http://www.impianwarisan.com
SEJAK dulu lagi tak henti-henti saya menyeru mengatakan
bahawa MLM adalah sama saja dengan perniagaan lain. Ia memakan masa
untuk dibina. Misi anda ialah membina dan ia memerlukan kesabaran
kerana tidak ada yang segera dalam pembinaan.Yang nak cepat, yang
tidak sabar, sebagaimana biasa akan terkeluar dari perniagaan.Dan
sejak dulu lagi saya perhatikan ramai yang tidak sabar, nak cepat, nak
kaya cepat di dalam MLM. Sebab itulah anda tak perlu hairan bila
melihat lebih ramai yang kecewa,yang gagal di dalam industri ini,
kerana memang tidak ada yang cepat di dalam MLM.Baru-baru ini saya
bertemu beberapa rakan-rakan jutawan yang memperolehi kekayaan hasil
dari mengusahakan MLM. Kemudian saya bandingkan dengan usahawan-
usahawan perniagaan lain.
Memang benar, ada persamaan. Kebanyakan mereka yang
bergelar jutawan itu mengusahakan MLM sudah melebihi 10 tahun. Mereka
membina asas yang kukuh, setingkat demi setingkat.Pengakhiran sama
penting dengan permulaan. Jangan mulakan MLM dengan harapan untuk
mendapat kekayaan, kejayaan segera. Pasti anda tidak akan menemuinya.
Sumber dari : RAZZI ARMANSUR
http://www.impianwarisan.com