Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawi: مُحَمَّد بِن عَبْد الله; disebut [mʊħɑmmd] ( dengar)) 12 RabiulAwal (20 / 22 April 571)[1] merupakan pemimpin agama, sosial, dan politik Arab serta pembawa agama tauhid agama Islam.[2] Baginda merupakan nabi dan rasul yang terakhir.[3] Lebih dikenali sebagai Muhammad (Arab/Jawi: محمد) atau Nabi Muhammad (Arab/Jawi: نَبِي مُحَمَّد), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah kepimpinan Islam.[4] Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.[5][6][7][8]
Dilahirkan di Makkah, Semenanjung Arab,[9][10] baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Keluarga baginda mengamalkan ajaran hanif yang dibawa dari Nabi Ibrahim AS. Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Allah SWT melalui malaikat Jibril (malaikat yang sama menyampaikan wahyu Allah kepada 5 orang Rasul Ulul Azmi) ketika sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah sahaja.
Muhammad menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Muhammad telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta membukanya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.[11] Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas محمد كان آخر نبي Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam (6 Mei 570M atau pun 20 April/26 April 571M).
Wahyu yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad sampai kewafatannya membentuk ayat-ayat Al-Quran, dianggap oleh umat Islam sebagai kata-kata Tuhan yang tidak berubah, yang merupakan dasar bagi agama Islam. Selain Al-Quran, ajaran dan amalan Nabi Muhammad (sunnah), yang ditemui dalam hadis dan sirah (biografi), juga dipegang dan digunakan sebagai sumber hukum Islam (Syariat)
Nabi Muhammad SAW [13] dilahirkan di kota Mekah[14] kira-kira tahun 570[15] dan hari lahirnya dipercayai pada bulan Rabi' al-awwal.[16] Baginda tergolong dalam puak Bani Hasyim, sebahagian daripada suku Quraisy, yang merupakan salah satu keluarga terkemuka Mekah.[17][18] Tahun kelahiran Muhammad adalah bersamaan dengan Tahun Gajah, yang dinamakan sempena percubaan pemusnahan kota Mekah yang gagal pada tahun itu oleh Abrahah, raja Yaman, dimana tenteranya menggunakan gajah sebagai senjata.[19][20][21] Beberapa sarjana abad ke-20 telah mencadangkan tahun yang berbeza, seperti 568 atau 569.[22]
Bapa Muhammad, Abdullah, meninggal hampir enam bulan sebelum Muhammad dilahirkan.[23] Sejurus selepas kelahiran, baginda dihantar untuk tinggal bersama keluarga Badwi di padang pasir, kerana kehidupan padang pasir dianggap lebih sihat untuk bayi.[24] Muhammad tinggal bersama ibu angkatnya, Halimah binti Abi Dhuayb, dan suaminya sehingga dia berumur dua tahun. Pada usia enam tahun, Muhammad kehilangan ibu kandungnya Amina kerana sakit dan menjadi yatim piatu.[24][25] Bagi dua tahun berikutnya sehingga dia berumur lapan tahun, Muhammad berada di bawah jagaan datuk sebelah bapanya Abd al-Muttalib, dari puak Bani Hasyim sehingga kematiannya. Dia kemudian berada di bawah jagaan bapa saudaranya Abu Talib, pemimpin baru Bani Hasyim.[26]
Pada masa remajanya, Muhammad menemani bapa saudaranya dalam perjalanan perdagangan ke Syria untuk menimba pengalaman dalam perdagangan komersial.[27] Ketika Muhammad berusia sama ada 9 atau 12 tahun semasa mengiringi kafilah orang Mekah ke Syria, mereka melewati seorang pendeta bernama Buhaira (turut dikenali dengan nama Bahira), [28] yang merupakan seorang ahli kitab Injil. Buhaira dikatakan telah meramalkan kenabian Muhammad. [29] Dia melihat dan merenung pada Muhammad lalu dia berkata kepada Abu Talib:.mw-parser-output .templatequoteoverflow:hidden;margin:1em 0;padding:0 40px;background-color:#F9F9F9.mw-parser-output .templatequote .templatequoteciteline-height:1.5em;text-align:left;padding-left:1.6em;padding-top:1em;margin-top:0
Kembalilah anak saudaramu ke negerimu dan waspadalah terhadapnya terhadap orang-orang Yahudi, kerana demi Allah, jika mereka melihatnya atau mengetahui orang yang Saya tahu, mereka akan membuatnya menderita, kerana dia akan mempunyai hubungan yang besar dengan anak saudaramu, yang kami dapati dalam buku kami dan apa yang kami warisi daripada nenek moyang kami.
Sedikit yang diketahui tentang Muhammad semasa zaman mudanya kerana maklumat yang ada adalah berpecah-belah, menjadikannya sukar untuk memisahkan sejarah daripada legenda.[30] Adalah diketahui bahawa baginda menjadi seorang pedagang dan "terlibat dalam perdagangan antara Lautan Hindi dan Laut Mediterranean." [31] Disebabkan oleh akhlaknya, baginda mendapat gelaran "al-Amin" (Bahasa Arab: الامين), yang bermaksud "setia, amanah" dan "al-Sadiq" yang bermaksud "jujur" [32] dan dicari sebagai penimbang tara yang tidak berat sebelah.[33][34][35] Reputasinya menarik lamaran daripada Khadijah, seorang ahli perniagaan yang berjaya, pada tahun 595. Muhammad bersetuju untuk berkahwin dan perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan yang membahagiakan. [31] Khadijah adalah wanita pertama yang dikahwini oleh Muhammad dan baginda tidak berkahwin dengan wanita lain sehingga Khadijah meninggal dunia.[36]
Beberapa tahun kemudian, menurut riwayat yang dikumpul oleh ahli sejarah Ibn Ishaq, Muhammad terlibat dengan kisah tentang peletakkan Hajar Aswad di dinding Kaabah pada 605 masihi. Hajar Aswad, objek suci, telah dikeluarkan semasa pengubahsuaian Kaabah. Para pemimpin Mekah tidak dapat bersetuju dengan golongan mana yang harus mengembalikan Hajar Aswad ke tempatnya. Mereka memutuskan untuk meminta lelaki seterusnya yang datang melalui pintu untuk membuat keputusan itu; lelaki itu ialah Muhammad yang berusia 35 tahun. Peristiwa ini berlaku lima tahun sebelum wahyu pertama oleh Jibril kepadanya. Baginda meminta kain dan meletakkan Hajar Aswad di tengahnya. Pemimpin-pemimpin puak memegang sudut kain dan bersama-sama membawa Hajar Aswad ke tempat yang betul, kemudian Muhammad meletakkan batu itu. Tindakan tersebut telah memuaskan semua pihak.[37][38]
Ayat-ayat Quran yang pertama diturunkan oleh malaikat Jibril ialah permulaan Surah al-Alaq. Muhammad berasa ketakutan setelah mendapat wahyu pertamanya. Setelah pulang ke rumah, Muhammad diberi dukungan dan kata-kata semangat oleh Khadijah dan sepupunya yang beragama Nasrani, Waraqah bin Nawfal[43]. Baginda turut khuatir orang lain akan menganggapnya sebagai orang gila.[44] Wahyu pertama itu diikuti oleh selang selama tiga tahun[45] yang dikenali sebagai fatra[46] dan Muhammad merasa sedih selama tempoh tersebut. Apabila wahyu berterusan, dia mendapat semangat dan diperintahkan untuk mulakan dakwah: "Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan Dia juga tidak marah kepadamu."[47]
Didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Muhammad Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-
Apabila Muhammad menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zaid dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Muhammad dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi umat Islam, Muhammad dan orang-orang Islam Mekah.
c80f0f1006