PANDANGAN MENGENAI PENDIDIKAN NASIONAL

76 views
Skip to first unread message

Akmal

unread,
Jun 20, 2012, 11:49:40 AM6/20/12
to myedu...@googlegroups.com
Saya mulakan penulisan saya dengan menarik perhatian semua mengenai dialog nasional pendidikan negara yang telah dianjurkan oleh kerajaan bagi mendapatkan maklumbalas orang ramai mengenai halatuju pendidikan yang bakal dirangka. Saya juga antara ribuan yang melibatkan diri untuk sesi ini.

Disini saya ingin menyentuh beberapa perkara berkaitan pendidikan, dan harapan saya semoga ianya juga mendapat perhatian pihak kerajaan dan tidak hanya ianya habis dalam ruangan forum ini sahaja. Begitu juga dengan komen,cadangan dan pandangan rakan-rakan yang lain yang telah disampaikan dan bakal disampaikan melalui ruangan ini juga kelak.

Bagi memantapkan sistem pendidikan negara, saya ingin mengutarakan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian;

1. Peranan Guru Sebagai Penyampai Ilmu

Cuba kita lihat dan mungkin juga boleh dilakukan sedikit kajian tentang peranan yang dimainkan oleh para guru kini di sekolah-sekolah. Disebalik ramai orang yang sangat memuliakan guru dan sangat menghargai jasa dan pengorbanan guru sepertimana yang dapat kita lihat bagi tiap-tiap kali sambutan hari guru diadakan, pernahkah kita terfikir BERAPA RAMAI DIKALANGAN GURU-GURU YANG MEMPUNYAI 'ROH'/ JIWA PENDIDIK BERBANDING MEREKA YANG MENJADI GURU UNTUK MAKAN GAJI? Hasil daripada pemerhatian saya yang juga ramai rakan-rakan,yang menjadi guru disamping mereka-mereka yang menjawat jawatan sebagai guru sebenarnya agak kurang untuk mempunyai jiwa pendidik! Mereka lebih sibuk bercakap soal kenaikan pangkat berbanding kemajuan prestasi pelajar/murid disekolah. Mereka seolah lebih pentingkan apa yang mereka dapat dan terima bagi setiap kali tibanya Sambutan Hari Guru! Contoh mudah, anda lihat saja hasil pengumuman oleh YAB PM sempena hari guru 2011 lalu, apabila ramai guru2 merungut termasuk kesatuan guru yang menyebut guru-guru seolah-olah dipinggirkan kerajaan bila kerajaan memberikan laluan kenaikan pangkat kepada penolong-penolong kanan dan pengetua sahaja pada ketika itu! isu ini dimainkan saban hari sehinggalah terpaksa kerajaan mengumumkan sekali lagi bersama-sama pengumuman SBPA sebelum ini bahawa time based itu dipanjangkan kepada semua termasuk disekolah rendah dan menengah.
Persoalannya, bukankah guru sebagai penyampai ilmu? bukankah tugas guru untuk melahirkan generasi yang berilmu? bukankah juga rakyat malaysia sering dihebahkan bahawa tugas guru itu mulia?tetapi mengapa pula mereka ini seolah-olah dilihat sering mendesak kerajaan untuk beri segala macam kemudahan buat mereka? Lepas satu,satu isu yang dibangkitkan. Beban tugas guru dan sebagainya. Apakah mereka sedar bahawa ramai rakan-rakan di jabatan/agensi lain melaksanakan tugas lebih dari pukul 2.00petang? tidak punya cuti sekolah seperti dinikmati guru? Soal pembantu guru untuk menggendalikan kelas 40 orang murid? saya boleh menerima jika guru-guru sedang menggendalikan bilik darjah sebesar dewan kulaih sepertimana pensyarah (300-400 pelajar) dalam satu-satu masa. Tapi jika hanya 40 orang murid, berkehendakkan pembantu, apakah ini tuntutan melampau?

Saya menyeru supaya para guru sekalian, kembali kepada perkara asas dimana tugas guru itu sebagai mendidik dan mengajar murid/pelajar sebagai pewaris negara masa depan. Jangan kamu sibukkan ganjaran dan bicara soal apa yang orang lain dapat dan orang itu atau ini dapat, sebaliknya bukankah anda tahu bahawa ganjaran Allah itu maha besar ganjarannya berbanding pemberian manusia? Hentikan desakan dan marilah bersama fokus membangunkan anak bangsa. kerana itulah fokus guru.

