KESEJAHTERAAN UNTUK KEJAYAAN

0 views
Skip to first unread message

Fatin

unread,
Feb 22, 2008, 10:56:35 PM2/22/08
to mydesquera
http://www.impianwarisan.com

Kerap terjadi dimana-mana,termasuk di dalam MLM atau rumahtangga yang
porak peranda adalah disebabkan oleh pelbagai-bagai masalah.Pada
mulanya suasana yang harmoni dan sama-sama menuju kejayaan tetapi
keharmonian itu tidak berkekalan.Walau bagaimanapun untuk mengekalkan
keharmonian baik dalam MLM mahupun rumahtangga usaha yang bersungguh-
sungguh dan berterusan adalah amat penting.Selain itu, tidak dapat
dinafikan kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kejayaan
individu tersebut dalam rumahtangganya juga.

5 cara mengeratkan perkahwinan.

Perkahwinan yang harmoni tidak terjadi dengan sendirinya sebaliknya
atas usaha dan komitmen yang berterusan;
1) Elakkan dari tuduh menuduh.
Dalam kehidupan sehari-hari,terutama ketika dalam menyelesaikan
masalah elakkan daripada saling menuding kearah pasangan masing-
masing.

2) Kisah lama telah berkubur.
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan dalam suami
isteri.Apabila timbul perselisihan elakkan daripada menggungkit kisah
lama. Bimbang jikalau kisah-kisah lama tersebut hanya akan mengeruhkan
lagi keadaan.

3) Segera memaafkan.
Ada keajaiban didalam kemaafan.Jadikan kemaafan sebagai
kebiasaan.Pemberian kemaafan bukan sahaja menyelamatkan sesuatu
hubungan malah melahirkan keperibadian yang tinggi bagi individu
berkenaan.

4) Yang remah jangan dihiraukan.
Jangan diperbesarkan perkara-perkara yang remeh.Sayangi masa dan
rumahtangga anda daripada melakukan atau memperbesarkan hal-hal yang
remeh-temeh hingga nanti menyebabkan keburukan dalam rumahtangga.

5) Jangan memgambil kesempatan.
Jangan mengambil kesempatan diatas kekurangan pasangan.Mengambil
kesempatan adalah jalan kepada merintis perpecahan sebaliknya ambil
hati pasangan masing-masing.

Mutiara kata;
- Bila kita hanya menumpukan kepada pintu yang yang tertutup,kita lupa
kepada pintu-pintu lain yang terbuka luas.
-Berkawan dengan si rajin lama-kelamaan menjadi kaya,berkawan dengan
si pemalas lama-kelamaan menjadi pengemis.
-Contohilah lebah,ia makan dari yang baik-baik dan mengeluarkan yang
baik-baik sahaja.
-Cara paling mudah untuk menggembirakan diri sendiri ialah dengan
memberi kegembiraan pada orang lain

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages