Keunikan Malaysia Wang Kertas Malaysia Siri Baharu ( Wang kertas siri keempat ini akan mula berada dalam edaran pada suku kedua tahun 2012 )
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.
|
·
Kenapa Bank Negara Malaysia memperkenalkan wang kertas
Malaysia siri
keempat?
Pengenalan wang kertas
Malaysia siri keempat adalah untuk
menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang lebih moden serta kemajuan teknologi
terkini bagi mempertingkat penggunaan dan keselamatan siri wang kertas ini. Wang
kertas siri baharu ini akan menggantikan secara beransur-ansur wang kertas sedia
ada yang telah berada dalam edaran lebih dari 10
tahun.
|
·
Apakah denominasi bagi wang kertas
Malaysia siri
keempat?
Wang kertas Malaysia siri
keempat ini dikeluarkan dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Wang
kertas RM50 pula merupakan denominasi wang kertas Malaysia siri keempat yang pertama diperkenalkan
bersempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-50 pada bulan
Disember 2007.
|
·
Apakah ciri-ciri utama wang kertas
Malaysia siri
keempat?
Wang kertas Malaysia siri
keempat ini menggabungkan pelbagai ciri keselamatan yang lebih moden selaras
dengan kemajuan terkini dalam teknologi cetakan wang kertas dan mengekalkan
sebahagian daripada ciri keselamatan yang sedia ada bagi mencegah pemalsuan.
Wang kertas siri keempat akan dicetak dalam substrat tahan lama untuk
mengekalkan daya ketahanan serta kualitinya semasa dalam
edaran.
|
·
Apakah spesifikasi teknikal untuk wang
kertas Malaysia siri
keempat?
Spesifkasi teknikal yang terdapat
pada wang kertas Malaysia siri keempat adalah seperti
yang berikut:
a. Wang kertas
Malaysia siri
keempat
Denominasi |
Substrat |
Ukuran |
Warna |
RM100 |
Kertas |
150mm X 69mm |
Ungu |
RM50 |
Kertas |
145mm X 69mm |
Hijau-biru |
RM20 |
Kertas |
145mm X 65mm |
Jingga |
RM10 |
Kertas |
140mm X 65mm |
Merah |
RM5 |
Polimer |
135mm X 65mm |
Hijau |
RM1 |
Polimer |
120mm X 65mm |
Biru |
b. Wang kertas sedia
ada
Denominasi |
Substrat |
Ukuran |
Warna |
RM100 |
Kertas |
150mm X 69mm |
Ungu |
RM50 |
Kertas |
145mm X 69mm |
Hijau-biru |
RM10 |
Kertas |
140mm X 65mm |
Merah |
RM5 |
Polimer |
135mm X 65mm |
Hijau |
RM2 |
Kertas |
130mm X 65mm |
Putih-ungu |
RM1 |
Kertas |
120mm X 65mm |
Biru |
|
·
Apakah tema dan motif yang digunakan bagi
wang kertas Malaysia siri
keempat?
Tema bagi wang kertas
Malaysia siri keempat ialah
‘Keunikan Malaysia’ yang juga menjadi tema duit
syiling siri baharu. Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara
menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri
keempat ini. Motif reka bentuk wang kertas ini memaparkan keindahan alam semula
jadi, flora dan fauna, serta seni kraf tangan tradisional yang unik di Malaysia.
Motif untuk setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
Denominasi |
Tema |
Ikon |
RM100 |
Keindahan Alam Semula Jadi |
Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api dalam Taman Negara Mulu |
RM50 |
Pertanian dan Teknologi |
Kelapa Sawit dan BioteknologI |
RM20 |
Hidupan Laut |
Penyu Karah dan Penyu Belimbing |
RM10 |
Flora |
Rafflesia Azlanii |
RM5 |
Hidupan Liar |
Burung Enggang Badak |
RM1 |
Sukan Tradisional |
Wau Bulan |
|
·
Adakah terdapat ciri-ciri keselamatan yang
terdapat pada wang kertas Malaysia siri
keempat?
Ciri-ciri keselamatan pada wang
kertas Malaysia siri keempat menggabungkan
ciri-ciri keselamatan yang lebih moden dan mengekalkan beberapa ciri keselamatan
yang sedia ada.
Ciri-ciri keselamatan baharu bagi wang kertas
Malaysia siri keempat ialah Potret
Tera Air Piksel dengan Angka, Benang Kanta Mikro dengan petak berkilat berwarna.
Ciri-ciri keselamatan yang sedia ada pula ialah Imej Tanda Bayang, Tingkap
Pandang Telus, Benang Keselamatan dengan Warna Berubah-ubah, Tanda Pandang
Telus, Cetakan Intaglio, Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan dan Cetakan Huruf
Mikro.
|
·
Adakah terdapat ciri-ciri yang menjadikan
wang kertas siri keempat ini lebih mudah untuk digunakan oleh orang ramai dan
mereka yang kurang upaya penglihatan?
Ya, wang
kertas siri keempat ini mengekalkan saiz dan warna asalnya bagi memudahkan orang
ramai dan golongan yang kurang upaya penglihatan. Ciri-ciri Braille juga
terdapat dalam wang kertas siri keempat ini.
|
·
Bilakah wang kertas siri keempat ini akan
berada dalam edaran?
Wang kertas siri keempat
ini akan mula berada dalam edaran pada suku kedua tahun
2012.
|
·
Bagaimanakah pula dengan wang kertas yang
sedia ada dalam edaran. Perlukah saya menukar wang kertas sedia ada kepada wang
kertas baharu?
Wang kertas sedia ada masih
boleh digunakan kerana ia masih sah diperlakukan. Wang kertas siri keempat ini
akan diedarkan bersama-sama dengan wang kertas yang sedia ada. Wang kertas sedia
ada akan dikeluarkan daripada edaran secara
beransur-ansur.
|
·
Adakah mesin wang tunai (contohnya: mesin
parkir, mesin layan diri, mesin deposit wang kertas dan ATM) sedia menerima wang
kertas siri keempat ini?
Ya, mesin wang tunai
boleh menerima wang kertas siri keempat ini selepas mesin tersebut diubah suai.
Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai diberikan tempoh selama 6 bulan untuk
mengubah suai mesin mereka sebelum wang kertas siri baharu ini digunakan
sepenuhnya.
|
·
Di manakah boleh saya membeli wang kertas
peringatan untuk wang kertas siri keempat
ini?
Wang kertas peringatan siri keempat ini
boleh dibeli dalam jenis dan pada harga seperti yang berikut:
Jenis/Denominasi |
Kuantiti |
Harga satu set |
Set Penuh (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100) |
50,000 |
RM300 |
Set dalam 1 (RM20) |
500,000 |
RM30 |
Set dalam 2 (RM1 dan RM5) |
500,000 |
RM15 |
Orang
ramai boleh membeli wang kertas peringatan di kaunter mulai Khamis, 22 Disember
2011 di:
i.
BNMLINK
(Laman Informasi Nasihat & Khidmat)
Tingkat Bawah, Blok D
Bank
Negara Malaysia
Jalan
Dato' Onn
50480 Kuala
Lumpur, Malaysia
No. Telefon : +603
2698 8044 / 9044 (Sambungan: 7417 / 7390)
Masa : 9.00 pagi - 5.00
petang
ii. Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang dan Johor Bahru.
iii. Cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.
·
Mengapakah BNM menukar substrat kertas
kepada polimer untuk wang kertas RM1
BNM
menukar wang kertas RM1 kepada substrat polimer kerana polimer mempunyai daya
tahan yang tinggi dan amat sesuai untuk denominasi wang yang lebih rendah yang
paling kerap digunakan.
·
Mengapakah BNM memperkenalkan semula
denominasi RM20?
Denominasi RM20 diperkenalkan
semula sebagai memenuhi keperluan orang ramai kerana ia merupakan denominasi
pengantara untuk mengisi jurang antara denominasi RM10 dengan RM50. Ini bagi
memudahkan orang ramai dalam urusan pembayaran mereka.
|
·
Adakah BNM akan memperkenalkan semula
RM500 dan RM1,000?
Tidak. BNM tidak bercadang
memperkenalkan wang kertas RM500 dan RM1,000 kerana wang kertas yang sedia ada
mampu memenuhi keperluan transaksi perniagaan secara runcit.
This message is intended only for the use of the person(s) to whom it is addressed and may contain information that is privileged or otherwise protected from disclosure. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any use, review, disclosure or copying of this message and the information it contains is prohibited. If you receive the message in error, please notify the sender by reply e-mail and discard all its contents. Thank You. |
The information in this e-mail and any attachment(s) here to is only for the use of the intended recipient and may be confidential or privileged. If you are not the intended recipient, any use of, reliance on, reference to, disclosure of, alteration to or copying of the information for any purpose is prohibited. Any information not related to BNM's official business is solely the author's and does not necessarily represent BNM's view and is not necessarily endorsed by BNM. BNM shall not be liable for loss or damage caused by viruses transmitted by this e-mail or its attachments. BNM is not responsible for any unauthorised changes made to the information or for the effect of such changes.