Assalamualaikum Wr Wb.
pe habak semua? ceria-ceria lah selalu ; ) mudah2an smuanya bertamah semangat untuk bersukan selepas tamatnya myspex.
Pertamanya, ana rasa tak terlambat lagi untuk ucapkan jazakumullahu khair ahsanal jaza' kepada semua ahli komiti yang terlibat. sampaikan penghargaan ini juga kepada belia antum semua yang juga terlibat sama. Ana dapat rasakan kita semua telah mengharapakan dan berikan yang terbaik. Namun, kadangkala, penentuan Ilahi adalah lebih pasti.
Secara terus terang ana luahkan di sini, dalam 6 tahun ana bertugas dan mengambil tanggungjawab menganjurkan program National events, ana rasakan ini adalah cabaran dan pengalaman yang luar biasa yang tidak pernah ana lalui sebelum ini. Pada mula lagi, kita telah mempunyai ujian untuk mencari Ketua. Seterusnya, meeting kita tak pernah dapat full comm members, dan Finale pula ada ahli yang mempunyai halangan dan urusan masing-masing, tambahan lagi YDO yang lain tak dapat memberi full commitment dengan menyebarkan mesej ini pada belia masing-masing.
Oleh yang demikian, ana betul2 ingin berikan tabik yang tinggi kepada yang betul2 berikan sepenuh jiwa dan hati kepada tugasan masing-masing. ada dari kalangan kita pada mula nampak tak dapat komit tapi orang ini telah berikan yang terbaik hingga hujungnya, ada juga dari kita yang bawa anak2 dan isteri sekali untuk bantu persiapan finale dan hadirkan diri, memang ana tabik sgt2..ada pula baru dapat zuriat dan mempunyai cabaran sendiri namun tetap dapat pastikan tugasannya akan diambil alih dengan belia yang boleh lakukan tugasan tersebut..dan mungkin banyak lagi yang ana tak perasan, tapi ana yakin segala amalan kita yang ikhlas pasti diberi ganjaran olehNya.
Seterusnya, ana mohon maaf atas kesilapan dan keterlanjutan kata dan sebagainya, semoga ukhuwwah kita semakin intim dan segala onjektif kita tercapai dan diberi keulusan oleh Allah. Mohon maaf banyak bab duit, sebab memang ada cabaran di Ghufran krn penuh dengan protokolnya. Di sini, sekiranya ada yang masih belum lagi claim duit, pls call ana k.
akhir sekali, bila kita nak buat post mortem cum makan??? tapi tugas sape blm abes jangan mkn ; )
ana masih lagi tunggu sms ; )
wassalam
--
Ahmad Khushairi Bin Abidin | Executive Officer - Dakwah | Masjid Darul Ghufran
503 Tampines Avenue 5 Singapore 529651 | Tel: 6786 5545 ext.34 | Fax: 6786 5485
www.darulghufran.org