11.11.2014: Perbahasan Bajet ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon di DUN Pulau Pinang

6 views
Skip to first unread message

Khai Loon Lee

unread,
Nov 11, 2014, 12:05:44 AM11/11/14
to phays...@gmail.com, yee...@gmail.com, BJ Zainulfaqar, chiaming low, ipl...@yahoo.com
Salam Sejahtera dan salam reformasi.

Di sini adalah teks perbahasan bajet saya pada 11 November. 

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Lee Khai Loon

Perbahasan Bajet 2015 ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon pada 11 November 2014 (Selasa) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang

 

Terima kasih kepada Dato’ Yang Di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Enakmen bagi pembekalan dan anggaran pembangunan bagi tahun 2015 yang telah berjaya dibentangkan oleh YAB Ketua Menteri pada hari Jumaat yang lepas.

 

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tingginya tahniah dan syabas kepada YAB Ketua Menteri yang telah berjaya membentangkan Bajet 2015 yang merangkumi pelbagai aspek penting khasnya dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di Pulau Pinang.

 

Sementara kita meneliti Bajet 2015 yang telah dibentangkan, saya juga ingin sentuh tentang beberapa perkara penting yang telah dikemukakan dalam Bajet 2014 tetapi tiada perlaksanaan yang lengkap atau belum dilaksanakan:-

 

a.     Cadangan pelebaran Jalan Bukit Minyak – Alma dengan jangkaan peruntukan sebanyak RM15 juta telah dikemukakan sejak 2013 tetapi sehingga kini hanya dalam peringkat pengambilan balik tanah sahaja.

b.    Program Ibu Emas yang telah dilancarkan sejak awal tahun ini juga belum dilaksanakan. Ramai suri rumah yang tertanya-tanya bila boleh mendapat RM100 yang telah dijanji oleh kerajaan negeri.

c.     Pusat Dialisis CAT di Seberang Jaya yang dicadangkan di Taman Bunga Raya juga belum dijalankan. Permintaan untuk perkhidmatan dialysis yang berpatutan amat tinggi. Selain daripada Pusat Dialisis CAT di Balik Pulau, perlu ada lebih banyak pusat dialysis. 

d.    Peruntukan RM3.5 juta untuk kaum wanita yang berusia 35 tahun ke atas menjalankan program pemeriksaan mammogram percuma juga belum dilaksanakan. Sasaran kerajaan untuk memeriksa 52,000 orang wanita pada tahun 2014 dengan anggaran seramai 40 orang wanita sehari tidak tercapai.

 

 

Menaik taraf jalanraya dan sistem tebatan banjir

-         Laluan Persekutuan 1, Jalan Permatang Tinggi yang hanya selebar 2 lorong amat merbahaya serta kesesakan lalulintas semasa waktu puncak. Pada waktu malam, disebabkan ramai pekerja-pekerja asing yang berbasikal ke tempat kediaman mereka, akibat tiada curb pembahagian jalamBanyak kemalangan telah berlaku sehingga ada yang membawa maut.

-         Jejambat Jalan Rozhan/Jalan Alma-Bukit Minyak amat kritikal memandangkan pembangunan perumahan yang pesat di kawasan sekitar Alma. Tambahan pula dengan dua pusat membeli-belah TESCO dan AEON telah terletak di Jalan Rozhan, maka kesesakan lalulintas semasa waktu puncak amat serius. Sekiranya kerajaan komited untuk menambahbaikan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang, maka jejambut tersebut tidak wajar ditangguh lagi.

 

Memulakan proses rampas tanah

 

Nilai tanah di sekitar Alma telah meningkat secara mendadak. Rancangan kerajaan untuk pengambilan balik tanah untuk kolam takungan banjir yang seluar 8.75ekar masih tidak dapat dijalankan kerana tiada peruntukan yang mencukupi.

 

Sementara menunggu peruntukan, tuan-tuan tanah telah memasukkan permohonan kebenaran merancang khasnya di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti sebagai lokasi yang strategic untuk membina kolam takungan. Dengan undang-undang yang sedia ada, sekiranya kerajaan ingin mewartakan kawasan tersebut sebagai kawasan sensitive alam sekitar, maka proses pengambilan balik tanah perlu dijalankan. Jika tidak, tuan tanah boleh saman kerajaan kerana tidak meluluskan permohonan kebenaran merancang.

