http://mosca.songketmail.org/2009/02/malaysia-open-source-software.html
"To promote members that doing freelance for open source software like
Linux, FreeBSD, Ubuntu and Suse."
MOSCA sebelum ini dipanggil MyFOSSG.
Malaysia Open Source Software Consultant Alliance (MOSCA) atau
Gabungan Pakar Runding OSS Malaysia, adalah bertujuan untuk
menggabungkan Freelance atau pakar runding Open Source Sofware (OSS)
dalam satu rantaian, rangkaian hubungan atau "Social Network" di
Internet secara maya.
Rangkaian hubungan ini akan menggunakan kemudahan Internet seperti
Social Network, Chat, mailing list, forum dan pelbagai lagi. Kemudahan
yang sedia ada dan percuma, bagi memastikan rantaian boleh wujud
dipelbagai lapisan penggunaan Internet.
Dengan gabungan secara maya ini membolehkan kerjasama dan aktiviti
secara dapat dirangka, dijalankan dan diuruskan.
(A) Agenda
Agenda utama MOSCA pada masa ini adalah
(A.1) Meluaskan rangkaian hubungan melalui rakan-rakan dan kenalan
(A.2) Mewujudkan rangka kerja pemasaran bagi ahli kumpulan MOSCA
(A.3) Mewujudkan satu pusat hubungan kepada semua Freelance dalam MOSCA
(A.4) Mewujudkan kerjasama kerja antara freelance bagi menjalankan projek
(B) Portal MOSCA
Sebuah laman web khusus atau portal, yang bertindak sebagai pintu
hubungan rangkaian hubungan ini akan diwujudkan bagi memudahkan
pencarian Freelance atau pakar runding OSS ini. Untuk permulaan, laman
web http://mosca.songketmail.org/ akan digunakan untuk portal MOSCA.
(C) Penyertaan
Semua rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai MOSCA. Contoh-contoh
pengetahuan OSS yang boleh menyertai rangkaian hubungan maya ini.
(C.1) Anda yang menggunakan Linux, FreeBSD, OpenBSD, NetBSD dan Open Solaris.
(C.2) Anda yang menjalankan pemasangan backend server seperti Apache
web server, MTA seperti Postfix, Qmail, Exim, OpenLDAP dan pelbagai.
(C.3) Anda yang membina aplikasi menggunakan bahasa aturcara seperti
Perl, Ruby, PHP dan Python.
(C.4) Anda yang menjalankan perniagaan melibatkan sokongan dan
pemasangan aplikasi OSS.
(C.5) Anda yang terlibat sebagai pelatih OSS, seperti Open Office,
Linux Administration dan pelbagai lagi.
(D) Cara-cara menyertai
(D.1) Sediakan biodata diri anda. Ringkas dan tanpa perlu mendedahkan
maklumat peribadi terperinci. Nama, alamat email, nama Internet dan
laman web adalah perlu. Biodata perlu senaraikan kemahiran OSS dan
pengalaman kerja OSS. Sertakan sekali :-
- Nama pengguna Sourceforge.net
- Nama pengguna Gmail.com
- Nama pengguna Yahoo! Mesenger
- Cadangkan nama pengguna untuk anda gunakan untuk Intranet MOSCA
Biodata ini bagi tujuan sebaran melalui Internet, jadi anda perlu
berhati-hati apa yang anda ingin edarkan.
(D.2) Sediakan laman web yang mengandungi biodata diri anda seperti D.1
(D.3) Anda perlu mempunyai nama pengguna di Sourceforge.net
Sourceforge.net adalah mempunyai E-market yang membolehkan kemahiran
OSS disenaraikan dan pihak berminat boleh mendapatkan perkhidmatan OSS
dengan bayaran yang dipersetujui bersama. Ia terbuka kepada pasaran
antarabangsa.
(D.4) Email kepada myfossg @ songketmail.org dengan tajuk (subject)
"Daftar Masuk MOSCA nama anda". Gantikan namaanda dengan nama penuh
anda. Sertakan biodata diri dan daripada mana anda mendapat tahu
MOSCA.
(D.5) Keperluan menyertai pelbagai kemudahan Internet.
- Terima LinuxMalaysia dalam Google Chat dan Yahoo Mesenger apabila dijemput.
(E) Rangka Kerja Promosi
Diharapkan MOSCA dapat diperkenalkan kepada rakan-rakan lain yang
terlibat dengan freelance OSS. Ini membolehkan hubungan antara
Freelance boleh diwujudkan bagi tujuan berkongsi pengalaman dan ilmu
dan bantuan.
(F) Rangka Kerja Pemasaran
Rangka kerja pemasaran adalah untuk mewujudkan cara yang bersesuaian
untuk memasarkan perkhidmatan dalam setiap ahli MOSCA. Setiap ahli
MOSCA perlu menyertai pelbagai kemudahan Internet bagi mendapatkan
pendedahan yng lebih luas.
MOSCA akan dibuka dipelbagai ruang Social Network bagi tujuan
membentuk hubungan antara pelbagai pihak.
(G) Rangka Kerja Pusat Rujukan
MOSCA akan membangunkan sistem sokongan seperti meja bantuan
(helpdesk), Sokongan melalui talian seperti online chat dan sistem
tiket yang boleh diselaraskan sesama ahli MOSCA.
(I) Langkah-langkah penyertaan :-
Klik sini untuk rangka kerja pemasaran dan penyertaan. Sila daftarkan
diri anda pada setiap langkah-langkah.
--
My Blog
http://blog.harisfazillah.info/
My Network
http://linuxdotmy.multiply.com/
------------------------------------------------------------------------------
Open Source Business Conference (OSBC), March 24-25, 2009, San Francisco, CA
-OSBC tackles the biggest issue in open source: Open Sourcing the Enterprise
-Strategies to boost innovation and cut costs with open source participation
-Receive a $600 discount off the registration fee with the source code: SFAD
http://p.sf.net/sfu/XcvMzF8H
_______________________________________________
Songketmail-myfossg mailing list
Songketma...@lists.sourceforge.net
https://lists.sourceforge.net/lists/listinfo/songketmail-myfossg