http://www.mydesquera.com/blog
OLEH kerana tumpuan utama DESQUERA adalah pengguna dan
usahawan yang bernaung bersama, maka, sejak dibuka kepada umum,
DESQUERA sentiasa melakukan perubahan demi perubahan. Semua dilakukan
untuk keuntungan usahawan dan pelanggan.Beberapa produk baru
diperkenalkan seiring dengan pertambahan usahawan dan pengguna yang
semakin mendadak. Pelan kemajuan DESQUERA sentiasa dibincangkan di
kalangan lembaga pengarah demi untuk kemajuan.
Tingkat atas ibu pejabat DESQUERA sedang diubahsuai untuk
dijadikan dewan mesyuarat yang besar,mampu memuatkan 200 usahawan dan
bakal usahawan dalam satu-satu masa. Perancangan juga sedang
dilaksanakan bagi memastikan WISMA DESQUERA dibina dalam tempoh 2
tahun lagi bagi menempatkan ibu pejabat pengurusan, dewan-dewan
mesyuarat, institute MLM, ruang legar, kafeteria, ruang
pameran.DESQUERA yang tiba-tiba menjadi sebut-sebutan ini akan
sentiasa memikirkan dan melaksanakan perubahan selagi ia membawa
kebaikan dan keuntungan kepada usahawan,bakal usahawan dan pelanggan
yang bernaung.
SAYA dan isteri saya, Nur Haslinda seakan menentang arus
bila kami berura-ura hendak menubuhkan DESQUERA WORLDWIDE. Baru saja
berura-ura sudah banyak komen dan tentangan dari berbagai pihak yang
negatif, terutamanya mereka yang rapat dengan kami.Bila memulakan
langkah pertama mewujudkan DESQUERA, makin rancak tentangannya. Mereka
lupa, saya ini bekas tentera -- segala yang teruk telah saya alami
terlebih dahulu. Latihan yang saya perolehi adalah mudah sekali --
semakin ditentang semakin maju, ibarat layang-layang naik ke udara
kerana menentang angin, bukan mengikut angin. DESQUERA ditubuhkan
bukan untuk kepentingan diri sendiri. Ia adalah global, untuk industri
MLM di Malaysia khasnya. Kalau hanya memikirkan kepentingan sendiri,
kami berdua lebih selesa menjadi “player” sahaja di dalam industri
ini.
Kita di DESQUERA ingin membina budaya sendiri, budaya
yang mungkin sedikit berbeza dari syarikat MLM lain. Dan kita begitu
menyayangi industri MLM ini, mahu melihat industri ini kekal sehingga
ke anak cucu. Usaha kita adalah untuk mengekalkan bukan merosakkan.
Anda, siapa saja, pasti akan sentiasa menerima tentangan, halangan,
kritik dan sebagainya. Hanya perlu bertanya kepada diri sendiri, “Ke
mana saya akan sampai jika tunduk kepada tentangan, halangan,
kritikan.”
http://www.mydesquera.com/blog