KEMENTERIAN KEWANGAN
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2008
Semua Pegawai Pengawal/Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan
PINDAAN KEPADA PEKELILING PERBENDAHARAAN
BIL. 9 TAHUN 2008 MENGENAI LANGKAH UNTUK
MENGURANGKAN PERBELANJAAN AWAM
Melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun
2008 mengenai Langkah Untuk Mengurangkan Perbelanjaan Awam, antara
syarat yang ditetapkan adalah penggunaan kemudahan hotel hanya
dibenarkan bagi mesyuarat/ persidangan/ seminar/ bengkel antarabangsa
manakala semua kursus, latihan dan bengkel yang dianjurkan oleh
Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk anggotanya hendaklah diadakan
menggunakan kemudahan sedia ada termasuk Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC) atau kemudahan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi lain.
2. Kerajaan
telah mempertimbangkan perkara ini dan bersetuju untuk membenarkan
semula penggunaan kemudahan hotel tertakluk kepada jumlah peruntukan
yang telah diluluskan untuk tujuan tersebut. Adalah menjadi
tanggungjawab Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan/ Ketua Agensi untuk
memastikan perbelanjaan yang berbangkit adalah terkawal dan dianjurkan
secara sederhana serta mengikut peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
3. Surat Pekeliling Perbendaharaan ini berkuat kuasa serta merta mulai tarikh ianya dikeluarkan.
4. Dengan
berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perbendaharaan ini, perenggan 11 dan
12 dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2008 adalah terbatal.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Saya yang menurut perintah,
( Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah )
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
13 Ogos 2008
s.k:
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Audit Negara
Akauntan Negara Malaysia
Setiausaha Kerajaan Negeri
Pegawai Kewangan Negeri