2. Kualiti dan Profesionalisme Guru

Kita sudah sedia maklum bahawa pengambilan guru-guru dilakukan melalui beberapa saluran. IPGM, IPTA, KPLI, GSTT. Saya agak kurang senang bila melihat tindakan kerajaan untuk melakukan pengambilan melalui KPLI dan GSTT. Apakah kerajaan sedar bahawa KPLI dan GSTT yang dilakukan sekarang ini sedang mencemarkan profesionalisme guru? Maksud saya, perkara ini turut dibangkit dalam sesi dialog yang diadakan di Pulau Pinang bru-baru ini, mengenai kualiti guru-guru yang diambil melalui KPLI dan GSTT. Hal ini kerana, kita sedia maklum bahawa KPLI dan GSTT merupakan graduan yang keluar daru universiti dalam pelbagai bidang dan tidak berupaya untuk bersaing dalam pasaran kerja sebenar untuk mendapatkan tempat. Dalam erti kata mudah, mereka ini tak laku dipasaran kerja. Dan mereka2 ini pula yang diambil KPM untuk dilatih menjadi guru dan dengan harapan supaya guru-guru ini dapat melahirkan insan cemerlang, anak bangsa berwibawa? Benar, jawapan popular mungkin kerajaan akan menyebut bahawa mereka-mereka ini akan dilatih terlebih dahulu, tapi persoalannya, mengapakah KPM tidak fokus pada IPG dan IPTA yang graduan mengikuti bidang perguruan/pendidikan? Jangan kerana desakan politik maka KPM/kerajaan mengambil langkah popular seperti ini. Marilah kita bersama memikirkan dan melakukan kajian semula. Apakah tujuan jika selama ini kerajaan mewujudkan IPTA dan melaksanakan program pendidikan, mewujudkan IPG tetapi dalam masa sama sibuk merekrut KPLI dan GSTT.

3. Menfokus kepada produk - Murid / Pelajar

Saya fikir, penekanan kepada perkara asas kurang diberi oleh pihak kementerian,jabatan mahupun sekolah. Hari ini banyak pihak sibuk bercakap soal memartabatkan guru, dan memberi pelbagai insentif dan imbuhan pada guru. Sedangkan, sedarkah kita bahawa perjuangan nasional adalah kepada 'produk' sekolah iaitu PELAJAR/MURID. Cuba kita fikir sejenak, hari ini berapa banyak kes-kes disiplin pelajar sekolah yang beberapa dekad lalu ianya amat kurang diperkatakan. Apakah ianya berkait rapat dengan soal kasih sayang yang perlu dipupuk diantara tiga penjuru, iaitu ibubapa-anak,guru-pelajar,pelajar-guru-ibubapa? Hal ini sudah semakin kurang diberi penekanan. Saya fikir sudah sampai masanya kementerian,jabatan dan sekolah perlu kembali fokus menumpukan pelajar,masalah pelajar, berbanding guru.

4. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Saya dimaklumkan bahawa kini kementerian telah beralih secara berperingkat bagi menggantikan KBSR kepada KSSR yang kini dijalankan kepada murid-murid tahun 1 dan 2 disekolah rendah. Apa yang difahamkan bahawa KSSR ini dilakukan penilaian tanpa peperiksaan. Sebaliknya dilakukan melalui penilaian berasaskan pelajar dimana penilaian dibuat dan diletakkan band 1-6 mengikut pencapaian pelajar. Dan penetapan pencapaian ini pula akan hanya ditentukan oleh guru-guru subjek. Persoalannya, saya ingin bertanya kepada KPM bahawa, apakah jaminan kementerian bahawa KSSR ini mampu menterjemahkan pencapaian sebenar pelajar? kedua, Apakah jaminan kementerian bahawa penilaian ini, ianya standard bagi semua sekolah, daerah,negeri? atau mengikut guru sahaja? ketiga, Apakah pula kementerian sudah pastikan bahawa guru-guru yang terlibat ini sudah benar-benar faham akan pelaksanaannya? mengikut apa yang saya baca dalam akhbar, memetik daripada En.Hashim Adnan, Presiden NUTP bahawa beliau bimbang kerana KSSR ini mengelirukan dan guru-guru juga masih belum faham sepenuhnya tentang pelaksanaan kurikulum ini. jadi jika ini benar berlaku, apakah kita boleh sandarkan kepada KSSR ini untuk jaminan bahawa anak-anak didik benar-benar faham dan cemerlang? malang sekali jika akhirnya bertindak sebagai eksperimen semata-mata dan bila 4-5 tahun akan datang, timbul pula bahawa kurikulum ini tidak sesuai dan sebagainya. Maka timbullah pelbagai pandangan dan kritikan. Harapan saya bahawa ianya tidak begitu. Insya Allah.

Akhir sekali, saya berharap bahawa sistem pendidikan nasional perlu disusun supaya ianya memberi impak besar kepada rakyat dan 'permata negara'(anak didik) dengan menyiapkan anak-anak ini budaya kreatif dan inovatif dan semoga ianya menjadi realiti. Selain itu juga, segala dasar dan sistem yang hendak digubal disarankan supaya ianya juga perlu seiring dengan dasar di KPTM bagi memudahkan anak-anak ini memeta laluan hidup masing-masing. Sekian, terima kasih.

Akmal,
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages