BEKERJA RAPAT

1 view
Skip to first unread message

Fatin

unread,
Apr 13, 2008, 11:34:17 PM4/13/08
to mydesquera

http://www.impianwarisan.com

DALAM setiap ceramah saya, akan saya memperingatkan diri saya
sendiri dan usahawan usahawan DESQUERA supaya bekerja rapat antara
penaja dengan tajaan. Penaja dan tajaan adalah ibarat rakan kongsi
yang menentukan perjalanan sesebuah perniagaan. Perlu diingat, banyak
perniagaan yang maju dengan berkat kerjasama rakan kongsi. Jangan juga
lupa, begitu banyak perniagaan yang berkecai kerana rakan kongsi.
Memang, perkongsian ada kebaikan dan keburukan. Kita cari kebaikannya
dan sentiasa berwaspada dengan keburukan yang ada bersama kebaikan.
Dengan itu jangan sekali-kali menganggap penaja dan tajaan
sebagai "orang bawah, orang atas". Anggap sebagai rakan kongsi yang
bersama sama mencorakkan perniagaan, bekerjasama untuk kejayaan
bersama. Selain dari itu, amat penting sekali perasaan saling hormat
menghormati untuk mengekalkan keharmonian usahasama rakan kongsi
tersebut. Kata bijaksana, "Dua kepala lebih baik dari satu." Kata-kata
ini benar jika ditambah, "hanya jika harmoni." Tanpa keharmonian tak
akan rakan kongsi dapat bekerja rapat sebaliknya boleh mencipta
suasana permusuhan.
Dengan harmoni, barulah dapat bekerjasama, bekerja dengan
rapat, saling bantu-membantu yang akhirnya menghasilkan kejayaan yang
berpanjangan. Bukankah itu tujuan anda menyertai DESQUERA?
Saling memerlukan, itulah sebenarnya rahsia untuk harmoni, kerjasama
dan kejayaan. Ada perasaan memerlukan kehadiran rakan kongsi anda
untuk sama-sama membina kejayaan bersama DESQUERA. Tidak ada kejayaan
individu di dunia ini. Anda sentiasa memerlukan manusia lain untuk
menjana kejayaan. Anda perlu bekerja rapat dengan rakan kongsi anda.


Idris Mohd Said
Pengarah Urusan
DESQUERA WORLDWIDE SDN BHD


http://www.impianwarisan.com
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages