http://www.impianwarisan.com
Sudah bertahun tukang kebun itu mengandar bekas air di kanan
kiri bahunya menggunakan kayu, melalui lorong yang dipenuhi dengan
pokok-pokok bunga dikanan kiri lorong. Saban pagi tukang kebun itu
akan melalui lorong itu setelah mengambil air dari sungai yang
berhampiran untuk dibawa masuk ke dalam rumah tuannya.
Salah satu bekas air yang besar dan berat itu telah lama
bocor, akan tetapi tukang kebun itu asyik terlupa saja untuk
menampalnya. “Ah kecil saja bocor ini. Nanti bila dah tak boleh pakai,
buang sajalah. Sementara ini pakailah terus.” Kata tukang kebun
itu.Bocor tersebut makin lama makin besar. Tukang kebun itu baru saja
hendak bersuara meminta bekas air yang baru dari tuannya, barulah dia
menyedari sesuatu.
Barulah pada hari tersebut tukang kebun itu menyedari pokok-
pokok bunga di kanan kiri lorong lebih subur, lebih menghijau
berbanding tahun lepas. Lama dia memikirkan sebabnya barulah menyedari
air yang mengalir keluar akibat kebocoran bekas air telah menyirami
pokok-pokok bunga di kanan dan kiri lorong.
MORAL: Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Manusia yang
zahirnya dianggap kurang, tidak berguna, tetap ada kelebihan yang
tersembunyi.
MUTIARA KATA :
Jangan tunggu esok, jika boleh dibuat pada hari ini. [Saidina Ali
Karamullah]
Dengan siapa anda bergaul sekarang , itulah gambaran masa depan anda
[Kata Bijaksana]
http://www.impianwarisan.com