---------- Forwarded message ----------
From:
<t...@intansabah.intan.my>Date: Wed, Dec 24, 2008 at 2:23 PM
Subject: [Fwd: Jaringan Terputus Ke Eropah.]
To:
in...@intanbk.intan.myCc:
abg...@gmail.com---------------------------- Original Message ----------------------------
Subject: Jaringan Terputus Ke Eropah.
From: "Mohd Tar Bin Adik" <
t...@intansabah.intan.my>
Date: Wed, December 24, 2008 2:34 pm
To:
intan...@intansabah.intan.my
it-wi...@intansabah.intan.my
--------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt
Untuk makluman semua, masalah sambungan ke sesetengah website yang lambat
atau langsung tidak tiada sambungan adalah berkait rapat dengan berita ini
:-
Kabel utama ke Eropah telah terputus. Ini menyebabkan semua laluan
antarabangsa ke Eropah telah dialihkan untuk melalui laluan-laluan
alternatif lain seperti melalui USA.
Ini menyebabkan laluan-laluan alternatif ini mengalami kesesakan dan
menyebabkan laluan antarabangsa menjadi lambat.
Berita boleh dibaca di :-
http://blogs.usatoday.com/ondeadline/2008/12/3-major-cables.html
PETIKAN UTUSAN MALAYSIA:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm
Perkhidmatan Internet TM terganggu akibat kerosakan sirkit sistem kabel
dasar laut
21/12/2008 11:37am
KUALA LUMPUR 21 Dis. — Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM)
kini terganggu akibat kerosakan sirkit sistem kabel dasar laut yang
menghubungkan Malaysia dan Eropah.
TM berkata, kerja-kerja membaik pulih kerosakan sirkit Southeast Asia
Middle Eastern and Western Europe 4 (SMW4) antara Palermo, selatan Itali
dan Alexandaria, utara Kaherah sedang dijalankan dan perkhidmatan dijangka
beroperasi seperti sediakala pada 31 Disember ini.
Berikutan dengan masalah tersebut, pelanggan perkhidmatan internet TM akan
alami sambungan internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web
yang dihoskan di Eropah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, sementara mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet
(IP) yang lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi
perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Eropah juga mungkin mengalami
gangguan perkhidmatan.
Untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa laluan internet telah dialihkan
ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, katanya.
TM berkata, berikutan kerja membaik pulih, trafik ke Amerika Utara
dijangka akan mengalami gangguan, sementara trafik ke negara lain adalah
seperti sediakala.
Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih
"perkhidmatan internet" atau di
he...@tm.com.my untuk membuat laporan
mengenai masalah perkhidmatan internet mereka, katanya. - Bernama
--------------------------------------------------------
--
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.
**************************************************************************
Disclaimer:
This message is intended only for the use of the person to whom it is expressly addressed and may contain information that is confidential and legally privileged.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any use, reliance on, reference to, review, disclosure or copying of the message and the information it contains for any purpose is prohibited. If you have received this message in error, please notify the sender by reply e-mail of the misdelivery and delete all its contents.
Opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official activities of Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) shall be understood as neither given nor endorsed by it.
*****************************************************************************