http://mydesquera2u.blogspot.com/
IA PERCUMA sebab itulah tidak dihargai. Seandainya ia
berbayar dan mahal, tentulah ia dihargai. Atau bila ia sudah tiada
lagi barulah ia dihargai. Berapa orangkah yang benar-benar menghargai
air? Tak ramai. Mengapa? Sebab ia murah dan boleh didapati dengan
banyak dan murah. Air akan hanya dihargai bila kemarau dan adanya
catuan.
MASA dan KUALITI adalah percuma. Kerana ia percuma,
tidaklah ramai yang menghargainya. Berapa orang yang sebenarnya
mengisi masa yang diperuntukkan untuk menjalankan perniagaan MLM benar-
benar mengisi masa tersebut? Tak ramai. Berapa orangkah yang mempunyai
jadual harian untuk menjalankan perniagaan MLM dalam masa yang
diperuntukkan? Tak ramai. Berapa orangkah sebenarnya yang berjaya di
dalam MLM? Tak ramai. Mensia-siakan masa yang percuma bermakna mensia-
siakan masa depan. Anda terpaksa “membayar” harga yang tinggi kerana
mensia-siakan masa.
Tidak ramai yang memikirkan dan menerapkan kualiti dalam
kehidupan seharian. Tidak ramai yang bertekad untuk menghasilkan
sesuatu yang berkualiti semasa mengusahakan MLM. Bahkan ramai yang
tidak tahu apa itu sebenarnya kualiti. Bukan tak tahu tetapi tak mahu
tahu.
Masa dan Kualiti tak pernah kekal. Ia boleh pergi begitu
sahaja jika anda tidak menghargainya. Selalunya ia disudahi dengan
sesalan, jika tidak dihargai. SEBAB IA PERCUMA
Dari sumber : Razzi Armansur
http://mydesquera2u.blogspot.com/