Cadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikann Malaysia

3,031 views
Skip to first unread message

Khairul Azhar

unread,
May 7, 2012, 4:15:08 AM5/7/12
to Edu Review, kah...@gmail.com
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Bagi menyahut seruan dan keikhlasan kerajaan untuk memperbaiki mutu
pendidikan negara saya dengan ini mencadangkan;

1. Mengkaji semula peranan semua pihak. Ini termasuk Kementerian,
Jabatan, Jabatan-jabatan Kerajaan yang bersangkutan dengan pendidikan
seperti JKR, Majlis Perbandaran, DBKL dan sebagainya, Sekolah dan
PIBG. Terutama yang berkaitan dengan pembangunan. Telah banyak majlis-
majlis permuafakatan di antara Sekolah dan PIBG dan sebahagian
besarnya telah berjaya. Malangnya apabila sampai keperingkat Jabatan
dan Kementerian nampaknya tiada permuafakatan antara mereka sehingga
begitu banyak projek projek terbengkalai di sekolah yang mana pihak
sekolah dan PIBG telah bermuafakat untuk menjalankan pelbagai aktiviti
bagi para pelajar terbantut. Sebagai contoh; banyak projek makmal IT
telah siap berbulan-bulah malah makan tahun, malangnya tiada sijil
layak menduduki bangunan di sebabkan masalah teknikal yang boleh
disiapkan dengan mudah dan cepat sekiranya ada permuafakatan antara
Jabatan dan Kementerian berkenaan. Memandangkan Menteri Pelajaran juga
merupakan Timbalan Perdana Menteri maka saya yakin masalah ini boleh
di perbaiki secepat mungkin.

2. Mengkaji semula peranan guru. Ini termasuk tugas dan tanggungjawab
sebenar guru di sekolah. Guru sepatutnya memberi penumpuan sepenuhnya
kepada tugasan mengajar dan memikirkan bagaimana mungkin untuk
memperbaiki teknik pengajaran bagi meningkatkan tahap pemahaman dan
kemahiran pelajar ke taraf A. Seperti yang di war-warkan oleh Menteri
Pendidikan sendiri dan pada masa yang sama ingin melihat tahap
Literasi dan Mengira dapat di serap kepada setiap pelajar sebaiknya.

Jadi untuk mencapai kearah ini saya mengesyorkan supaya semua kerja-
kerja pengkeranian hanya di lakukan bahagian pentadbiran yang di
lengkapkan dengan kerani. Guru hanya memasukkan data bersangkutan
pemarkahan (selain daripada OMR), maklumat tambahan kepada pelajar
dan sikap pelajar bagi melengkapkan buku pelaporan pelajar bagi
semakan guru, pelajar dan ibubapa/penjaga.

3. Dari segi teknologi maklumat pula, saya menyarankan supaya Menteri
Pendidikan mengarahkan hanya satu sistem sahaja yang digunakan oleh
semua pihak dibawah kementerian beliau. Terutama di peringkat
sekolah.

Saya dapati tiada keseragaman dari sudut teknologi maklumat yang
diguna pakai dan lebih malang lagi guru-guru dengan rela paksa
menggunakan setiap sistem ini dan pengisiannya pula berulang-ulang
perkara atau data yang sama perlu di masukkan semula sebabnya perisian
yang digunakan tidak sama dan tiada link di antara mereka.

Untuk bergerak ke arah negara maju kita sepatutnya menggabungkkan
setiap sistem maklumat yang ada di negara ini bagi kemudahan rakyat
dan ini akan meningkatkan tahap keberkesanan dan tindakan bagi
memastikan setiap sumber modal insan yang ada dapat di gerakkan secara
bersepadu.

Maksud saya, sepatutnya kemasukan data ("data entry") maklumat pelajar
sepatutnya bermula dari pelajar itu dilahirkan. Semua maklumat
berkaitan telah di rekodkan dan apa yang perlu cuma di kaitkan
("link") daripada Jabatan Pendaftaran Negara kepada Jabatan
Pendidikan. Rujukan utama boleh menggunakan nombor Mykid. Sebagai
contoh, nama pelajar dan ibubapanya tidak akan tersalah dari peringkat
pra sekolah sehingga beliau melanjutkan pelajaran di peringkat
universiti dan memasuki alam pekerjaan kelak. Saya bersedia untuk
menyumbangkan kemahiran saya sekiranya diperlukan bagi permasalahan
ini.

4. Saya dapati begitu ramai yang bersuara mengenai BPSMI dan MBMMBI.
Saya pasti semua yang bersuara mempunyai niat yang baik dan bagi
mencapai matlamat yang baik. Apa yang ingin saya suarakan disini
sekiranya kita benar-benar inginkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang
terulung dan bahasa utama Malaysia, maka kerajaan dan rakyat
keseluruhan sepatutnya mulai dari sekarang bersedia ke arah itu dengan
tindakan. Bukannya hanya dengan dialog, piket dan forum semata.

Sepatutnya semua pihak harus bertindak seiringan, sebagai contoh pihak
Pengajian Tinggi, Dewan Bahasa, Percetakan Nasional dan para
cendekiawan sepatutnya telah mula untuk menyediakan sebanyak mungkin
buku-buku rujukan di dalam Bahasa Melayu. Setiap kajian ("research")
maklumat-maklumat dan dapatan-dapatan lain diwajibkan dibukukan dalam
Bahasa Melayu.

Saya yakin mulai sekarang kita boleh memulakan tindakan seperti setiap
papan tanda, papan iklan, borang-borang, dan laman-laman sawang yang
didaftarkan atau yang berpangkalan di Malaysia di wajibkan menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa yang diutamakan.

Saya tertarik bila mendapat tahu dari saudara saya yang bertugas di
Jabatan Pertahanan. Kata beliau, sekiranya kita menjalani kursus di
luar negara di negara ASEAN, mereka akan diwajibkan untuk membuat
pelaporan dalam bahasa ibunda negara tersebut untuk lulus ujian yang
dijalankan di negara berkenaan kecuali di Malaysia di mana kita lebih
gemar menggunakan bahasa Inggeris.

Contoh seterusnya dan ini dapat dilihat dengan jelas bagi mereka yang
celik penglihatan dan pendengaran yang baik. Cuba kita tonton
televisyen bahagian iklan. Kita akan lihat pergerakan mulut dan bahasa
yang digunakan tidak sama dan rata-rata pergerakan mulut lebih kepada
bahasa Inggeris.

Contoh seterusnya, cuba kita buat panggilan telefon ke bank-bank dan
lain-lain syarikat swasta. Kita akan dengar suara dari sistem yang
digunakan akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai pembuka bicara
kemudiannya di ikuti Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

Contoh terakhir dan contoh yang amat memalukan apabila kita mendengar
para Menteri kita sendiri tidak fasih berbahasa Melayu. Hanya
segelintir yang mampu mengusai Bahasa Melayu dengan baik, yang lain
saya tidak pasti di mana mereka belajar sebelum ini dan mengapa Bahasa
Melayu tidak dapat di kuasai walaupun rata-rata Menteri-Menteri ini
lahir di negara tercinta ini dan saya yakin mereka tinggal cukup lama
untuk fasih berbahasa Melayu. Untuk ini saya mencadangkan mereka yang
ingin menjadi calon dalam PRU mulai dari sekarang di wajibkan
menduduki dan lulus cemerlang ujian lisan Bahasa Melayu.

Jadi berdasarkan contoh-contoh mudah di atas, bagaimanakah boleh kita
memartabatkan Bahasa Melayu? Maaf kata, laman sawang ini pun dipenuhi
dengan bahasa Inggeris dan mungkin saya sahaja yang menggunakan lebih
90% bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan kita. Bahasa melambangkan Bangsa.
Dimanakah negara bangsa Melayu?

Saya yakin perubahan ini amat mudah untuk dilaksanakan sekiranya kita
yakin bahawa Bahasa Melayu mampu di martabatkan.


5. Saya juga menyarankan supaya semua sekolah-sekolah yang didirikan
sebelum tahun 2000 di tinjau semula melihat dari sudut kesesuaian
rekabentuk dan kemudahan bagi kegunaan mereka yang mendudukinya.
Maksud saya bagi setiap kaki persegi berapa peratuskah sepatutnya bagi
pelajar, kakitangan am, guru-guru dan pentadbir. Dengan adanya
piawaian yang seragam barulah dapat kita membangunkan sistem
pendidikan kita dengan cemerlang. Tiada lagi kelas yang terlalu sempit
dan tiada pula kelas yang lengang. kerana ini menunjukkan kecekapan
dan keberkesanan perlaksanaan sistem pendidikan negara.

