Fatin
unread,Feb 20, 2008, 10:13:04 PM2/20/08Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to mydesquera
Anda telah mengetahui begitu banyak kebaikan dan potensi perolehan
anda yang tersedia untuk anda di dalam desquera. Jika anda tidak
mengambilnya, orang lain yang percaya dan gigih akan mengambilnya.
Semenjak MLM wujud di Malaysia (1976),jumlah wang yang diperolehi dari
MLM, angkanya mencecah puluhan billion ringgit.tidakkah anda akan
hanya berputih mata melihat orang lain mengaut wang dan kejayaan tanpa
henti dari MLM.
"Jikalau bukan sekarang,bila lagi?"Belum terlambat kerana
diDesquera,peluang sentiasa terbuka.Jika sekiranya 5 tahun lepas.anda
menyesali hari ini:bagaimana 5 tahun akan datang jika hari ini anda
masih lagi seperti 5 tahun lepas?Anda akan mendapat apa yang anda
dapat,jika melakukan apa yang yang selalu anda lakukan.
Sesalan tidak mendatangkan wang dan kejayan.Tindakan yang menghasilkan
wang dan kejayaan.
TINDAKAN DARI CAKAP.
Tindakan 'bercakap' lebih kuat dari cakap.Cakap-cakap tidak pernah
mendatangkan kesenangan sebaliknya hanya mendatangkan
kesusahan.Kejayaan di dalam desquera menghendaki bertindak bukan
bercakap-cakap.
Anda boleh bercakap sepanjang hari,tidak ada sesiapa yang
melarang.Duduk-duduk, sembang-sembang,cakap-cakap di lobi pejabat atau
diaman-mana setiap hari tetapi soalnya adakah cakap-cakap,sembang-
sembang itu boleh mendatangkan wang?.
Tindakan yang menjadikan bonus anda bertambah,jaringan anda makin
melebar;kehidupan anda akan berubah ke arah kebaikan. Ini kerana
bercakap mengenai wang tidak menghasilkan wang.Tindakan yang mengubah
segala-galanya.Buktinya perhatikan dan semak sendiri kehidupan atau
apa saja yang dialami hari ini adalah hasil tindakan pada masa
lalu.Apakah yang menghalang anda daripada melakukan tindakan;
-Tidak tahu di mana hendak bermula:Setiap suatu pekerjaan ada langkah
pertama dan ada kali pertama.Tuliskan apa yang perlu anda lakukan
kemudian buat pilihan,yang mana satukah yang mesti didahulukan dan
dijadikan langkah pertama. Jilka masih lagi ragu-ragu,gunakan 'teknik
modeling'bersama penaja atau upline anda.
-Tidak percaya boleh mencapai kejayaan berdasarkan kedudukan anda
sekarang,memanglah ia sukar dipercayai.Mulakan dengan impian yang
kecil terlebih dahulu.Mulakan dengan impian yang anda percaya 100%
bahawa anda mampu dan boleh mencapainya.Selagi tidak percaya tidak
akan ada langkah pertama.
-Tidak menjaga pergaulan: Dipercayai inilah yang paling utama iaitu
terpengaruh akibat bergaul dengan orang menjadikan cakap-cakap,sembang-
sembang sebagai gaya hidup.Selagi rapat dengan mereka selagi itulah
akan terus terpengaruh dan terpedaya.Jauhkan diri dari mereka.Tidak
ada untungnya bergaul rapat dengan mereka.Tidak ada untungnya bergaul
rapat dengan mereka bahkan boleh merosakkan kehdupan anda.Sebaiknya
tanpa ragu-ragu tinggalkan dan hindari mereka kemudian mulakan
pergaulan dan bergaul rapat dengan mereka yang rajin dan dinamik.
-Mengaitkan keadaan masa lalu:Jika pada masa lalu pernah gagal di
dalam MLM kemudian dikaitkan dengan usaha di dalam Desquera,maka bukan
hanya di Desquera,bahkan dimana-mana syarikat MLM pun akan mengalami
kegagalan.Kegagalan masa lalu tidak ada kaitan dengan usaha hari
ini.Sebaik-baiknya ubah perspektif-kaitkan dengan kejayaan masa
lalu.Hanya,jika anda mengaitkan dengan kejayaan masa lalu,barulah akan
ada tindakan ke arah kejayaan.
DIMULAKAN DENGAN KEINGINAN
-Segala rupa pencapaian didunia ini adalah dimulakan dengan keinginan.
Pencapaian impian di Desquera pun dimulakan dengan impian.Kekal ia
sebagai impian atau angan-angan jika tidak ada keinginan untuk
mencapainya.
> Menumpukan pandangan dan pendengaran kepada mereka yang berjaya
didalam MLM dan juga Desquera boleh menjadikan anda berkeinginan.
> Bergaul rapat dengan orang-orang yang berjaya di dalam MLM dan
Desquera juga menguatkan keinginan anda.
> Membaca kisah-kisah kejayaan orang yang berjaya(bukan sahaja MLM)
juga menjadikan anda mempunyai keinginan yang kuat.
> Sentiasa mengingati impian (sehingga berkali-kali dalam sehari)
juga menjadikan keinginan semakin hari semakin kuat.
-Keinginan hanya pembuka sahaja.Ia mestilah di tukar menjadi
keperluan,barulah tidak ada sebarang alasan untuk tidak bergerak
mencapai impian.
-Bagaimana menukar impian kepada keperluan?Ini sebahagian dari
caranya:
> Anggap anda bergantung harap kepada impian anda itu.Tidak ada cara
lain untuk mencapai impian anda selain melaksanakan segera Pelan
Pemasaran Impian Warisan.
> Menambah kekerapan mengingati impian anda yang mahu dicapai
berlandaskan Desquera.Kalau dulu 10 kali sehari,tambahkan sehingga
50,100 kali sehari.Anda akan merasakan sendiri ia bukan lagi
keinginan sebaliknya ia adalah keperluan,anda tidak mempunyai
sebarang alasan untuk tidak segera mencapai impian anda.
> Anggap anda telah pun mencapai impian anda itu.Jangan sekali-kali
anggap anda sedang berusaha untuk mencapainya,sebaliknya anggap
telah pun berada'dalam genggaman'.
SET BOLEH
-Fizikal dan mental kita boleh diprogram mengikut kehendak
kita.Apabila kita set kepada boleh,maka kita akan berusaha supaya ia
boleh dijayakan.Oleh kerana ada pilihan,boleh atau tidak
boleh,bukankah lebih baik anda set kepada boleh?
> Jikalau set kepada boleh,sudah tentu langkah dan usaha anda
dihalakan kepada boleh semata-mata.Anda menjadi yakin boleh dan dapat
mencapai impian berbanding jikalau anda set kepada tidak boleh.
> Sekiranya berbelah bagi antara boleh dengan tidak boleh,segera
matikan perasaan itu dan bertanya,"Kalau tak boleh apa yang akan saya
dapat?" Dan seterusnya,"kalau boleh pula,apa yang akan saya dapat?"
-Manusia memang dilahirkan dengan'Potensi boleh' tetapi manusia
sendiri yang selalunya menetapkan'tidak boleh'.
BUAT BAIK DENGAN SEMUA ORANG
-Mungkin ada yang mengatakan "berbuat baik dengan semua orang tidak
ada kena mengena dengan kejayaan bersama Desquera".Tapi orang-orang
yang berjaya didalam apa saja bidang akan mengekalkan sikap "berbuat
baik dengan semua orang."Tidak ada ruginya,bahkan banyak sangat
untungnya.
-Sebaliknya apakah keburukan atau keuntungan yang akan anda perolehi
jika tidak berbuat baik dengan orang?Mana satu menguntungkan anda?
Berkawan atau bermusuh?
-Berhentilah dari membuat dan mencari musuh sebaliknya sentiasa
mencari jalan dan cara untuk menambahkan bilangan sahabat.
KESETIAAN BERSAMA DESQUERA
-Satu lagi contoh didepan mata sejak dari dahulu.Pernahkah anda
melihat:
> Orang yang 'melompat-lompat' didalam MLM.Adakah mereka sukses?
Kalau sukses,berapa l ama bertahan?
> Orang yang setia dalam satu-satu syarikat MLM selagi syarikat
tersebut
bertahan.Adakah mereka sukses?Kalau sukses berapa ama bertahan?
-Cara belajar yang paling murah dan muda ialah belajar dari kesilapan
orang lain walaupun mungkin bukan cara yang tepat.Jadi selalu,contoh
telah tersedia didepan mata boleh dijadikan sumber pembelajaran supaya
anda tidak melakukan kesilapan yang sama.
-Apa pula kesan buruk dari 'melompat-lompat'tanpa henti ini?
Sebahagiannya :
> Menentang arus dari cara sebenar MLM dijalankan.Kerana itulah
sukar untuk sukses.
> Hanya berkehendakkan'wang segera' bukan membina
kejayaan.Sebagaimana yang diketahui,tidak ada istilah'wang segera
di dalam MLM kerana MLM adalah bisnes iaitu bisnes mestilah
dibina.
> Mencemarkan nama baik dan istilah'leader'pemimpin' selayaknya
adalah setia.Lihat kepada contoh didalam politik apa akan jadi
kepada wakil rakyat yang bertukar tukar parti?Layakkah dia mendapat
gelaran pemimpin?
> Merosakkan nama sendiri membuatkan nama menjadi busuk!Akibatnya?
Tidak lagi dipercayai bukan sahaja didalam MLM tapi dalam apa jua
bidang.
-Kesetiaan ada ganjarannya.Kesetiaan ibarat menggali kolam yang
mendalam-tidak akan berganjak selagi belum menemui air.Kesetiaan
bersama Desquera ada ganjarannya tersendiri.
-Ini sebahagian cara untuk setia bersama Desquera:
> Anggap saja Desquera ini syarikat yang pertama dan terakhir untuk
anda.
> Belajar dari sejarah lalu-keburukan melompat-lompat pasti akan
diterima jika mengamalkan tingkah laku buruk itu.
> Menjaga nama adalah komitmen seumur hidup.Janganlah hendaknya diri
sendiri yang merosakkan nama sendiri.Berpindah randah mengusung
tajaan dari satu syarikat ke syarikat lain hanya merosakkan diri
sendiri.
> Percaya bahawa impian anda selama ini boleh dicapai di dalam
Desquerta.Membina kepercayaan bersama Desquera akan menjadikan anda
setia.
> Sekiranya perolehan sekarang sedikit sahaja anda tidak boleh
gunakan alasan untuk melompat.Ini kerana memang itulah sebenarnya apa
saja yang bisnes yang dilakukan termasuk MLM mula-mula sedikit lama-
lama meningkat banyak.
> Semua syarikat MLM,pelan pemasaran adalah sama saja-ada kelebihan
dan ada kekurangan.Jadi apa yang dicari jika sentiasa melompat-lompat
dari satu syarikat MLM ke syarikat lain.