allisialee
unread,Jun 18, 2012, 4:13:05 AM6/18/12Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to Edu Review
Salam sejahtera, saya seorang pejawat awam dan merupakan ibu kepada 4
orang anak. Sekarang tengaah mengambil cuti menjaga anak untuk menjaga
anak. Anak kedua saya telah didiagnos sebagai ADHD sejak umur 2 dan
kami telah mengikuti keperluan pakar bahawa dia memerlukan OT
(occupational theraphy), intervention dan lawatan psychologist dari
semasa ke semasa. Anak saya dikatakan telah "normal" oleh pakar dan
dicadangakan bahawa dia perlu ditempatkan di sekolah biasa semasa
darjah 1 dan bukan ditempatkan di sekolah berpendidikan khas. Anak
saya perlu membelajari cara berkomunikasi dan social dengan orang
ramai.
Masalahnya, sekolah biasa belum sedia menerima budak sedemikian. Guru-
guru langsung tidak tahu apa perlu dibuat. Walaupun saya telah memberi
cadangan mengawali anak sedemikian kepada guru-guru tetapi tidak
diminati. Anak saya seumpama diabaikan oleh guru-gurunya. Terdapat
juga anak kawan saya dipukuli oleh guru juga. Anak saya memang tidak
dapat mengikut semua silibes yang telah dirancangkan. Kandungan KSSR
bukan lebih creative dan menarik hati kanak-kanak, malahan "membunuh"
creativiti dan terlalu susah terhadap kanak-kanak sedemikian. Tambahan
pula, arahan dari Kementerian Pendidikan bahawa setiap mata pelajaran
perlu mencapai tahap kedua dalam setiap penilaian. Anak saya sendiri
pun rasa "buang masa" saja pergi ke sekolah.
Dengan aduan dari gurunya, saya memang benggang. Sekolah biasa kata
belum sedia, sekolah khas pulak menyatakan standard anak terlalu
tinggi, dimanakah saya perlu hantar anak saya? Fikirkan
"homeschooling", tanya kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan rujuk
kepada website, Wah... banyaknya peraturan yang perlu diikuti! Yang
buat saya binggung - memerlukan tempat yang ada infrastruktur sesuai
dan diajar oleh seorangan guru bersijil pendidikan khas. Kalau saya
dapat memenuhi syarat yang tersebut, kenapa sekolah tidak terus ambil
guru tersebut dan wujud kelas pendidikan khas di sekolah biasa? Dari
asal anak ditolak oleh kedua-dua pihak, pandangan saya terhadap
"homeschooling" anak saya adalah ajar ikut kemampuan anak bukan 100%
ikut kepada silibes. Dia akan belajar ikut kemampuan dan usaha
sendiri.
Pendidikan bukan sekadar menyumbat sebarang pengetahuan kepada kanak-
kanak. Kanak-kanak di sekolah rendah memerlukan masa untuk tumbesaran
fisikal bukan mental sahaja. Dari permainan mereka dapat belajar lagi
cepat kalau dibandingkan sekadar duduk di kelas saja.
Saya berharap tuan dapt mempertimbangan pertanyaan dan cadangan saya -
dimanakan saya perlu letak anak saya yang berada di perantaran dua
kelas ini? Adakah jika saya memilih "homeschooling", pihak tuan akan
menyusahkan saya? Sila kaji semula KSSR.
Sekian, terima kasih.
SK Khor