SI KATAK DALAM TELAGA BUTA

16 views
Skip to first unread message

Fatin

unread,
Jul 14, 2008, 4:37:04 AM7/14/08
to mydesquera
http://mydesquera2u.blogspot.com/

Seekor katak telah terjatuh ke dalam telaga buta yang
tidak dalam menurut pandangan manusia tetapi cukup dalam dari sudut
pandangan katak.Si katak itu terkejut bila mendapati bukan dirinya
seorang berada di
dalam telaga buta tersebut. Ada banyak katak lain yang terperangkap di
dalam telaga buta tersebut.Beberapa ekor katak datang mendekati
dirinya untuk bertanya khabar tentang dunia luar telaga buta tersebut.
Si Katak tersebut hanya mengangguk dan tersenyum sahaja kerana di
fikirannya ada rancangan lain iaitu nak melompat keluar dari telaga
tersebut, tidak mahu selamanya terkurung di dalam telaga tersebut.
“Tak payahlah kamu mencubanya, kami dah lebih dulu
banyak kali mencuba, gagal dan kekal di dalam telaga ini.” Katak tua
itu seolah-olah dapat membaca fikiran Si Katak tadi.Si Katak itu hanya
senyum dan terus memulakan lompatan untuk keluar dari telaga itu.
Lompat, melompat, melompat, berterusan tanpa penat, tanpa henti. Katak-
katak lain mula bising di bawahnya.
“Sudahlah, cukuplah... jangan buang masa, jangan cari
pasal, jangan cari penat...” Beramai-ramai kata-katak tersebut bising
menyuruh berhenti. Dengan sorakan, larangan tersebut, semakin tinggi
loncatannya.Akhirnya, Si Katak itu berjaya dengan lompatannya. Ia
melompat sekuatkuat hatinya dan berjaya keluar dari telaga tersebut.
Katak itu pun melambai mengucapkan selamat tinggal kepada katak katak
lain yang terpinga-pinga di dalam telaga tersebut.
Bagaimana Si Katak tersebut berjaya melompat keluar?
Kerana sokongan padu dari kata-katak lain. Katak tersebut sebenarnya
pekak, menyangka larangan dari katak-katak lain sebagai sorakan,
sokongan dan galakan.

MORAL: Persepsi. Anda berkuasa menukar persepsi suasana
sekeliling.Kalau suasana menentang anda, ia boleh ditukar, dianggap
sebagai menyokong anda. Ada masanya anda perlu ‘memekakkan’ telinga.
Anda mempunyai kuasa dan hak.

http://mydesquera2u.blogspot.com/



Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages