Teks Perbahasan (BM/BC) ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon Berkenaan Usul Tentang Pelan Induk Pengangkutan

3 views
Skip to first unread message

Khai Loon Lee

unread,
May 20, 2016, 10:14:02 AM5/20/16
to

Perbahasan ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon Berkenaan Usul Tentang Pembiayaan Perlaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang Dengan Penambakan Laut.

 

20 Mei 2016 (Jumaat)

 

Pada peringkat ini, segala maklumat seperti kebolehlaksanaan, kelestarian dan pandangan orang awam yang masih belum muktamad lagi, adalah tidak sesuai dan terlalu awal untuk menyatakan pendirian sokong atau bantah projek penambakan laut.

 

Sebelum ini, pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN Pulau Pinang hanya semata-mata berdasarkan kepada kepentingan saja. Kerajaan UMNO/BN dulu menjual tanah malahan meluluskan projek penambakan laut yang luas. Mereka langsung tidak mengambil berat tentang implikasinya terhadap alam sekitar.

 

Perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan UMNO/BN dulu, kini kerajaan Pakatan Harapan yang perlu tanggung dan melaksanakannya. Selepas perjanjian ditandatangani, maka kita tidak boleh patah balik. Sekiranya ada sebarang masalah yang timbul, orang yang akan datang perlu menanggung segala akibat yang buruk tersebut. Pengajaran atau iktibar yang ditinggal dari zaman UMNO/BN adalah apabila kita berdepan dengan sebarang projek pembangunan, kita perlu mengkaji dan meneliti isi kandungan pembangunan dan cara perlaksanaan tersebut secara terperinci dan berwaspada sebelum apa-apa keputusan dibuat.

 

Saya berpendapat masih belum terlewat lagi pada peringkat kini untuk kita membuka segala maklumat berkenaan dengan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang sebelum apa-apa perjanjian yang mempunyai impak yang besar ditandatangani. Keputusan kerajaan negeri untuk membuka laporan terperinci yang dikemukakan oleh SRS Consortium dalam Request for Proposal (RFP) serta semua keputusan penilaian kebolehlaksanaan projek amat dialu-alukan.

 

Pemanjangan tempoh perlantikan KPMG dan USM Research Team untuk membuat penilaian menyeluruh juga amat penting. Saya berpendapat bahawa pendedahan segala maklumat akan membolehkan golongan professional, akademik, persatuan, masyarakat sivil serta rakyat yang prihatin untuk mengkaji kebaikan dan keburukan cadangan yang dikemukakan. Kita juga perlu sedar bahawa suara rakyat untuk mengetahui lebih mendalam dan menyeluruh tentang pelan induk pengangkutan semakin kuat di kalangan akar umbi.

 

Satu lagi perkara yang saya rasa sangat penting adalah funding model yang bergantung kepada penambakan laut untuk menampung perbelanjaan keseluruhan pelan induk pengangkutan tanpa mengemukakan skim operasi pada masa akan datang. Isu-isu seperti tambang pengangkutan awam, bagaimana untuk break-even, apabila kutipan bayaran tidak cukup menampung kos operasi, bagaimana menyelesaikan masalah defisit kewangan pada masa akan datang. Adalah sangat bahaya untuk membincangkan funding model tanpa mengetahui skim operasi yang jelas. Bagaimana kita memastikan bahawa projek LRT dan lebuhraya tidak akan menjadi projek gajah putih, maka isu berkenaan skim operasi perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Keutamaan dan kepentingan mesti jelas. Saya berpendapat keprihatinan  rakyat adalah disebabkan rakyat mempunyai harapan yang tinggi terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan negeri perlu teruskan lebih banyak pendengaran awam serta membuka segala maklumat atas prinsip ketelusan supaya rakyat boleh mengambil bahagian dalam perbincangan secara menyeluruh dan membuat keputusan.

 

Saya menyokong sepenuhnya usul pindaan Ahli Kawasan Padang Kota supaya Dewan yang mulia ini melalui Majlis Pengangkutan Negeri untuk memantau dan memeriksa detailed Environment Impact Assessment (DEIA) yang bakal diluluskan atau tidak oleh Jabatan Alam Sekitar. Di samping itu, Majlis Pengangkutan Negeri juga berperanan untuk mengkaji dan menilai perlaksanaan Pelan Induk Pengangkutan. Yang paling penting adalah memastikan bahawa semua isi kandungan dalam perjanjian akan dibincang untuk mengelakkan masalah yang timbul di mana Permohonan Kebenaran Merancang yang diluluskan oleh OSC telah berdepan dengan risiko untuk disaman untuk membayar pampasan apabila kes tersebut ditolak oleh Lembaga Rayuan negeri.

Akhir sekali, saya berharap segala isu yang berkaitan dengan pembangunan boleh diperbincangkan secara dasar dan bukannya difaham dan diputuskan berdasarkan kepartian. Adakah penambakan laut adalah cara yang paling baik? Adakah cadangan-cadangan Pelan Induk Pengangkutan paling sesuai dan baik untuk Pulau Pinang? Perbincangan kita mesti balik kepada peringkat ini. Cuma dengan cara ini baru boleh kita lebih mendekati kebenaran dan cadangan yang paling ideal.

 

Saya tidak berharap segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri akan menjejaskan kedudukan kewangan kerajaan negeri serta pemerliharaan alam sekitar, lebih-lebih lagi satu pelan induk yang merancang untuk tempoh yang panjang selama 50 tahun. 

 

 

馬章武莫州議員李凱倫辯論有關透過填海融資交通大藍圖的議

2016520

 

在現階段,有關交通大藍圖的可行性、是否能可持續性發展、公眾意見等多方面的資料未清楚時,過早去為支持或反對填海作結論,都是不適合的。

 

國陣前朝政府的發展只是利益取向的,他們賣地、批出大面積的填海計劃,不顧對檳城的環境影響。他們以前簽下的合約,現屆政府被逼要理行。簽了合約,我們就無法回頭,就算出現什麼問題,後來者就要收拾爛攤子。國陣時期留下的教訓,就是當我們面對發展計劃,需要非常審慎的去決定計劃內容的細節和怎樣落實。

 

我認為,在現階段,在還沒有簽署任何影響深遠的合約之前,我們應該公開所有相關的資料,包括當前政府決定公開SRS說提呈的Request For Proposal RFP)的計劃書和所有可行性的評估結果,並且委任KPMGUSM Research Team來做出各種的檢視。我認為公開資料能讓民間的專業人士、團體、學者、有興趣的公眾,能合眾人之力一起去研究方案的利害之處。同時,我們亦要明白,民間有越來越大的呼聲,期待能了解更多有關計劃的細節。

 

另一點,我認為非常重要的是,整個方案以填海作為融資方案,但卻沒有任何未來的營運方案。未來的交通收費、如何收支平衡、收費不足以填補營運開支時,如何解決財務赤字的問題。空有融資方案,而沒有營運方案,是非常危險的。我們如何使計劃不會淪為大白象工程,首要解決的就是營運方案的問題。

 

優先次序和重要急緩必須清楚。我認為公眾的關心,是因為人民對於檳州政府有所期待。州政府應該繼續召開更多的群眾諮詢大會,在透明化的前提下公開所有重要的資訊,以便人民可以跟全面的參與討論和做決定。

 

我們希望州議會可以成立一個由後座議員所成立的特別委員會來探討有關交通大藍圖的落實,確保任何的合約內容都可以被討論。我們不要類似市議會OSC所批准的Planning Approval過後被上訴委員會推翻後,地方政府要承擔被起訴賠賞的案件繼續重演。

 

最後,我深切的期待這個有關發展的議題,能回到政策的討論,而非是落入以黨派去理解與作決定。填海是最好的方案嗎?交通大藍圖的內容是最適合檳城的嗎?我們的討論應該是回歸到這樣的層面,只有這樣,我們才能越接近真相與理想的方案。

 

我們不希望政府所作出的任何決定將會影響州政府的財務狀況和環境的保護,特別是當一個長達50年的大藍圖。

 


--
LEE Khai Loon
012 - 225 8607
Organizing Secretary of KEADILAN Penang
ADUN N14 Machang Bubuk
Twitter @leekhailoon
Facebook www.fb.com/leekhailoon

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages