BUAT ? BUAT APA?

0 views
Skip to first unread message

Fatin

unread,
Apr 16, 2008, 3:51:52 AM4/16/08
to mydesquera
http://www.impianwarisan.com

SAYA tak tahu sama ada anda kerap mengalaminya. Bila
bertemu kawan lama, pertanyaan yang lazim ialah, "Buat apa
sekarang?"atau "Masih buat X?" Pertanyaan itu seolah-olah
mempertikaikan pekerjaan kita sekarang, atau mungkin memandang rendah,
atau menganggap pekerjaan kita tidak stabil, boleh bertukar-tukar.Yang
peliknya, bila bertemu doktor, guru atau kerani misalnya, tidak pula
terdengar pertanyaan, "Masih jadi doktor?" atau "Doktor apa sekarang?
Doktor ayam?"
Dan pertanyaan seumpamanya memang begitu galak sekali di
dalam MLM. Soalan lazim dan hampir kepada wajib, "Masih buat syarikat
X?" atau "Masih buat MLM?" Biasa ditanya begitu? Soalnya mengapa?
Mengapa seolah-olah MLM ini dianggap sebagai usaha yang sementara?
Seolah-olah usaha MLM ini tidak pernah stabil?
Seandainya, sejak dulu lagi mereka yang mengusahakan MLM
tidak hanya memfokus kepada wang; seandainya MLM tidak hanya dikaitkan
dengan ceramah Motivasi, seandainya mengusahakan MLM sama seperti
mengusahakan perniagaan lain, beretika -- pasti tidak akan ada
pertanyaan yang mempertikaikan itu.Bukankah sekarang masanya kita
mengubah cara dan budaya kita untuk generasi akan datang, untuk
industri ini keseluruhannya. Sekaranglah masanya untuk menjadi
USAHAWAN MLM YANG CEMERLANG, bukan pemain
sarkis.
Ada perbezaan yang amat ketara antara Usahawan MLM dengan
'pemain sarkis'.


http://www.impianwarisan.com

SUMBER >> RAZZI ARMANSUR


Fatin

unread,
Apr 16, 2008, 3:53:32 AM4/16/08
to mydesquera
SUMBER >> RAZZI ARMANSUR
http://www.impianwarisan.com

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages