http://www.impianwarisan.com
SELANGKAH atau beberapa langkah di hadapan. DESQUERA sekali
lagi menjadi syarikat MLM pertama di Malaysia yang menjadikan ilmu
sebagai produk utama.Walaupun langkah ini mendapat kritikan, namun
hasilnya amat menakjubkan. DESQUERA telah pun memasarkan buku SENTUHAN
EMAS dan MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM dengan jayanya.
DESQUERA percaya, ilmu sememangnya boleh dijadikan produk
utama dan berazam untuk menerbitkan puluhan judul buku lagi dalam masa
terdekat.
SUASANA DI HQ SETIAP HARI
SETIAP hari terutamanya pada sebelah malam, ibu pejabat
DESQUERA sentiasa sibuk. Usahawan DESQUERA datang ke sini sama ada
hendak bermesyuarat, memesan produk, menyemak pencapaian bonus,
membuat perancangan dan sebagainya. Suasana meriah begitu sukar untuk
dilihat pada syarikat-syarikat MLM yang baru saja beroperasi. Mereka
yang datang terdiri dari berbagai lapisan. Ada yang baru saja
mengenali MLM dan ada yang telah sekian lama berkecimpung di dalam
MLM.
http://www.impianwarisan.com