http://www.impianwarisan.com
Apa yang kita fikir tentang diri sendiri amat penting. Lebih penting
dari hakikat sebenar. Jika misalnya, saat ini anda belum berjaya,
jangan anggap anda tidak berjaya. Belum dengan tidak adalah berbeza.
Semuanya bergantung kepada anggapan. Jangan sekali-kali menganggap
diri kita kerdil, lemah, tak mampu mencipta kejayaan. Terlalu banyak
bukti-bukti bahawa kita ini adalah insan pilihan. Kita adalah manusia
yang besar, hebat, berpotensi tinggi. Hanya kerana anggapan terhadap
diri sendiri, menjadikan kita berasakan diri kita kerdil dan
seterusnya percaya kita tak akan berjaya dalam apa saja bidang.
Bukan maksud kita untuk meninggi atau bermegah. Itu dilarang
dalam Islam. Tetapi, kalau kita menganggap diri kita ini kerdil dan
tidak mampu, itu maknanya mensia-siakan anugerah Allah SWT. Kita
manusia diberi kehebatan diri yang sangat hebat! Kita adalah sebaik-
baik makhluk dan semestinya menggunakan kelebihan
ini untuk membina kejayaan cemerlang, bukan menjuruskan diri kepada
kegagalan.
Saya manusia besar, anda manusia besar yang harus malu pada
diri sendiri jika kehebatan dan kebesaran diri itu digunakan untuk
meneroka kegagalan. Sia-sia saja Allah SWT menjadikan diri kita ini
manusia serba hebat, serba besar. Inilah yang akan saya serapkan dalam
latihan atau seminar AKTIFKAN BIG-i. Selama 1 jam saya
akan menjelaskan dengan tepat fungsi minda bawah sedar, minda sedar
dan fizikal juga bagaimana menggabungkan ketiga-tiganya untuk
mengaktifkan kekuatan, kebesaran diri bagi mencapai apa saja kejayaan
yang menjadi idaman.
Mahukah anda menghadirkan diri? Hanya 1 jam sahaja!
http://www.impianwarisan.com