 

Selain itu, kerajaan juga perlu mengkaji samada kuasa untuk rampas balik tanah ke atas tanah-tanah hakmilik yang telah melanggari syarat-syarat kegunaan tanah. Misalnya apa yang berlaku di kawasan Alma, terdapat tuan tanah yang telah membiarkan tanah mereka terdedah kepada hujan dan tiada sistem saliran dan takungan air hujan yang lengkap. Keadaan yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan hakisan tanah serta gelodak tanah di kawasan perumahan apabila banjir kilat.

 

Mengikut Seksyen 46 (1) (b) Kanun Tanah Negara, tanah bermilik hendaklah dikembalikan kepada atau diberi hak kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam keadaan warta satu notis di bawah seksyen 130 (iaitu notis yang diterbitkan di dalam membuat satu perintah perampasan oleh Pentadbir Tanah atas alas an-alasan tidak bayar sewa atau pelanggaran syarat).

 

Maka, kerajaan mempunyai kuasa untuk menguatkuasa terhadap mereka yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Untuk mengambil tindakan ke atas tuan tanah yang degil serta enggan mengambil langkah pencegahan gelodak tanah ke orang lain. Kerajaan perlu mengambil tindakan proaktif dan bukannya menunjukkan seolah-olah tiada ada cara untuk mengatasi masalah tersebut.

 

Sekiranya kita tidak berkuasa untuk membekukan permohonan kebenaran merancang, maka kita perlu cari jalan penyelesaian yang lain untuk mengatasi masalah banjir kilat yang jelas disebabkan oleh pembangunan yang tidak terkawal.

 

Badan Bertindak Tebatan Banjir

 

Walaupun peruntukan untuk menangani masalah banjir kilat telah ditambah setiap tahun iaitu kenaikan RM10juta daripada RM13.9 juta ke RM23.9 juta pada tahun 2015, tetapi perlunya kita untuk menangani masalah banjir melalui punca-puncanya.

 

Pelbagai factor yang menyebabkan banjir kilat termasuk pembangunan yang tidak terkawal, sistem saliran tersumbat dan tidak sempurna, tiada pelan induk untuk sistem saliran yang sempurna dan sebagainya.

 

Badan Bertindak Penebatan Banjir KADUN Machang Bubuk telah ditubuhkan selepas bengkel pertama pada bulan 26 April. Pelbagai mesyuarat, dialog dan lawatan tapak telah diadakan untuk mengumpul maklumat, menganalisa masalah yang dihadapi dan mengemukakan cadangan-cadangan kepada pihak yang berkuasa.

 

Anggota-anggota yang terlibat dalam badan bertindak termasuklah wakil-wakil daripada Persatuan Penduduk (RA), Rukun Tetangga (RT), JKKK, MPSP Watch dan SUARAM. Dengan kerjasama dan penglibatan yang aktif badan bertindak, beberapa pencapaian yang memberangsangkan telah dicapai termasuk kelulusan peruntukan RM300 ribu oleh Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir untuk memperbaiki Pintu Air Solar dan PDC di Kuala Juru yang akan menghalang air mengalir masuk apabila air pasang.

 

Selain itu, dialog bersama dengan pegawai MPSP serta diikuti dengan lawatan tapak telah membolehkan pihak kerajaan tempatan lebih mengetahui masalah sebenar tentang banjir kilat yang berlaku. Kebijaksanaan tempatan atau local wisdom tidak patut dipandang remeh temeh. Pandangan dan cadangan daripada penduduk kawasan perlu diambil berat kerana mereka telah lama tinggal di kawasan tersebut malah mengetahui semua laluan air hujan dan halangan yang dihadapi.

 

Kadang-kala, ada segelintir kecil masyarakat yang bersikap negative terhadap keberkesanan Badan Bertindak Penebatan Banjir yang hanya boleh bermesyuarat tanpa tindakan yang konkrit daripada pihak berkuasa atau wakil rakyat kawasan sendiri. Saya ingin menegaskan bahawa proses perundingan, perbincangan serta tindakan bersama di kalangan anggota badan bertindak amat mustahak kerana ia merupakan sebahagian daripada usaha community empowerment.

 

Dengan penglibatan secara langsung oleh wakil rakyat kawasan bersama badan bertindak, banyak masalah dapat dibincang serta dengan cadangan cara penyelesaian. Penduduk kawasan juga lebih prihatin tentang pembangunan baru yang akan dijalankan. Mereka telah mengambil inisiatif untuk memahami pelan rancangan tempatan supaya kawasan perumahan mereka tidak terus dilandai banjir kilat.

 

Meningkatkan Penggunaan Pengangkutan Awam

 

Kerajaan negeri dengan kerjasama bersama Plusliner telah memulakan perkhidmatan bas dari Taman Machang Bubuk ke Plaza Summit, Bukit Mertajam sejak bulan September yang lalu. Walaupun perkhidmatan bas telah disediakan tetapi kadar penggunaan bas masih rendah dan perlu usaha untuk mempromosikan perkhidmatan bas tersebut di sepanjang laluan.

 

Selain daripada masalah promosi yang tidak mencukupi, sistem pengangkutan awam yang tidak cekap dan tidak tepat pada masa telah menyebabkan ramai orang pilih guna kenderaan sendiri untuk mencapai destinasi mereka. Maka, pengangkutan awam yang disediakan telah digunakan oleh pekerja-pekerja asing atau orang berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri.

 

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Padang Kota sudi turun ke padang untuk melancarkan perkhidmatan bas tersebut. Saya berharap projek Mobile App yang dikenali sebagai Penang Intelligence Traffic and Transport System (PiTTs) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri akan mengambil kira kadar kegunaan pengangkutan awam yang rendah di Bukit Mertajam. Semoga apps tersebut dapat mengatasi masalah yang disebut tadi.

 

Kenaikan Sewa Gerai Penjaja di MPSP

 

Berkenaan dengan kenaikan sewa gerai sebanyak 100% ke atas semua penjaja di kawasan pentadbiran MPSP, saya berpendapat bahawa dasar MPSP adalah tidak sesuai dengan masanya. Seperti mana yang kita semua maklum, harga barangan termasuk bahan buatan makanan juga menaik secara berterusan. Masalah inflasi dan kenaikan harga telah membebankan peniaga kecil dan penduduk tempatan. Kenaikan kadar sewa gerai telah menyebabkan keadaan penjaja kecil umpama jatuh ditimpa tangga lagi. Tambahan pula, tahun depan kerajaan persekutuan akan melaksanakan cukai GST, maka harga barangan akan menaik lagi sehingga menyebabkan suasana perniagaan semakin susah.

 

Saya berpendapat bahawa MPSP bukan sahaja tidak patut menaikkan sewa gerai, malahan perlu mengkaji semula langkah-langkah yang boleh membantu peniaga kecil dan penjaja untuk berdepan dengan cabaran yang dihadapi sekarang.

 

Saya faham keperluan dan tanggungjawab MPSP untuk mencari hasil untuk tanggungjawab sosial. Akan tetapi sebagai kerajaan tempatan, kita tidak boleh menganggap penjaja sebagai penyewa semata-mata dan kerajaan tempatan adalah tuan tanah. Hubungan kedua-dua pihak hanya terjalin dengan bayaran sewa sahaja.

 

Saya berpendapat bahawa kita perlu berfikir secara bersama dengan menggabungkan penggunaan ruang awam atau public space dengan penjaja. Kita mendapati bahawa pasar malam, pusat penjaja dan gerai makanan telah menjadikan bandar kita penuh dengan permandangan yang unik. Melalui penjaja, rasa, permandangan dan sentuhan seseorang pelancong tersebut boleh mengenali sesuatu kawasan bandar. Untuk orang tempatan, penjaja telah menjadi satu elemen penting dalam satu komuniti.

 

Dengan kerjasama penduduk-penduduk setempat, kita boleh mengenalpasti ruang-ruang kosong atau tidak dipakai dalam kawasan pentadbiran MPSP. Tempat-tempat yang berdekatan dengan penduduk atau komuniti yang mempunyai keperluan boleh dibangunkan dan diguna oleh penjaja atau peniaga kecil. Dengan kadar sewa yang murah, longgarkan sistem kelulusan lesen akan membolehkan lebih ramai orang, pesara-pesara, suri rumah tangga dan lain-lain dalam komuniti untuk menjaja di kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Keadaan ini akan mewujudkan satu ekonomi komuniti serta model penggunaan yang baru.

 

Di samping itu, pelbagai aktiviti gerai yang bertema khas dan musim tertentu boleh diadakan dengan guna pakai model social enterprise. Dengan cara pengurusan bersama untuk menjalankan aktiviti tersebut, pengalaman di Taiwan dan Hong Kong telah menganjur pesta buku, gerai kraf tangan, barangan terpakai di rumah untuk dipamerkan dan ditukar dengan menghidupkan jaringan komuniti dan ekonomi komuniti.

 

Kesimpulannya, dalam isu kenaikan kadar sewa gerai di MPSP, saya berpendapat bahawa kerajaan tempatan tidak patut mengenakan ekonomi di peringkat akar umbi. Lebih penting adalah kita perlu mengubah tanggapan lama kita terhadap penjaja dengan melakarkan satu dasar jangkamasa panjang untuk membangunkan ekonomi komuniti tempatan serta membantu penjaja dan peniaga kecil.

 

Dalam isu melarang pekerja asing menjadi tukang masak di kalangan penjaja-penjaja jalanan, kita perlu melihat perkara ini dengan lebih menyeluruh. Saya menyokong usaha kerajaan negeri untuk mempertingkatkan dan menjamin kualiti makanan jalanan yang terkenal di peringkat nasional dan antarabangsa. Namun demikian, kita perlu faham tentang factor-faktor yang mempengaruhi kualiti dan kesedapan sesuatu makanan iaitu kualiti dan kos bahan mentah, sewaan gerai, resipe dan kemahiran tukang masak tersebut. Samada nationality seseorang tukang masak tersebut bukan factor utama yang menyebabkan kesedapan dan kualiti sesuatu makanan terjejas.

 

Daripada melarang pekerja asing menjadi tukang masak, kerajaan negeri boleh mempertimbangkan bengkel latihan kepada semua tukang masak jalanan, kemahiran untuk memberi secara pukal dan bahan mentah yang segar dan berkualiti tinggi untuk mengurangkan kos perniagaan malahan boleh menganjurkan pertandingan makanan masakan jalanan untuk memberi galakan kepada mereka yang cemerlang dalam masakan mereka.

 

Development Induced Displacement –

 

Kes pengusiran peneroka di kampong atau desa telah bertambah berikutan dengan pembangunan bandar yang pesat khasnya di Pulau Pinang. Apabila pembangunan telah mendekati kawasan desa, maka ramai peneroka bandar terpaksa mengalami nasib diusir keluar. Saya pernah bangkitkan isu Kampung Permatang Tok Suboh pada sidang Dewan yang lepas. Sampai hari ini, 26 keluarga yang tinggal di atas masih berdepan dengan pengusiran yang mungkin berlaku bila-bila masa.

 

Tuan tanah yang kaya dan berkuasa telah mengambil kesempatan dan kelonggaran undang-undang dengan menfailkan kes ke mahkamah untuk “vacant possession”. Mahkamah Seksyen Butteroworth telah membuat keputusan kepada tuan tanah untuk memperolehi “vacant possession”. Proses rayuan ke Mahkamah Tinggi juga akan bermula dalam bulan November ini.   Maka ramai penduduk yang terpaksa berada dalam keadaan yang tiada haluan dan masa depan yang tidak menentu.

 

Kerajaan negeri juga seolah-olah tidak berupaya untuk mengambil apa-apa tindakan disebabkan pihak tuan tanah tidak membuat permohonan kebenaran merancang. Saya memohon agar Penasihat Undang-undang kerajaan negeri serta badan bukan kerajaan untuk mengkaji kes-kes seperti ini agar hak penduduk yang sudah tinggal di sana lebih puluhan tahun dapat dijamin juga.

 

Rapatkan Jurang Pembangunan Bandar dan Desa

 

Jurang di antara bandar dan desa adalah sangat biasa di semua tempat yang sedang membangun. Selain daripada usaha merapatkan pembangunan di antara bandar dan desa, lebih mustahak adalah mengambil pendekatan untuk mengenalpasti kelebihan yang ada pada kedua-dua bandar dan desa. Selepas itu, saling melengkapi serta menyempurnanya dan bukannya menaburkan sumber-sumber di kawasan bandar sehingga menyebabkan desa dan kampong kerusakan dan peninggalkan bakat-bakat di desa.

 

Sebenarnya di Pulau Pinang mahupun di Malaysia telah mengalami nasib yang sama iaitu disebabkan kekurangan peluang pekerjaan dan pembangunan di kawasan desa, ramai orang muda telah meniggalkan kampong mereka untuk mencari kerja di bandar malah di luar negara. Ini telah menyebabkan tenaga kerja dan daya hidup sebuah kampong telah hilang begitu sahaja.

 

Kita perlu berhati-hati bahawa dalam proses pembangunan, bandar juga penuh dengan pelbagai masalah seperti hubungan di antara manusia menjadi jauh, pencemaran alam sekitar, kesesakan lalulintas, homogenisasi menjadikan bandar kehilangan keunikannya, tekanan hidup yang berat menyebabkan kehilangan rasa dan sebagainya.

 

Sebaliknya desa yang dianggap mundur dan ketinggalan telah menjadi resipi untuk mengatasi segala masalah yang disebut tadi. Ramai warga kota yang hidup di bandar telah bosan dengan bandar. Kerajaan negeri boleh menjadi jambatan yang menyambungkan bandar dan desa, menggalakkan warga kota untuk mengunjung kampong pada hari minggu atau cuti awam. Ini membolehkan budak-budak bandar boleh belajar di kampong.

 

Misalnya kerajaan boleh menggalakkan sekolah-sekolah untuk memasukkan pengenalan kampong pertanian, alam semulajadi dan ko-kurikulum di dalam silibus pelajaran. Kanak-kanak akan berpeluang untuk belajar di alam semulajadi. Program dan kerja seperti ini telah dijalankan oleh NGO tetapi dalam skala yang terhad. Sebagai kerajaan yang proaktif, ia boleh membantu dari segi promosi dan menambah ilmu pengetahuan budak-budak terhadap alam semulajdi. Petani atau pekebun yang menyambut rombongan tersebut juga boleh memperolehi sedikit pendapatan tambahan.

 

Ataupun promosi eco-tourism kepada pelancong asing dan penduduk tempatan. Di samping mengenali Georgetown, kita boleh mempromosikan tempat-tempat pelancongan eco-tourism seperti sawah padi di Balik Pulau dan Permatang Pauh. Kesemua ini mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangun menjadi destinasi pelancongan eco-tourism.

 

Di samping itu, usaha untuk membangun model fair trade yang pembelian terus. Contohnya menggalakkan penanaman sayur organic di kampong kemudian dijual kepada pengguna secara terus melalui pembelian terus. Kaedah ini dapat menggabungkan hubungan pengeluar dan pengguna dengan mengurangkan jarak serta eksploitasi orang tengah.

 

Kerajaan negeri boleh mempromosi produk-produk buatan tempatan dengan menggalakkan pengguna untuk memberi barangan dan makanan buatan tempatan. Usaha tersebut dapat membangunkan pelbagai barangan, makanan dan kraf tangan dalam pasaran fair trade. Kesemua contoh di atas adalah usaha untuk merapatkan jurang di antara bandar dan desa. Malahan membolehkan kita semua mencungkil semula kepentingan dan ternilainya sebuah kampong terhadap pembangunan secara keseluruhannya.

 

Skim Bantuan Kebajikan Yang Tidak Sempurna

 

Sumber utama bantuan kebajikan bagi keluarga-keluarga miskin di Pulau Pinang adalah bergantung kepada Agenda Ekonomi Saksama (AES). Kerajaan Pulau Pinang telah melaksanakan Agenda Ekonomi Saksama (AES) dengan memberi jaminan bahawa setiap keluarga diberi wang perbezaan sebagai tambahan untuk menggenapkan pendapatan minima RM790 setiap bulan. Sasaran AES adalah membasmikan kemiskinan tegar pada tahun 2015.

 

Menjaga golongan mudah terjejas dan melindungi orang-orang miskin untuk berupaya hidup dengan taraf kehidupan yang asas adalah tanggungjawab kerajaan. Berkenaan skim bantuan kebajikan AES yang disediakan, saya bimbang usaha tersebut tidak dapat menjamin keluarga miskin menikmati perlindungan yang asas.

 

Dengan kenaikan harga barang dan kadar inflasi yang tidak terkawal, RM790 sebulan adalah sukar untuk mencapai keperluan hidup asas. RM790 sebulan bermaksud keluarga tersebut tidak boleh belanja lebih RM25 sehari. Untuk sebuah keluarga yang mempunyai 4 ahli keluarga, setiap ahli keluarga tidak boleh belanja lebih daripada RM6 sehari. Dalam reality sebenar hari ini, bantuan tersebut adalah mustahil untuk hidup serta tidak berperikemanusian.

 

Oleh itu, kerajaan negeri perlu meningkatkan taraf bantuan kebajikan tersebut dan selaras dengan kadar inflasi dan kenaikan harga barangan setiap tahun. RM790 merupakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan oleh kerajaan melalui bancian yang dibuat. Namun demikian, angka tersebut penuh dengan pelbagai masalah.

 

Mengikut cara pengiraan PGK piawaian antarabangsa, ia berdasarkan median pendapatan keluarga sebulan di negara tersebut. Oleh itu, mengikut angka yang diumumkan oleh Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar, median pendapatan keluarga di Malaysia pada tahun 2014 adalah RM4258, maka Pendapatan Garis Kemiskinan perlu ditetapkan separuh daripada media iaitu RM2129.

 

Maka, saya berharap kerajaan negeri boleh merujuk kepada standard ini dengan menambahkan bantuan wang kabajikan AES supaya semua rakyat Pulau Pinang dapat hidup dengan perlindungan yang asas.

 

Participatory Budgeting

 

Kekuatan komuniti serta demokrasi penyertaan (participatory democracy) boleh diperkasakan melalui participatory budgeting di peringkat akar umbi. Kerajaan negeri boleh mewujudkan ruang dan peluang untuk orang awam memberi pandangan serta membuat keputusan dalam proses merangka bajet.  Kerajaan perlu mematuhi prinsip demokrasi dalam proses membuat sesuatu polisi untuk kebaikan bersama. Semua polisi yang dibuat perlu memadai keperluan semua rakyat yang merangkupi latar belakang yang berlainan.

 

Kita perlu yakin kepada kebijaksanaan tempatan (local wisdom) dan percaya bahawa setiap penduduk berupaya untuk menyumbang idea serta faham tentang apa yang paling diperlukan oleh komuniti tersebut. Sesuatu polisi yang baik dan diterima ramai akan membantu meningkatkan taraf hidup semua rakyat. Maka komuniti tersebut juga akan menyumbang lebih banyak tenaga dan idea dalam memberangsangkan kegiatan ekonomi negara kita.

 

Participatory budgeting juga dapat membantu mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dengan perkongsian pandangan dan kesedaran hak asasi di kalangan rakyat. Dalam kes Machang Bubuk yang seringkali menghadapi masalah banjir kilat, saya telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Badan Bertindak Penebatan Banjir KADUN Machang Bubuk yang terdiri daripada JKKK, Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga, wakil-wakil penduduk yang prihatin terhadap masalah banjir. Melalui Badan bertindak ini, saya dapat mendengar suara dan mengumpul pandangan daripada semua golongan penduduk khasnya berkenaan dengan pelbagai usaha kerajaan negeri yang diambil agar keutamaan diberi kepada projek penebatan banjir dalam bajet negeri, JPS dan MPSP. 

 

Dengan penglibatan dan penyertaan dalam badan bertindak ini, mereka dapat mengenalpasti cara untuk mengemukakan masalah yang dihadapi kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Di samping mempertahankan hak mereka untuk hidup selesa dalam kawasan tanpa bimbang dengan masalah banjir, penglibatan mereka juga akan merealisasikan participatory democracy yang disasarkan.

 

Apa yang boleh kita lihat adalah sejumlah 1054 responden telah mengambil bahagian untuk memberi input dan pandangan dalam proces penyediaan Bajet MPSP untuk tahun 2015.

 

Selain itu, MPSP juga telah bekerjasama dengan PWDC dalam membuat rangka kerja bagi mengaplikasikan Gender Responsive dan Participatory Budgeting (GRPB) dan Bajet 2015 merupakan bajet yang pertama disediakan mengikut model GRPB.

 

Saya berasa bangga MPSP telah mengambil initiatif untuk mengadakan perbincangan sasar bagi mendapat keperluan orang ramai, dan mengenalpasti keutamaan dan objektif untuk meningkatkan kesaksamaan gender dan keadilan sosial.

 

Participatory Budgeting perlu dijadikan langkah utama dalam semua proces membuat dasar dalam semua kerajaan, tidak kira kerajaan tempatan, kerajaan Negeri ataupun kerajaan pusat. Kerajaan negeri perlu berusaha untuk menjayakan participatory budgeting di semua peringkat agar bajet yang dibuat akan memenuhi keperluan di semua lapisan masyarakat dengan berdasarkan prinsip ketelusan dan akautibiliti serta memberi manfaat yang maksima kepada semua rakyat.  

 

Intergenerational day care – rumah jagaan kanak-kanak dan orang tua

 

Berbanding dengan negara jiran yang kadar pembangunan hampir sama, kadar penyertaan kerja wanita di Malaysia masih rendah atau 47% sahaja. Salah satu faktor adalah tanggungjawab membuat kerja-kerja rumah tangga masih jatuh ke atas kaum wanita. Oleh itu, usaha untuk mempertingkatkan kadar penyertaan kerja wanita dan peluang penglibatan dalam masyarakat dengan berkesan, maka perlu wujudkan perkhidmatan pusat jagaan harian yang lengkap.

 

Kerajaan Pulau Pinang telah menyediakan perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak khasnya kepada kakitangan awam dengan yuran yang murah dan berpatutan. Namun demikian, keperluan masyarakat untuk perkhidmatan pusat jagaan masih mempunyai jurang yang besar. Dengan itu, saya berpendapat bahawa kerajaan perlu menyediakan perkhidmatan ini dengan segera. Di samping itu, selain daripada perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak, saya mendapati bahawa pusat jagaan orang tua juga perlu disediakan dengan cepat.

 

Bagi golongan pekerja muda dan pertengahan umur, mereka sedang mengalami satu keadaan yang kekok di mana mereka perlu menjaga anak-anak kecil, malahan perlu menjaga ibu-bapa yang tua dan uzur. Golongan ini tersepit di tengah-tengah seperti sandwich. Selain mengalami tekanan berganda iaitu menjaga rumah tangga, malahan keluar untuk bekerja. Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan negeri boleh mengkaji untuk mendirikan pusat jagaan inter-generasi atau Intergenerational Day Care yang boleh mengurangkan beban dan tekanan para pekerja.

 

Inter-generational Day Care telah didirikan di kebanyakan negara-negara maju. Ia merupakan perkhidmatan One-Stop Centre di mana para pekerja boleh menghantar anak kecil dan ibu-bapa mereka yang tua ke Pusat Jagaan Inter-Generasi supaya mereka boleh dijaga dan bersosial. Pusat Jagaan Inter-generasi mempunyai banyak kelebihan, yang paling jelas adalah mengurangkan beban para pekerja untuk menjaga anak kecil dan orang tua. Lebih mustahak penyertaan pekerja wanita dapat dipertingkatkan.

 

Meskipun anak kecil dan orang tua yang dijaga di dalam pusat jagaan inter-generasi juga mempunyai banyak kelebihan. Walaupun warga emas adalah berumur tinggi dan perlu dijaga, namun pengalaman hidup dan kebolehan mereka sangat bernilai untuk dikongsikan kepada orang muda. Selepas bersara, penglibatan warga emas dalam aktiviti sosial telah berkurangan serta menyebabkan psikologi mereka juga dipengaruhi oleh emosi yang negative.   

 

Namun dalam pusat jagaan inter-generasi, warga emas boleh membantu menjaga anak-anak kecil serta berinteraksi dengan budak-budak kecil. Proses ini akan meluaskan lingkaran sosial mereka serta mengenali warga emas yang lain dan memupuk kegemaran masing-masing.

 

Selain itu, budak-budak kecill juga mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan warga emas. Mereka boleh belajar bagaimana hidup bersama warga emas dan sekaligus menghapuskan perbezaan orang yang menjaga dan orang yang dijaga. Dengan itu, orang yang dijaga dalam pusat jagaan inter-generasi ini menjadi seperti satu keluarga yang besar yang penuh dengan kasih sayang. Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan negeri boleh mempertimbangkan penubuhan pusat jagaan inter-generasi yang pertama di Malaysia untuk memberi perkhidmatan kepada keluarga yang memerlukannya.

 

Penutup

 

Beberapa tahun kebelakangan ini, dalam buku bertajuk “The Price of Civilization: Reawakening American Virtue and Prosperity” yang ditulis oleh seorang pakar ekonomi muda Havard Universiti, Profesor Jeffrey D. Sachs telah melakarkan “masyarakat tamadun” yang diimpikan oleh kita semua. Masyarakat yang mempunyai pembangunan yang pesat, taraf kebudayaan yang tinggi, pembangunan teknologi yang canggih serta mempunyai sistem politik yang demokrasi dan maju telah menjadi masyarakat tamadun yang kita cemburui. Namun untuk mengekalkan tamadun sedemikian, maka di sebaliknya perlu menanggung kesannya.

 

Kesannya termasuk kos yang merupakan nombor yang konkrit, ada juga kos yang tidak dapat dinilai dengan nombor yang konkrit seperti consumerism, pembahagian kekayaan yang tidak adil, sumber dan ruang awam yang berkurangan, pencemaran, kesesakan lalulintas dan lain-lain.

 

Kesemua ini seolah-olahnya merupakan masalah yang perlu dihadapi oleh semua negara yang sedang membangun. Maka, bagaimana untuk mencernakan atau mengurangkan kesan buruk tamadun bagi factor yang tidak dapat dielakkan untuk sesebuah bandar, malahan sebuah negara mencapai kejayaan dan kemajuan.

 

Saya berpendapat bahawa kita boleh belajar daripada pengalaman dan contoh negara lain khasnya iktibar kekalahan dan kemunduran yang dihadapi oleh mereka supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang mereka lalui.

 

Antara yang utama adalah bagaiman kita menetapkan matlamat pembangunan ekonomi. Terlalu memberi penekanan ke atas sistem pasaran ekonomi yang terbuka ataupun Neo-liberalism yang dikemukakan oleh Margaret Thatcher, kesemua ini hanya akan menyebabkan pembangunan ekonomi yang cenderong kepada orang kaya dan berkuasa.

 

Oleh itu, saya setuju dengan Jeffrey Sachs yang telah mengemukakan sistem “mixed economy” iaitu dengan mengangkat “keberkesanan”, “saksama” dan “pengurusan mampan” sebagai matlamat. Saya berpendapat bahawa tidak kira dalam bajet kerajaan atau urus tadbir kerajaan seharian perlu menuju ke matlamat tersebut.

 

Dalam perbahasan saya telah mengemukakan pelbagai cadangan untuk pembuat dasar seperti mempertingkatkan bantuan kebajikan, pusat jagaan inter-generasi, reformasi dasar penjaja gerai serta saling melengkapi di antara bandar dan desa, kesemua adalah menuju ke tiga matlamat tersebut. Matlamat kita bukan sahaja berusaha untuk membangun ekonomi, malahan letak dalam membasmi kemiskinan serta menambahkan kebahagiaan di kalangan rakyat Pulau Pinang dan membentuk satu masyarakat penyayang sebagai matlamat pentadbiran.

 

Dengan ini, saya memohon untuk menyokong.

 


--
LEE Khai Loon
012 - 225 8607
Information Chief of KEADILAN Penang
ADUN N14 Machang Bubuk
Twitter @leekhailoon
Facebook www.fb.com/leekhailoon

Perbahasan Bajet 2015 Pulau Pinang.docx
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages