beriman.
140. Jika kamu disentuhi luka, maka kaum itu pun disentuhi luka seperti itu, dan hari-hari yang demikian, kami edarkan diantara manusia, dan kerana Allah hendak membuktikan mereka yang beriman dan hendak menjadikan dari antara kamu, penyampai-penyampai, dan Allah tidak kasih kepada orang-orang yang zalim.
141.