Kenyataan Media (BM) Daripada ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon - Tindakan Disiplin UM Rosakkan Demokrasi Kampus

2 views
Skip to first unread message

Khai Loon Lee

unread,
Nov 2, 2014, 3:44:37 AM11/2/14
to pasukan-keadilan, amsel...@googlegroups.com, lee-khai-loon-f...@googlegroups.com

Kenyataan Media oleh ADUN Machang Bubuk Merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang, Lee Khai Loon pada 2 November 2014:-

 

Tindakan Disiplin UM Rosakkan Demokrasi Kampus

 

ADUN Machang Bubuk merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang, Lee Khai Loon berpendapat bahawa tindakan tatatertib Universiti Malaya (UM)  mendakwa sembilan pemimpin pelajar termasuk Fahmi Zainol telah merosakkan semangat demokrasi kampus.

 

Universiti adalah tempat untuk belajar dan memupuk semangat demokrasi. Tindakan aktivis siswa Fahmi Zainol yang mengadakan pidato Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober 2014 hanya melaksanakan hak mahasiswa untuk menganjur program-program ilmiah dan tidak patut dihukum.

 

Tindakan tatatertib universiti seperti denda, gantung semester atau buang universiti sentiasa dipakai oleh pihak universiti untuk menakutkan mahasiswa. Sebelum ini, Fahmi Zainol pernah diberi amaran oleh pihak UM agar tidak menganjurkan pidato tersebut. Namun, tindakan berani beliau untuk mempertahankan kebebasan mahasiswa untuk mengadakan pidato tersebut. 

 

Walaupun Fahmi Zainol dan pemimpin mahasiswa UM mungkin dikenakan tindakan tatatertib, Pada hakikatnya, dalam pidato tersebut telah mendapat sokongan padu daripada dua ribu orang mahasiswa dan orang ramai. Pihak UM perlu menghormati semua peserta yang telah membuat keputusan yang bijaksana untuk mempertahankan kebebasan mereka.

 

Lee Khai Loon berpendapat bahawa tindakan tatatertib yang diambil oleh pihak universiti telah menghalang mahasiswa daripada berfikiran kritis serta merdeka. Malahan tindakan represif universiti telah mewujudkan mahasiswa yang lesu dan tidak prihatin terhadap isu-isu semasa. 
 
Mengapakah kerajaan dan pihak universiti masih tidak menyedari tentang masalah dan keburukan pendidikan bercorak paternalistik terhadap mahasiswa dan seluruh masyarakat?”

 

Lee menegaskan bahawa suara mahasiswa mewakili masa depan negara kita. Tindakan disiplin yang dikenakan atas Fahmi dan lain-lain adalah petunjuk krisis demokrasi telah melandai negara kita ini. Semua rakyat yang mempunyai kesedaran demokrasi akan memberi sokongan penuh kepada Fahmi dan mahasiswa yang lain.  

 

Lee Khai Loon menekankan bahawa sama ada AUKU, atau tindakan tegas pihak UM ke atas Fahmi Zainol dan lain-lain adalah tidak munasabah sekali. Semangat UM baru telah ditunjukkan dalam perhimpunan tersebut serta membawa harapan kepada semua rakyat Malaysia menuju ke sebuah negara yang demokrasi.

 

 

Lee Khai Loon

ADUN Machang Bubuk

Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang

012-2258607

 


--
LEE Khai Loon
012 - 225 8607
Information Chief of KEADILAN Penang
ADUN N14 Machang Bubuk
Twitter @leekhailoon
Facebook www.fb.com/leekhailoon

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages