Jangan Sesekali Lepaskan Perempuan Sial Itu!
Oleh Lebah
Kota
Selalunya penulis menulis agar Saiful Bukhari Azlan diberikan
peluang
untuk menuntut keadilan bagi dirinya yang mendakwa diliwat oleh
Ketua
Pembangkang negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kali ini, penulis
mahu menulis mengenai nasib malang Syafia Humairah
Sahari, anak kecil berusia
3 tahun mati dibelasah manusia sial di
Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat
Batang Kali, beberapa hari lalu.
Setakat ini, ramai yang tahu bahawa
lahanat yang membunuh anak kecil itu
adalah seorang pemandu teksi yang juga
teman lelaki ibu kanak-kanak
berkenaan.
Dikenali dengan nama Abang Mat di
kampungnya dan dikatakan kononnya
seorang yang panas baran.
Tahukah
bagaimana dia membunuh kanak-kanak itu?
Dengan memijak perutnya sambil
memakai but bolasepak... .
Sebelum itu dia menyuruh budak itu mengambil
bola dan bila budak itu
peluk bola berkenaan, dia sepak bola itu sekali
dengan anak kecil itu.
Kemudian diangkat anak malang itu dengan sebelah
tangan dan dicampak ke
atas padang.
Paling menyayat hati...anak itu
tidak menangis pun ketika diperlakuan
demikian.... mungkin sejak kecil dia
didera seperti haiwan hingga akal
dan mentalnya sudah rosak walaupun baru
berusia 3 tahun.
Sudah dibunuh, ditinggalkan di hospital macam bangkai
binatang.
Demi Allah...Lebah Kota yang juga seorang bapa menahan air mata
semasa
menulis bagaimana babi itu membunuh kanak-kanak berkenaan.
Doa
penulis biarlah dia mati di tali gantung.
Namun, di sini, penulis juga
hendak menulis dan menggesa jika ada
pegawai polis berpangkat tinggi yang
membaca tulisan ini....tolong
jangan bersimpati dan melepaskan ibu
kanak-kanak malang itu.
Ini kerana, menurut banyak saksi, ibunya juga
terbabit mendera anak
berkenaan selama ini.
Cuma ketika kejadian di
mana pukulan yang membawa maut itu berlaku
sahaja kebetulan ibunya tidak
hadir.
Tetapi selama ini jalang berkenaan dan teman lelakinya
bersama-sama
mendera Syafia Humairah.
Kalau kita mahukan keadilan
untuk anak kecil itu, kita semua harus
bersatu dan menyeru agar wanita sial
itu juga dikenakan tindakan.
Ingin tahu serba sedikit latar belakang
perempuan sial terbabit?
Suaminya bekas polis berpangkat Sarjan yang ditahan
di penjara kerana
kesalahan membunuh. Dia tidak pernah diceraikan oleh
suaminya itu.
Jadi secara teknikal, dia masih isteri orang.
Nyata dia
curang bersama pemandu teksi itu, dasar perempuan low
class...apakah Jabatan
Agama Islam Selangor hanya akan membutakan mata
dalam hal ini?
Wanita itu
sudah memiliki seorang anak luar nikah berusia setahun 6
bulan bersama
pemandu teksi berkenaan.
Dan ingin tahu lagi....seorang lagi anak luar
nikah sedang membesar
dalam perutnya dan akan lahir ke dunia dalam masa
beberapa bulan lagi.
Dalam hal anak luar nikah ini, Lebah Kota tidak ada
marah atau benci
kepada mereka. Walaupun status anak luar nikah...tetapi
bukan salah
mereka dilahirkan ke dunia ini.
Salahnya adalah ibu sial dan
teman lelaki babinya itu.
Lebah Kota tidak nampak sebab mengapa wanita
itu tidak ditahan sehingga
kini dan didakwa?
Pandai dia berlakon
pengsan bila mendapat tahu anaknya itu
mati....pastinya pengsan bukan kerana
sayang, tetapi kerana takut
mengelupur dengan tindakan polis menyiasat kes
berkenaan.
Pandai dia berlakon mengalirkan air mata di tanah
perkuburan.
Tengok dalam Buletin Utama, memang nyata sekali ibu sial itu
berlakon
ketika berada di rumah mayat dan tanah perkuburan.
Mengapa
dalam hal-hal begini kerap kali ibu kanak-kanak yang didedera
akan menjadi
yang pertama sekali dilepaskan?
Bukankah mereka ini selalunya tahu anak
mereka didera tetapi hanya
mendiamkan sahaja. Batang balak mereka lebih
berharga daripada nyawa
anak sendiri agaknya!
Malang sungguh nasib
Syafia Humairah kerana dilahirkan dalam keluarga di
mana bapa kandung mereput
dalam penjara, ibu bersekedudukan dengan
pemandu teksi yang merasa dirinya
macho dengan membelasah kanak-kanak
yang tidak berdaya melawan
balik....
Apa punya keluarga ini? Apa yang mak bapak perempuan sial itu
buat
apabila tahu cucu mereka sedang didera selama ini?
Mak bapak
macam mana yang bagi anak perempuan menyundal sampai ada anak
haram dan satu
kampung tahu?
Mak bapak jenis ini tak guna dan sepatutnya dah lama bunuh
diri dengan
terjun bangunan atau minum racun.
Kalau perkara seperti
ini berlaku dalam masyarakat India....laju sahaja
kita akan beri label
pariah....berlaku dalam masyarakat Melayu Islam nak
kata apa pulak....pariah
Melayu?
Semua orang ada dosa dalam kematian anak kecil itu.
Baik ibu
bapa wanita berkenaan, masyarakat sekeliling, kerajaan dan
sebagainya..
.
Penulis dan anda yang membaca pun berdosa dalam hal ini....jika
kita
membiarkan ibu kanak-kanak itu yang secara tidak langsung
bersubahat
dalam kejadian berkenaan terlepas daripada dosanya yang tidak
terampun
itu.
Kalau anda seorang penulis blog, buatlah jasa dengan menulis
entri yang
mendesak agar wanita lahanat itu pun diambil setegas-tegas
tindakan.
Mungkin ia akan berjaya.
Kalau tepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi.... kalau ibunya tidak
menyumbang mungkin kejadian seperti itu
dapat dielakkan.
Keadilan untuk sekujur tubuh kecil yang dikebumikan
semalam perlu kita
perjuang dan ketengahkan juga.
***Beberapa jam
selepas penulis habis menulis rencana ini, seorang rakan
memberitahu
perempuan sial itu kemungkinan besar akan ditahan polis pagi
ini (Ahad - 28
Feb).
--
Untuk berhenti melanggan, hantar e-mel kepada
mrsmpc9798-...@googlegroups.com
Untuk lebih pilihan, lawati kumpulan ini di
http://groups.google.com.my/group/mrsmpc9798?hl=en
Untuk lain-lain pilihan, lawati kumpulan ini di
http://fly.to/mafiapc
http://picasaweb.google.com/mrsmpc9798
:-)
Bersama Meriahkan Fantasy Football MRSMPC 9798
ID: MRSMPC9798 LEAGUE
On Wednesday, March 3, 2010, <Ahmad.Syaz...@akersolutions.com> wrote:
>
>
>
>
>
> betul2..
> tp yg confirm, yg jantan tue mmg binatang
> !!
>
>
>
kes ni sepatutnya takleh lepas...dah la dera budak sampai meninggal...pastu bersekedudukan plak tuh...kalau terlepas la pompuan ngan laki tu tobat aku dah tak tau nak kata apa......
|