Saya ingin menyentuh mengenai kemudahan bagi penghuni sekolah
terutamanya. Bilik guru bagi bangunan yang didirikan sebelum tahun
2000 amat daif malah tidak di pertimbangkan langsung. tiada meja yang
secukupnya, meja terpaksa berkongsi sesi pagi dan petang, tiada tempat
letak buku sedangkan buku merupakan aset utama dalam alam
persekolahan.

Saya mencadangkan supaya susun atur sekolah di kaji semula dan
piawaian yang seragam hendaklah di keluarkan bagi sekolah-sekolah yang
lama ini. Guru-guru selayaknya mempunyai ruang yang selesa berpadanan
dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Guru-guru sepatutnya mempunyai
bagunan sendiri didalam kawasan sekolah lengkap dengan kemudahan asas
pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya kerani di Jabatan dan
Kementerian Pendidikan mempunyai meja dan kerusi mereka sendiri kenapa
guru-guru harus berkongsi sedangkan mereka mempunyai tugas yang lebih
penting menentukan hala tuju negara.

Peruntukkan sewajarnya hendaklah di sediakan bagi memperbetulkan
keadaan ini.

6. Penguasaan bahasa Inggeris di kalangan para pelajar amat merosot.
Saya dapati pendidik telah berusaha untuk mendidik anak-anak kita.
Malangnya terdapat segelintir pendidik yang masih berpendapat bahawa
bahasa Inggeris boleh di ajar dengan bahasa Melayu.

Sepatutnya kelas bahasa Inggeris wajib memanfaatkan waktu tersebut
dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Pendidik pula harus
menggunakan sepenuhnya bahasa Inggersi ketika mengajar dan
berkomunikasi dengan para pelajar. Maklumbalas yang saya terima dari
warga pendidik apabila di utarakan soalan kenapa berbahasa Melayu
ketika kelas Bahasa Inggeris? Rata-rata menjawab, anak-anak kita tidak
faham langsung. Sedangkan bahasa Inggeris telah di ajar dari pra
sekolah lagi.

Apa yang menyedikan lagi bila tenaga pengajar begitu pekat dengan
dialek kedaerahan negeri masing-masing, yang Kelantan bunyi Kelantan,
yang Utara bunyi Utara dan lain-lain dialeg lagi.

Apa yang pelik bila anak-anak Melayu yang masa di sekolah tidak dapat
mengusai bahasa Inggeris ini bila melanjutkan pelajaran di luar negara
boleh berbahasa Inggeris dengan baik dengan slanga yang baik. Jadi
persekitaran dan sistem pendidikan tadi harus dikaji semula.
Begitu juga dengan bahasa-bahasa yang lain.

7. Bagi meningkatkan lagi motivasi tenaga pengajar, seharusnya tangga
gaji hendaklah mengikut tahap pendidikan yang diperolehi kemudian
barulah diikuti dengan pengalaman bekerja. Jadi barulah mutu
pendidikan itu dipercayai dan pendidikan menjadi pendukung kejayaan
sesebuah organisasi dan negara. Saya lihat suatu masa dahulu tangga
gaji mereka yang tidak memiliki sarjanamuda lebih tinggi dan ini
merencatkan motivasi guru-guru yang ingin meningkatkan lagi tahap
pendidikan mereka. Sekiranya ini berterusan maka para pendidik tidak
lagi mempercayai sistem pendidikan dan kesannya mutu pendidikan akan
merosot kerana ketidak percayaan kepada sistem yang tidak mengiktiraf
tahap pendidikan itu sendiri.

Saya juga mencadangkan agar guru-guru yang berusaha untuk meningkatkan
tahap akademik mereka ke peringkat tertinggi dan berjaya dalam
akademik mereka dan pada masa yang sama mendapat markah tertinggi SSB
mereka hendaklah di berikan merit dengan imbuhan tambahan gaji
mengikut kelulusan yang di perolehi; contohnya
7.1 Sarjanamuda RM150 sebulan
7.2 Sarjana RM250 sebulan
7.3 Doktor Falsafah RM500 sebulan
Tambahan kepada gaji yang sedia ada.

8. Saya lihat sekarang ini tahap kelayakan masuk ke sekolah yang
berprestasi tinggi atau sekolah terbaik semakin longgar dan
kepercayaan bahawa kelulusan A semata tidak menjamin kejayaan
seseorang dalam kehidupan mereka. Ini saya tidak bersetuju sama sekali
kerana Al-Quran sendiri menyatakan betapa penting ilmu kepada
seseorang. Sila rujuk surah Az Zumar ayat 9.

Cadangan saya supaya kecemerlangan pelajaran haruslah di utamakan dan
kelayakan masuk sekolah berprestasi tinggi hendaklah di kekalkan.
Bukan di longgarkan.

Sekiranya semua masyarakat memandang tinggi pelajaran maka saya yakin
negara akan maju dan makmur. Kerana dengan pelajaran yang di kaji dan
di rumus dengan baik maka akan melahirkan modal insan yang terbaik.
Mereka akan berfikiran matang dan tidak akan menyertai mana-mana
perhimpunan yang di bawah tahap pemikiran matang seperti perhimpunan
Bersih yang didalangi oleh orang yang tidak selayaknya memegang
kerakyatan negara Malaysia yang tercinta ini.

Sekiranya sistem pendidikan kita dirumus dengan baik dan di tambah
baikkan lagi dengan pengajaran moral yang betul, demonstrasi jalanan
tidak akan berjaya kerana rakyat faham akan maksud dan jiwa demokrasi
itu sendiri. Disebabkan kejahilan dalam ilmu kemasyarakatan dan
kepolitikan, maka mereka ini gagal menjiwai dan mendalami maksud
sebenar DEMOKRASI dan hak mereka dalam perlaksanaan demokrasi.

Alangkah baiknya sekira semua pelajar cemerlang didalam pelajaran juga
cemerlang dalam ko-kurikulum. Mungkin kita wujudkan anugerah kepada
pasukan sukan yang menjuarai kejohanan dan pada masa yang sama
pemainnya mendapat semua A dalam pelajaran. (Saya yakin ia tidak
mustahil).

9. Saya juga mencadangkan supaya semua Pengarah yang ada di Jabatan
dan Kementerian Pendidikan diwajibkan turun padang seperti yang di
lakukan oleh Perdana Menteri untuk melihat sendiri permasalahan yang
dihadapi oleh para pelajar, guru-guru, sekolah dan ibubapa. Sekurang-
kurangnya 3 buah sekolah yang berlainan dalam sebulan.

Ini boleh tercapai sekiranya mesyuarat yang melibatkan guru di adakan
di sekolah berbanding di Jabatan atau di Hotel atau seumpamanya.

10. Saya mencadangkan kursus kepada guru-guru hendaklah dianjurkan
semasa cuti sekolah. Keberhasilan sesebuah sekolah itu diukur pada
kejayaan para pelajar. Jadi para pelajar tidak boleh dibiarkan tanpa
guru walau sesaat waktu pembelajaran barulah produktiviti sekolah itu
meningkat.

Guru-guru mengandung pula hendaklah di tangani dengan cemerlang dengan
merencanakan guru ganti mereka secepat mungkin. Guru-guru ganti ini
sepatutnya telah berada di sekolah berkenaan seminggu sebelum guru
bercuti bagi memastikan kesinambungan pembelajaran anak-anak di
sekolah.

11. Kejayaan sesebuah sekolah itu bergantung kepada Guru Besar atau
Pengetua sesebuah sekolah. Jadi saya mencadangkan supaya jawatan ini
diberikan kepada mereka yang benar-benar layak berdasarkan kelayakan
akademik dan pengalaman yang mencukupi serta trek rekod pencapaian
yang cemerlang sahaja yang layak memegang jawatan tersebut. Ini
penting sebabnya kesan kegagalan mereka dalam merencana aktiviti
sekolah dan meningkatkan mutu pembelajaran pelajar bakal menjadikan
modal insan yang merosakkan negara suatu hari nanti.

12. Saya dapati di Malaysia ini banyak cuti am yang mana disebabkan
ini sekolah terpaksa mengadakan sekolah ganti pada hari Sabtu. Saya
dapati rata-rata sekolah menggunakan masa ini untuk tujuan lain selain
akademik seperti jualan dan sebagainya. Sepatutnya masa ini digunakan
sepenuhnya untuk pembelajaran formal bagi persediaan peperiksaan,
menghabiskan matapelajaran yang tertinggal dan lain-lain. Jadi sekali
lagi pihak Jabatan seharusnya turun padang dan memastikan perkara yang
baik berlaku di sekolah dan kehadiran para pelajar dan guru kesekolah
pada hari tersebut lebih bermakna.

13. Syabas saya ucapkan kepada Kementerian Pendidikan kerana telah
mengadakan portal dan terdapat bahagian untuk pertanyaan. Malangnya
bahagian pertanyaan tidak membantu sama sekali.

Saya mencadangkan supaya bahagian ini dikaji semula keberkesanannya.
Sebagai contoh pertanyaan yang saya ajukan di dalam bahagian ini pada
bulan Februari 2012 sampai kini tiada maklumbalas langsung.

14. Saya dapati moral para pelajar Melayu semakin merosot walaupun
mereka dikehendaki menduduki kelas agama.

Saya mencadangkan agar Bahagian Pendidikan Islam mengkaji semula
"syllabus" matapelajaran pendidikan Islam agar penerapan nilai-nilai
moral yang lebih berkesan dapat di sampaikan di dalam kelas agama
Islam.

Memandangkan masa agak berharga buat saya ketika ini, insya Allah
sekiranya ada masa dan buah fikiran yang lain saya akan memberikan
lagi pandangan saya bagi penambahbaikan sistem pendidikan negara yang
tercinta ini.
Message has been deleted

Azam Samuri

unread,
May 8, 2012, 11:42:13 PM5/8/12
to Edu Review
En. Khairul Azhar
Assalamualaikum..

Saya amat bersetuju dengan semua cadangan en. Azhar..
Saya juga terharu dengan keprihatinan En. Azhar terhadap keadaan kami
yang sebenar disekolah.
mungkin ada beberapa bahagian yang saya kurang setuju, amnya ianya
tidaklah mengundang gurisan hati.
cuma secara peribadi saya agak terasa tentang fakta no 14.

Mungkin kerana saya guru agama, jadi, tepat ke batang hidung saya.
amnya, saya tidak menyalahkan En. Azhar dalam menyampaikan isi
pendapat En. Azhar.
Saya setuju syllabus perlu dikaji dan ditambahbaik. namun, kenyataan
penerapan nilai moral yang tidak berkesan itu tidak berapa tepat. Kami
mengajar Nilai-nilai murni daripada sekecil-kecil nilai hinggalah
sebesar-besar nilai. kadangkala kami menerapkan nilai yang tiada di
dalam syllabus.

Kenyataan tentang moral anak Melayu semakin merosot agak subjektif.
Ianya berdasarkan daripada perspektif yang kita lihat. Secara
keseluruhan, En. Azhar perlu teliti permasalahan ini secara umum. Saya
tidak dapat memberi komen lebih. Ditakuti menyalahkan orang lain pula
nanti. Umumnya, kita semua punyai tanggungjawab terhadap anak bangsa
kita. bukan sahaja sekolah sahaja diharapkan. Bila kita menyalahkan
Pendidikan Islam di sekolah, seharusnya selepas ini semua keputusan
Guru-guru agama di sekolah haruslah diikuti tanpa ragu atau
bangkangan.. daripada Kerja Sekolahnya, Kem Ibadahnya, Bestari
Solatnya,. Solat Jemaahnya... Solat Fardhunya... Fardhu Ainnya...
Tasmiknya.. Tugasan Multimedianya.. Tetapi, apa yang berlaku,. adalah
bila kita unjurkan program keagamaan ada pula alasan kelas tambahannya
berbayarlah, tiada masa memantaulah, Masalahnya adalah .. murid hanya
mengamalkan Fardhu Ain bila dalam kelas agama sahaja.. dalam kelaslah
dia benar-benar belajar Fardhu Ain.. Fardhu Ain adalah tuntutan setiap
individu. Yang perlu disampaikan oleh orang yang paling hampir
padanya.. Jika kita anggap Ustaz Ustazah yang perlu mendidik Fardhu
Ain.. Alhamdulillah maka.,, ramailah anak-anak kami yang akan sentiasa
menyampaikan royalti pahala sehingga hari kiamat nanti.... Itulah yang
kami lakukan sekarang ini.. Alhamdulillah anak-anak didik saya sudah
ramai yang membuktikan perkara ini.. Walaupun, mereka di Australia
sebagai Underwater Welder, atau di Korea sebagai jurutera Hyundai atau
di Dublin sebagai Pereka Dalaman.. Mereka masih lagi dapat mengekalkan
kewajipan Fardhu Ain mereka.
Daripada aspek publisiti 'Remaja Melayu Merosot Akhlaknya" juga agak
subjektif. Daripada sudut yang saya lihat pula.. ramai anak melayu
yang sudah mula memahami nilai Islam khasnya, cuma mereka ini tidak
diwar-warkan.. sudah ramai tahfiz di Malaysia ini... sudah ramai mahir
Usulluddin dan Syariah di Malaysia ini... Di surau dan masjid sudah
ramai Imam-imam bertauliah yang muda-muda belaka... Sudah ada anak-
anak muda tingkatan 3 / 4 melaungkan azan di surau-surau... Jika
perbandingan dibuat dengan era 80-an, remaja semakin matang, jika
dibanding 90-an, juga semakin matang.
Kemungkinan kenyataan ini hasil daripada publisiti media-media zaman
kini...
Saya amnya, masih tidak berpuashati dengan kedudukan moral anak remaja
yang 20% ini.. mungkin peratusanan kecil. tetapi, inilah hakikat
kehidupan, yang baik biar besar takkan dihirau kerana itulah 'yang
sepatutnya' tetapi, peratusan yang kecil ini menyebabkan semua
perhatian kepada mereka. Hargailah yang 80% ini. mereka berhak dipuji
dan diberikan galakkan. Bukan siapa pun mereka.. anak-anak kita juga.
Persoalan yang boleh En. Azhar utarakan adalah. Mengapa anak remaja
yang keluar daripada sistem pendidikan perdana.. secara tiba-tiba
berubah akhlaknya?.... dan Bagaimana kita boleh mengekalkan akhlak
mereka ini sepertimana sewaktu mereka bersekolah......

En. Azhar, saya ingin menekankan bahawa saya tidak menyangkal pendapat
En. Azhar. Itu adalah pendapat dan sudut pandangan En Azhar. Saya
tidak menolak hakikat itu. Apa yang saya jelaskan adalah daripada
sudut pandangan saya sebagai individu yang berkaitan secara langsung.
Juga bukan niat saya memegang cermin dan memantulkan masalah kepada
orang lain. Harap maaf sekiranya ada yang terasa dengan pendapat saya.
Ianya pendapat peribadi dan tidak mewakili pendapat Guru-guru atau
Kementerian Amnya. Saya juga bapa kepada anak-anak saya yang juga
ingin yang terbaik dalam pendidikan mereka.
Saya harap En. Azhar maklum... Guru-guru agama KPM telah mengalami
perkembangan evolusi yang amat tinggi dalam era abad ke 21 ini. tidak
lagi hanya berceramah dan bercakap sahaja.. kami sudah lama
mengamalkan methodologi pendidikan yang lebih berkesan. Cuma cabaran
kami semakin hebat dalam menangani kehidupan sosial yang lebih liberal
dan terbuka ini. Kalau dulu mengaji adalah kemestian setiap murid.
tapi, kini, tiusyen lebih penting... ada pula Kes sanggup menggadaikan
Ujian PAFA anak mereka kerana ingin meningkatkan konsentrasi kepada
Peperiksaan besar.... Fardhu Ain bukannya matapelajaran yang harus
lulus sahaja.. tetapi tanggungjawab kami supaya ianya lekat di
sanubari... diamalkan dan royalti kepada kami selapas kami mati
kelak.. Kami tidak minta dibayar untuk ilmu agama ini.. kerana takut
Allah potong elaun royalti pula nanti. cuma apa yang kami idamkan
adalah anak - anak kami ini pulang rumah dan mengamalkan apa yang kami
telah curahkan dengan bimbingan dan pantauan keluarga.

Oleh yang demikian, saya suka menambah daripada cadangan En. Azhar
supaya pembuat dasar dapat menghasilkan satu cara dalam memastikan apa
yang mereka lalui dalam sesi persekolahan dapat dilestarikan dirumah
secara berkesan dan diamalkan dengan ikhlas. Insya Allah.

Azam
hanya 'Guru Biasa'
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages