AYAM SELAMANYA

1 view
Skip to first unread message

Fatin

unread,
Apr 3, 2008, 12:18:26 AM4/3/08
to mydesquera


CERITA ini dipadankan dari buku kedua karya Idris Mohd Said
-- MAHKOTA KEJAYAAN. Kisahnya bermula bila telur burung helang
diletakkan bersama telur ayam dibawah ibu ayam yang sedang mengeram.
Sampai masa, telur burung helang itu menetas. "Emak!" -itulah
perkataan pertama yang keluar dari mulut anak helang

bila pertama kali melihat 'ibu'nya. Membesarlah anak helang itu
bersama anak-anak ayam lain.Ibu ayam itu tidak pernah membezakan kasih
sayangnya terhadap anak helang itu walaupun agak berbeza penampilannya
berbanding anak-anak yang lain. Kini anak helang itu sudah besar.
Sebagaimana lazimnya ayam yang sudah besar boleh'terbang' pada jarak
yang dekat, begitu jugalah dengan helang tersebut.Pada suatu hari
terlihatlah burung helang sedang terbang di udara dengan hebatnya.
Anak helang itu kagum melihat cantik dan hebatnya burung helang itu
terbang melayang-layang.

"Apa tu Mak?" Tanya anak helang.

"Oh, itulah burung helang."Jawab emaknya. "Burung itu memang
ditakdirkan boleh terbang tinggi di udara, bukan macam kita. Kita
ditakdirkan hidup di atas tanah." Anak helang itu mengangguk faham.
Mulai hari itu setiap kali ternampak burung helang terbang melayang-
layang di udara, anak helang itu memerhatikan dari tanah dengan kagum.




MORAL: Potensi diri boleh terkurung akibat pendidikan yang diterima
dari suasana sekeliling.







Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages