Fwd: HEBAHAN PROMOSI SSPN PERINGKAT NEGERI SABAH

10 views
Skip to first unread message

Abg Lang

unread,
Nov 13, 2007, 4:08:06 AM11/13/07
to MySM...@googlegroups.com
---------- Forwarded message ----------
From: "Nor Azlinawati Binti. Mamat" <azlin...@ptptn.gov.my>
Date: Tue, 13 Nov 2007 16:49:40 +0800
Subject: HEBAHAN PROMOSI SSPN PERINGKAT NEGERI SABAH
To: nie <t...@pkksabah.edu.my>, "nie...@pkksabah.edu.my" <nie...@pkksabah.edu.my>
Cc: "Muhammad Muhsin Bin. Abdul Rahman"
<muhamma...@ptptn.gov.my>, "Faizah binti. Mohamad Sidek"
<fai...@ptptn.gov.my>, "Nor Azlinawati Binti. Mamat"
<azlin...@ptptn.gov.my>

Y.Bhg Dato/Datin/Tuan/Puan,


HEBAHAN PROMOSI PEMBUKAAN KAUNTER SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL
(SSPN) PERINGKAT NEGERI SABAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Y.Bhg Dato/Datin/Tuan/Puan,
pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai
sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi akan
mengadakan Promosi dan Sesi Pembukaan Kaunter SSPN bagi peringkat
Negeri Sabah. Tarikh, Masa dan Lokasi promosi dan pembukaan kaunter
SSPN adalah seperti berikut:


Bil.

Lokasi Promosi

Tarikh

Masa

1.

Ruang Legar Wisma PERKESO, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah

05 hingga 07 November 2007
(Isnin hingga Rabu)

9.00 pagi hingga 5.00 petang

2.

Ground Floor, Wisma Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan
Kota Kinabalu,
Jalan Tunku Abdul Rahman.

05 dan 06 November 2007
(Isnin dan Selasa)

9.00 pagi hingga 5.00 petang

3.

Lobi Utama Hospital Queen Elizabeth,
Kota Kinabalu, Sabah

07 dan 08 November 2007
(Rabu dan Khamis)

9.00 pagi hingga 5.00 petang

4.

Lobi Utama Hospital Likas, Sabah

08 November 2007
(Khamis)

9.00 pagi hingga 5.00 petang

5.

Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Likas, Sabah

09 dan 10 November 2007
(Jumaat dan Sabtu)

9.00 pagi hingga 5.00 petang

6.

Sekolah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belut, Sabah

12 November 2007
(Isnin)

9.00 pagi hingga 1.00 petang

7.

Student Plaza Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

12 hingga 14 November 2007
(Isnin hingga Rabu)

9.00 pagi hingga 4.00 petang

8.

Perkarangan Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu, Sabah

13 dan 14 November 2007
(Selasa dan Rabu)

9.00 pagi hingga 4.30 petang

9.

Tingkat 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah

15 dan 16 November 2007
(Khamis dan Jumaat)

9.00 pagi hingga 5.00 petang

10.

Lobi Fasa 3, Bangunan Akademik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota
Kinabalu, Sabah

15 hingga 17 November 2007
(Khamis hingga Sabtu)

9.00 pagi hingga 5.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, pihak PTPTN memohon
kerjasama daripada pihak Y.Bhg Dato/Datin/Tuan/Puan, untuk membuat
hebahan kepada semua
kakitangan dan saudara mara yang berminat untuk membuka akaun SSPN
pada hari berkenaan supaya membawa bersama-sama salinan
dokumen-dokumen seperti mana berikut :-

a) Salinan Kad Pengenalan/Kad Tentera/Kad Polis Ibubapa Pendeposit
b) Salinan Kad Pengenalan/ Mykid/ Sijl kelahiran anak
c) Surat Perakuan/ Sijil Anak Angkat bagi Ibu Bapa yang ingin
membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan mereka)
***Bagi keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000.00 dan
berminat untuk mendapatkan Geran Sepadan sila sertakan salinan slip
gaji atau pengesahan pendapatan (suami dan isteri).


4. Sebagai makluman Y.Bhg Dato/Datin/Tuan/Puan, SSPN telah
dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 6 Ogos 2004.
Mulai 1 Januari 2008,
SSPN akan menjadi syarat wajib sebelum membuat permohonan Pinjaman
Pendidikan PTPTN. SSPN menawarkan banyak keistimewaan kepada
pendeposit seperti pemberian geran sepadan kepada pendeposit dan
pasangannya yang berpendapatan kurang daripada RM2000.00 sebulan
sekiranya anak mereka melanjutkan pelajaran ke IPT dan juga pelepasan
cukai sehingga RM3000.00 setahun mengikut simpanan tahunan semasa.

5. Pihak PTPTN amat berbesar hati sekiranya pihak Y.Bhg
Dato/Datin/Tuan/Puan, dapat membuka akaun ataupun membuat penambahan
deposit semasa
sesi promosi dan pembukaan kaunter sepertimana maklumat yang
dinyatakan di atas. Pemberian cenderahati yang menarik dan istimewa
bakal menanti pendeposit-pendeposit yang membuka akaun semasa promosi
tersebut berlangsung mengikut jumlah yang ditetapkan.

6. Bersama-sama ini juga disertakan risalah yang
mengandungi maklumat mengenai promosi tersebut dan kenyataan Menteri
Pengajian Tinggi mengenai
SSPN untuk makluman dan edaran pihak Y.Bhg Dato/Datin/Tuan/Puan kepada
semua kakitangan dan saudara mara. Maklumat lanjut mengenai SSPN boleh
diperolehi di Laman Web PTPTN di
www.ptptn.gov.my<http://www.ptptn.gov.my/>.


Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"JAMINAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN"


Saya yang menurut perintah,

(NOR AZLINAWATI BT MAMAT)
b.p. Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

www.ptptn.gov.my<http://www.ptptn.gov.my/>

Hotline : 03-2093 9889

Faks : 03-2098 6589

--
"abg...@gmail.com" is a NetIBA certified email
address. Certificate #1022247E. Please visit
NetIBA at http://www.netiba.com/?20884

FLYERS PROMOSI SABAH.ppt
POSTER SABAH.ppt
WajibSSPN-BeritaHarian.doc
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages