KISAH GAGAK YANG TERPEDAYA

10 views
Skip to first unread message

Fatin

unread,
Jun 18, 2008, 4:11:12 AM6/18/08
to mydesquera
http://www.impianwarisan.com

Pada suatu hari sedang burung gagak mencari makan di atas
tanah terlihatlah ia seekor ayam yang juga sedang mencari makan di
atas tanah. Gagak mendekatinya dan bertanya, “Dah lama aku perhatikan
kamu. Sebenarnya aku teringin nak berjalan seperti kamu. Aku tak suka
cara aku berjalan ini. Berjingkit-jingkit.” Ayam setuju untuk
mengajar. Selama beberapa hari gagak belajar berjalan seperti ayam.
Genap seminggu ia belajar, sudah mula putus asa. “Ayam, rasa tak
bolehlah. Tak menjadi usaha kita.”
Sebenarnya Si Gagak sudah tertarik dengan cara Ayam
Belanda berjalan yang kelihatan lebih tenang. Setelah menyatakan
hasratnya, Si Gagak pun belajar selama seminggu. “Terima kasih.
Cukuplah sampai di sini. Tak
berhasil nampaknya usaha saya ini.” Kata Si Gagak. Si Gagak tertarik
pula dengan cara burung Merak berjalan yang begitu anggun dan sopan.
Seperti sebelumnya Si Gagak pun belajar dengan tekun hanya pada mula-
mula sebelum mula berputus asa, “Nampaknya aku akan kekal berjalan
seperti burung gagak. Sudah 3 guru mengajarku, namun masih gagal.”
Gagak pun terbang kembali kepada keluarga gagak .
Keluarga gagak yang besar itu memandang pelik kepada Si Gagak. Mereka
kemudian menghalau Si Gagak keluar dari kumpulan kerana Si Gagak itu
berjalan tidak seperti burung gagak sebaliknya gabungan cara berjalan
gagak, ayam, ayam belanda, burung merak.


Moral: Anda boleh kehilangan identiti sendiri jika mudah terpedaya.
Kesetiaan akan lebih menyerlahkan potensi.



http://www.impianwarisan.com
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages